Friday, April 16, 2010

Excellent comes after crisis...Persist when you are hardest hit! and be prepare for the success

15 Apr 2010, Sunway Pyramid Convention Center.


We not only number one in target setting but we proud to share our achieved last year to be a number one life insurance company in Malaysia.


Kekadang "dunia" melihat kita sebagai suatu halangan, halangan terhadap pandangan mereka, pengacau time dinner mereka, dan dunia sentiasa menolak apa yang anda bawa.

Mereka sentiasa melarikan diri dari kita, menghina profession kita, dan boleh dikata setiap premis sentiasa memberi "amaran" / sign kepada kita supaya menjauhkan diri daripada permises mereka.

Semua ini kerana desakan ( sometimes we call follow-up ), keghairahan untuk share ,kasih dan sayang kita kepada teman, sahabat, kawan, keluarga kita. Kerana apa???


Kerana kita nampak apa yang mereka tidak nampak, kita rasa apa yang mereka belum rasa ( kita rasa melalui pengalaman teman, kawan yang tak bernasib baik ), kita boleh merasa apa yang baru nak merasa ..... kita teruskan juga langkah walaupun kita tahu, kemungkinan kita akan di halau, di layan dengan buruk, temujanji yang di tipu dan kadang kadang mungkin juga kita akan di jerit. Kerana apa??? KERANA KITA ADALAH BERBEZA!

Kerana kita juga ( dengan izin Allah ) dunia akan menjadi berbeza, kita akan lebih mengasihi sesama kita, menyumbang sesama kita, prihatin tentang apa yang terjadi terhadap teman teman kita, kawan di sekeliling kita... kerana apa?? KERANA KITA ADALAH BERBEZA!

Perbezaan tidak akan melemahkan kita, tetapi sepatutnya akan lebih menjadikan kita lebih bermakna.

YOU MAKE THE DIFFERENT. I WILL CHANGE TI BE DIFFERENT. TOGETHER WE WILL MAKE THIS OUR "BANGSA" DIFFERENT ( dengan izin Allah s.w.t, InsyaAllah )

Sunday, April 11, 2010

Menyumbang Untuk Kepentingan Bersama

Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan.
Ia di reka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.

Penerangan ringkas berkaitan faedah tang terdapat di dalam Takafulink
1- Kematian
•Sekiranya berlaku kematian, sejumlah pampasan (Bergantung kepada sumbangan tetap anda) akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
•Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
•Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
•Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
•Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
•Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
•Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
•Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan.
•Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
•Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
•Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
•Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
•Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
•Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
•Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
•Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
•Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
•Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
•Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
•Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
•1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
•Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
•Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
•Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
•Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover
•Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
•Elaun Hospital
•Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
•Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
•Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
•Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
•Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
•Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
•Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
•Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
•Hospital - swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
•Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
•Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian
•Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
•Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
•Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Pulangan Pelaburan
•Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
•Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
•Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Tuesday, April 6, 2010

Hiking Bukit Putih (^_^)

Jungle tracking / hiking pertama disertai semua ahli keluarga…. Harith, Shue, Kimi dan yang paling penting kita orang punya ekspedisi leader, Emi…
"pintu masuk" ke Bukit Putih melalui Taman Saga.
Peta yang disediakan oleh NGO, terletak di depan gerai jual buah buahan segar.

4/4/10 jam 840 pagi kami memulakan perjalanan, dari Cheras menuju ke Taman Saga, tak jauh mana pun, selepas lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta kami sampai ke Taman Saga. Sampai di sana, tengok dah ramai orang yang datang, dari gambaran jumlah kereta yang parking kat situ.
Memanaskan badan sebelum mula mendaki, persediaan di buat di Cheras, Bukit A.

Pukul 915 pagi, kami mula mendaki Bukit Putih. Selain daripada tujuan untuk mengeluarkan peluh, aktiviti ini juga dapat member peluang untuk anak anak melihat keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Esa. Ini adalah “hiking” kali kedua bagi team ekspedisi leader kami, Emi. Kali ni dia bergandingan dengan Kimi sebagai Team Leader untuk ekspedisi ini. Masa “hiking” ni, Harith dan Kimi dah di pesan untuk mengucapkan samada “Good morning”ataupun bagi salam pada setiap orang yang kami jumpa ( bila berselisih masa hiking tu ), So bila masa memanjat tu, bila berselisih dengan orang yang diaorang pun cakap la apa yang dah di ajarkan tu… baru meriah sikit, sesekali kami cakap selamat pagi dalam bahasa cina…”chousan “. Entah betoi ke tidak???
Pendakian dah nak mula.

Di samping tu, Kimi sebagai ketua, selalu memeriksa keadaan ahli kumpulannya, selepas 10~15 meter, sebagai ketua kumpulan Kimi akan bertanya kepada “Last man kumpulan kami, Harith” …. “ Last man Ok?” dan sebagai “last man” , Harith akan memberitahu keadaan ahli kumpulan samada nak berehat kea tau keadaan ok. Dengan cara ini secara tak langsung, aku rasa dapat mendidik anak anak untuk belajar bekerjasama dalam kumpulan dan mengambil tanggungjawab. InsyaAllah.
Mula mendaki.........................................
Mendaki lagi................................
Menggantikan air yang hilang dari badan...............dah mula rasa penat.

