Friday, December 24, 2010

6 hari lagi...selamat tinggal 2010, selamat datang 2011

Allahuakhbar....cepat betul ..masa berlalu. tup tup dah tinggal 6 hari lagi nak habis tahun 2010 ni...apa yang kita dah buat sepanjang tahun...
sibuk juga aku di buatnya...walaupun orang cakap karier sebagai agent insurance ni kurang sibuk...time is yours...tapi bila mai hujung tahun ni sibuk juga...so, kena jadi kan pengajaran supaya "apa yang berlaku tahun ni ( sehingga membuatkan aku sibuk sangat ni ) tak berlaku lagi next year...insyaAllah..

apa yang sibuk sangat? satunya, sibuk dengan cari "sales baru" , target tak achieve lagi...keduanya, sibuk dengan control persistency....tapi alhamdulillah at least today, dah clear.

syukur kepada Allah, walaupun sebenarnya first target still tak achieve, tapi syukurlah...insyaAllah next year, kita mulakan dengan buku baru.

yang lepas dah tak boleh nak ubah, yang kedepan ni kena make sure buat betul betul......

supaya yang kedepan ni dapat buat betul betul, kita kena tau apa yang nak buat betul betul tu...so aku nak ajak hangpa semua sama sama review apa yang kita buat di sepanjang tahun lepas..
tak rugi kita review ni, satu..kita perbaiki apa yang kurang baik supaya jadi lebih baik..untuk tahun 2011 ni..insyaAllah.

cadangan cadangan untuk kita sama sama review :

1. kita review tentang apa tujuan hidup kita...
tujuan hidupku adalah untuk berserah kepada Allah bagi mendapat petunjuk dan rahmat dariNya bagi kehidupan dunia dan akhirat...Tujuan hidup saya adalah untuk membina dan menggunakan apa yang Allah telah kurniakan kepada saya dengan mempertingkatkan lagi Potense Kerohanian, Intelek, Emosi dan Fizikal saya ke tahap maksima agar dapai mencapai tahap tertinggi di dalam semua arena kehidupan saya. Saya juga menjadi seorang yang sentiasa mempertingkatkan dan memperbaiki diri sendiri.

ni tujuan hidup aku...rasanya tak semua aku buat...next year insyaAllah.

2. kita review tentang keadaan fizikal kita...
tinggi kita susah nak ubah..melainkan untuk remaja la...tapi yang tua tua bangka dah tak berubah dah tinggi tu...tapi berat badan akan berubah...berat badan kita sekarang ni..ok ke tidak...ini kah berat yang kita nak??? terlalu gemuk ke terlalu kurus...bagi aku...tahun ni berat makin naik...target nak maintain around 65Kg...tapi dah over la pulak...next year, kena jaga jaga..
stamina? ada tak? tahun 2010 ni , bagi aku...senaman tak cukup...jogging average adalah sebula sekali...next year...target nak buat weekly...baru boleh improve sikit stamina kot...aku nak minum banyak air kosong dan kurangkan minuman bergula...mungkin dengan cara tu boleh kurang sikit berat badan ...

keadaan fizikal ni banyak relate dengan status kesihatan kita..kalau kita sakit hari ni ..menyusahkan orang ke tidak...ada ke tidak insuran kesihatan?? kalau tak ada lagi , contact aku (iklan sikit)

3. dari segi rohani, kita dah review, fizikal pun dan review...kita review pulak pasal karier..

karier ? kerjaya? inikah kerjaya yang kita memang nak buat? berapa lama masa yang kita spend untuk karier kita? apa habuan yang kita dapat, offcourse kerja itu ibadah..buat kena ikhlas, orang cakap..memang betul...tapi dalam ikhlas pun kita ada hak untuk dapat habuan yang setimpal dengan apa yang kita buat? setimpal ke tidak? berbaloi?????
tepuk dada tanya selera... apa yang orang sekeliling kita buat? apa yang mereka ada atau dapat?
bukan nak ber irihati.... tapi nak jadikan sebagai "benchmark" , kalau ada "benchmark" baru boleh improve..
berapa masa depa spend dalam kerja? berapa income depa dapat? kita ? macam mana??

