Tahun ni, first day raya seperti tahun lepas aku beraya di Cheras, dalam banyak banyak tahun, sepanjang aku kahwin , ni kali pertama gambar yang diambil sepuluh tahun yang lepas di ambil semula...tentulah kalau waktu tu baby baru boleh merangkak, la ni dah boleh jalan la...contohnya yang baring kat depan tu, masa ambil dulu, baru belajar merangkak, la ni dah hampir sama dengan bapa dia dah....dah darjah 6 dah...tu la, cepat betul masa berlalu...
tu yang budak kecil..................yang dewasa pula, meningkat sikit taraf kedewasaan dia, orang sekarang tak cakap tua, cuma menjadi lebih senior sikit....maksud dia sama la....yang rambut hitam , ada yang jadi putih..yang tak kahwin , dah kahwin...tapi alhamdulillah semua masih ada lagi...
** idea ni dikeluarkan oleh orang yang agak senior juga **
Aiman (bukan nama sebenar) baring sambil pegang gambar yang 10 tahun dulu, kedudukan orang disusun semula ikut pada waktu 10 tahun yang dulu. Waktu tu aku belum masuk korum lagi...gambar family ex-girl friend aku, yang kemudiannya menjadi ex-tunang aku dan sekarang alhamdulillah menjadi isteri.
Gambar keluarga Shamsiar...ni tak fully participate sebab ada yang kat luar kawasan yang tak dapat balik, yang raya kat oversea kat Rusia ada kat Amerika ada, yang beraya kat kampung pun ada juga.Kalau masa perang dingin Rusia-Amerika, mungkin bahaya kalau 2 orang yang dok kat oversea ni jumpa, ya lah sorang kat Rusia, sorang lagi kat Amerika....Cerita sikit, pengalaman masa baru baru kahwin dulu, tengok anak buah bukan main ramai, kalau tak dapat bonus waktu tu...fuuuhh pening gak waktu nak meng"hulur" tu...apa apa pun , bagi setakat yang ikhlas...betoi dak??
Lagi 2~3 tahun, lagi besar keluarga ni, bila anak anak buah yang dah status anak dara/teruna ni kahwin....kalau buat openhouse panggil group ni saja pun dah penuh...ramai tu..
Aksi belakang tabir , anak anak dara, anak anak teruna yang aku katakan tadi.
“Penghulu Kajang”
Lagi aksi belakang tabir....
Kalau nak pilih tu, buat cara elok la...
Kebetulan Hari Raya kali ni jatuh pada hari Jumaat, selesai solat kami sekeluarga bertolak balik ke Kedah.. beraya @ Kedah la pula…selalunya kalau jatuh raya pada hari biasa, dalam pukul 12tgh tu dah bertolak balik Kedah, tapi kali ni lambat sikit, solat Jumaat semua dulu, baru balik...Apa yang aku rasa, tahun ni ada sikit kelainan, selalunya kalau balik raya pada hari raya pertama, selalunya kereta tak banyak, tapi kali ni kereta banyak pula...tapi tak la sampai terus tak bergerak...nampak macam orang dah ubah trend kot...masing masing raya kat KL dulu then baru balik kampung...tahun depan kena observe lagi...kalau trend makin meningkat, mungkin kena ubah strategi untuk elak "jem" kat highway waktu balik kampung raya...Nasib baik kerjaya sebagai "ejen" ni pasal cuti tak risau sangat, tak payah la nak mohon cuti ka apa...kita uruskan sendiri...Tapi kerja sendiri ni, tak da istilah cuti pun, cuma tak datang pejabat saja...yang lain kalau orang berkehendakkan service kita, kita buat juga...contoh kalau waktu orang lain bercuti raya, ada pula yang "renew" insurance kereta, kita buat juga...so istilah cuti ni kira tak ada.....
Keluarga @Kedah
Comel tak?? namanya syafira....ada sikit sikit dekat dengan nama isteri saya...
Anak anak seronok beraya kat kampung....sepupu , sepapat ramai...seronok tengok depa...
depa tengah ber"shuffle" la pulak....
melawat tok nek @ Sg Tiang
Masa raya tu juga, dah ramai berkumpul + dah mabuk makan ketupat ( bini saya la...dia cakap, kalau raya kat Kedah, pi rumah mana pun tak da benda lain ...semua sama, ketupat + gulai daging ) Tapi aku ok saja...Kami buat BBQ...kebetulan adik ipar ni bab bab masak ni boleh harap..so dia la yang incharge...
Buat BBQ kat kampung ni senang, kalau buat kat rumah aku ...problem...banyak kena fikir..asap masuk rumah jiran la..bau masuk rumah jiran la...tempat nak bakar lagi...kat kampung senang...
Buat BBQ kat kampung ni senang, kalau buat kat rumah aku ...problem...banyak kena fikir..asap masuk rumah jiran la..bau masuk rumah jiran la...tempat nak bakar lagi...kat kampung senang...
tempat nak bakar..ambil kereta sorong ayah aku, jadikan tempat bakar seafood...senang tak??
abu abu tu nanti...sorong saja kereta sorong tu.pi buang...senang kan??