Selepas lebih kurang 45minit mendaki, akhirnya kami Berjaya sampai ke puncak Bukit Putih, dia orang panggil “TOP HILL SAGA”. Bila sampai di situ, memang agak ramai orang, lebih kurang 30 orang, dia orang pun tengah berehat kat puncak bukit tu. Waktu tu lebih kurang pukul 10 pagi, kami pun turut berehat kat situ sambil ambil gambar sebagai kenangan. Selepas 15minit berehat, kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke air terjun yang juga terdapat di Bukit Putih tu. Sambil menanya orang orang yang ada di situ, kami meneruskan perjalanan ke air terjun.
Hebatnya ciptaan Allah...... kecil kita ni......

Akhirnya..... sampai ke puncak.

Untuk sampai ke air terjun, daripada Top Hill Saga, kami terlebih dulu perlu sampai ke “check point no 6”, selepas naik turun bukit, lebih ,kurang 30minit kami sampai ke “ Check point No 6”. Dari situ, untuk ke air terjun tu, ketahanan fizikal kami di uji berkali kali, naik turun, naik turun bukit, naik turun bukit, dan semakin menghampiri air terjun tu perjalanan menjadi semakin sukar, kami terpaksa menuruni bukit yang boleh di katakana begitu curam untuk anak anak 8 dan 10 tahun , tapi alhamdullillah selepas lebih kurang sejam akhirnya kami sampai ke air terjun. Di sepanjang perjalan itu, ekspedisi leader kami tak henti henti member kata kata semangat kepada Kimi dan Harith. Alhamdulillah juga mereka berdua berjaya sampai ke air terjun tu dengan usaha mereka sendiri.
Kimi ..... leader in making.

My life partner......

Bila dah sampai di air terjun, waktu tu lbih kurang pukul 12 tengahari, perkara pertama sekali yang aku buat, isi perut. Lapar dah letih. Depa yang lain pi mandi, tapi aku mula isi perut dengan roti. Rasa sedap betul roti gardenia yang Shue beli sebelum naik tadi…sebab lapar sangat kot. Kemudian baru depa join aku makan.
Harith......abang yang bertanggungjawab.

Dah perut agak kenyang, aku pun turun ke air terjun…sejuk betoi air dia. Air pun bersih, mungkin sebab tak berapa ramai orang yang sampai.
Pemberi semangat.........oooooo yes!

Selepas lebih kurang sejam, main main dekat air terjun tu, kami memulakan perjalan untuk balik. Perjalanan balik agak susah, kerana waktu datang tadi, kena turun cerun yang curam, tapi kali ni, kami kena mendaki pula cerun yang curam tu. Memang betul betul mencabar. Memang dapat beza, orang yang 30-an, 20-an , bawah sepuluh punya tenaga…. Lutut aku pun dah semakin sakit. Mungkin juga sebab kena bawa banyak barang kot…(kena claim dekat Shue).
Indah nya ciptaan Allah....

Lebih kurang pukul 3 petang, akhirnya kami semua berjaya sampai semula ke kaki bukit putih. Tak pasti berapa jauh kami semua berjalan hari tu, tetapi kalau ikut kepada perkiraan aku, dalam seminit kami aku melangkah secara puratanya 60~65 langkah, dah setiap langkah secara puratanya juga lebih kurang 0.4meter, jadi keseluruhan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam (one way ), jadi lebih kurang 6 kilometer la kot pergi dan balik.
Akhirnya ...sampai ke target yang ke dua....jom mandi.
Kepada Harith , Kimi…. Congarte & You all memang best sebab berjaya naik dan
turun dengan sendiri.
Waterfall 2.......sejuk.

Kepada Shue …. Thanks sebab sediakan makanan dan minuman.

Kepada Emi … Thanks kerana perkenalkan tempat ni, tunggu next “hiking”, tapi kena tunggu sampai sakit lutut ni hilang dulu.

Friday, April 2, 2010

Renungkan Sejenak......

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

' Apa ni ? Siapa awak ? dan apa kejadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; ' Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat' ia merayu. 'Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil'.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. 'Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

TAK PASTI, CERITA INI BENAR ATAUPUN TIDAK . TAPI YANG PASTINYA KITA DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT IKTIBAR ATAUPUN MERENUNG SEJENAK, DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN, KADANG KADANG KITA TERLALU MENGEJAR DUNIAWI HINGGAKAN KITA LUPA SIFAT SIFAT MURNI YANG SEPATUTNYA ADA DIADALAM DIRI KITA, KEKADANG KITA LANGSUNG TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU APA YANG MENIMPA ORANG LAIN, KITA TAK MAHU DI LABEL SEBAGAI "SUKA MENJAGA TEPI KAIN ORANG".
KALAU KEJADIAN INI BERLAKU DI HADAPAN MATA KITA, APA YANG KITA AKAN LAKUKAN?

Pengajaran :
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.