4. kita review pasal keluarga pulak....
apa yang kita bagi kepada keluarga? ada ke tidak kita luangkan masa untuk anak anak kita, isteri kita? emak ? ayah? ... adil ke kita? itu dari segi masa?
macammana pulak dari segi kemudahan?? pelajaran?? percutian??
ooooo banyak ni..kena rancang betul betul...ada 6 hari lagi untuk rancang bagi tahun 2011...

5. Kewangan kita ??
berapa income kita , 5 tahun yang lepas...berapa income kita sekarang? AGAK AGAK berapa kita akan dapan 5 tahun lagi????
berapa simpanan kita 5 tahun yang lepas, berapa ada sekarang, berapa pulak yang kita nak ada 5 tahun lagi...arghhhhhhhh...berapa percent improvement yang di kategori ok??? entahlah...susah nak jawab.

apa pun, growth kita tu mestilah kena lebih dari "inflasi""?? berapa pulak inflasi ...

insyaAllah sama sama kita berubah untuk kebaikan...selamat menyambut tahun baru 2011.. jangan sibuk celebrate saja tau...

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. 1 Muharram merupakan tarikh penting didalam kalendar Islam kerana pada hari itu kira kira 1431 tahun yang lalu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w memulakan perpindahan dari kota Mekah ke Kota Madinah demi untuk mengembangkan ajaran Islam.

Di hari yang baik ini, baik juga kita sama sama berdoa supaya tahun baru yang datang ni, kita sama sama beroleh keberkatan dari Allah yang Maha Pengasih. Nak tulis dalam bahasa Arab tak pandai, kita ambil dalam bahasa ibunda kita lah noh...tapi sebaiknya bila berdoa kena dalam bahasa Arab..

Doa Akhir Tahun :
"YaAllah,,Sesungguhnya tahun baru akan menjelma, terimalah segala amalanku dalam tahun sebelum ini dan golongkanlah aku di kalangan ahli ahli syurga, serta ampunkanlah segala dosa dosaku wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"... ( dibaca sebelum waktu maghrib hari terakhir, hari ni la ...sebelum maghrib tadi )
Doa Pembukaan:
"YaAllah, sesungguhnya tahun baru telahpun menjelma, golongkanlah aku dikalangan orang yang mendapat Taufiq, Hidayah dan perlindungan dariMu..hindarkan aku dari segala godaan iblis dan syaitan sepanjang tahun yang baru bermula ini dan terimalah segala doa dan amalanku wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.."

Nak share sikit tentang cerita duit, cerita ni ada sorang bagi dekat aku, kisah duit RM50 dengan duit RM1....
Kisahnya macam ni, suatu hari RM50 ni berjumpa dengan kawan lama dia RM1..

RM1 : lama tak jumpa RM50...mana kau menghilang??
RM 50 yang segak dan bergaya pun menjawab pertanyaan kawan dia dengan nada yang agak bangga...
RM50 : biasalah aku...merata tempat aku pi...

RM1 : merata tempat tu , mana bro??

RM50 : ya lah biasalah, tuan aku bawa pi hotel 5 bintang lah, pi shopping kat Pavillion lah, pi disko lah...banyak lah tempat yang eksklusif yang aku rasa kalau aku bagitau pun ...hang bukan pernah pi pun....hahaha
dengan nada sedikit sinis, dia tanya balik kawan lama dia RM1,

RM50 : hang pulak pi mana?
RM1 : aku biasalah...kalau tak ke surau, ke masjid sajalah tuan aku bawa aku...
RM50 yang segak bergaya........................

RM1 yang biasa.

dapat tak???dah habis cerita pasal duit tu...hangpa dapat tak??? kalau tak dapat, alamat tak lama lah tu...tiga kali Jumaat saja kot..cerita sempena Maal Hijrah.

sama sama ambil ikhtibar..InsyaAllah.