Monday, August 4, 2014

Perkhidmatan Kereta Kuda @ Muzium Padi, Alor Setar, Kedah

Perkhidmatan terbaru di tawarkan di Muzium Padi oleh JR Seven & Associates.

Merry sedang bertugas
Perkhidmatan kami bermula seawal 9 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Ahad. Muzium Padi Kedah adalah antara tempat tumpuan pelancung yang datang ke Kedah, terutama ke Alor Setar.
Secara puratanya setiap tahun muzium ini mendapat tempat hampir 200ribu pelancung yang datang melawat samada dari dalam ataupun dari luarnegara. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Muzium Padi Kedah, sila layari http://www.muziumkedah.gov.my/

Perkhidmatan yang di tawarkan oleh JR Seven & Associates, menikmati pengalaman menaiki kereta kuda bersama kuda kuda pilihan kami iaitu Ranno dan Merry.

Ranno

Dengan harga serendah RM3 untuk kanak kanak sekolah, dan RM5 untuk pelancung dewasa, anda boleh menikmati pengalaman "berkereta kuda" di dalam muzium ini.

Di samping perkhidmatan kereta kuda di dalam muzium padi, kami JR Seven & Associates juga menawarkan perkhidmatan untuk majlis perarakan pengantin, sesi fotografi pengantin, majlis sambutan harijadi, majlis majlis di sekolah, majlis majlis rasmi lain dan sebagainya.

Majlis Perarakan Pengantin

Harga yang di tawarkan untuk majlis majlis sebegini adalah sangat berpatutan yang mana banyak bergantung kepada lokasi majlis, masa dan tema untuk menghias kereta kuda kami.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Mie ( +6012.590.1334 ) atau Syam (+6019.227.6610 )

atau boleh di email kepada jrseven.associates@gmail.com