Wednesday, August 11, 2010

Sambungan kata kata bersempena dengan Ramadhan..

Tiada nikmat seindah takwa, tiada tutur seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadhan, tiada asa tak disertai doa.
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Semoga barokah Ramadhan selalu dilimpahkan kepada kita.

Ketenangan ada didalam IMAN, kebahagiaan ada di dalam REDHA, kesihatan ada di dalam SOLAT, kedamaian ada di dalam ZIKRULLAH, ketabahan & kesabaran ada di dalam RAMADHAN. Selamat menunaikan ibadat puasa dan mengerjakan solat terawih. Semoga amalan kita diterima dan diberkati ALLAH s.w.t. Amin.

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Himpunan kata kata sempena Ramadhan Yang Mulia Ini..

Dah menjadi tradisi sekarang ini, bila tiba musim musim tertentu, kebanyakkan handphone kita tak berhenti henti menerima berbagai sms, sama ada daripada kawan, sahabat atau ahli keluarga yang jauh maupun yang dekat. Kekadang tu suami pun hantar pada isteri yang berada di sebelahnya kata kata hikmah ini, bukannya suami tu bisu, tapi kadang kadang message tu lebih senang di sampaikan melalui tulisan daripada kata kata.

Sebabnya bila kita menyampaikan sesuatu melalui tulisan, kita punya banyak masa untuk memikirkan apa yang kita tulis itu, kalau tak sesuai,boleh saja "delete". cari yang lebih sesuai. Tapi kalau melalui percakapan, masa berfikir kita singkat... tak semapat nak fikir sangat..tu yang orang kata ..cakap main lepas saja..sebab dia tak sempat nak fikir...kira macam komputer lama la...

So, sempena hari menyambut puasa ini, aku nak share beberapa sms yang aku terima daripada kawan kawan yang aku rasa menarik...ada maksud tersendiri.

Bila baca tu , patut ambil sedikit iktibar, bukan setakat baca, kemudian "forward" pada orang lain pula. Kawan yang bagi tu mesti ada benda yang dia nak kita faham. so , fahamkanlah message yang kawan hantar pada kita tu.

Antaranya sms nya..berbunyi seperti di bawah :
1. Ampun dan maaf dipohon, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini dari kami sekeluarga.
2. Moga hidupmu bersinar dengan keimanan. Matamu bersinar dengan ketakwaan. Hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan. Akhlakmu indah bagaikan Al-Quran. Selamat menyambut bulan puasa dan selamat berpuasa. Jangan tak puasa tau...
3. Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahwa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda esok bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakt & Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid Airlines... Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat. InsyaAllah. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Selamat Berpuasa.
4. Al Ghazali pernah berkata : "Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, serta yang indah itu SALING MEMAAFKAN". Kian dekat menuju Ramadhan, Mohon maaf segala kesalahan "MARHABAN YAA RAMADHAN" Salam ramadhan.
itu saja antara sms yang aku terima untuk kali ni...renung renungkan, fahami maksudnya, buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini, buat amal di bulan ini umpama ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk diri kita...Allah s.w.t berfirman yang maksudnya, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, di tutup semua pintu neraka, dibuka semua pintu syurga, dikunci semua syaitan syaitan, dan di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadhan yang lepas sama ada kita dapat ke tidak malam "Lai latul qad" tu hanya Allay yang tahu..dah tak boleh nak ubah lagi...jadi pada bulan Ramadhan tahun ini, pastikan kita mencuba sehabis baik untuk mendapatkan malam seribu bulan ni..InsyaAllah. Amin
Kepada siapa siapa yang lupa niat puasa, boleh baca kat bawah, aku pun nak review juga.


Niat puasa ramadhan :
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’aalaa