mai Langkawi..............spot yang kena ambil gambar>>>
12:30pm hari Khamis, aku dan Mizi ke Langkawi dengan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis. Tujuan kami bukan untuk bercuti, tapi dengan satu matlamat untuk mencari prospek, dan final target untuk mencari client client baru di Langkawi ini.
Daripada apa yang kami tahu, market di Langkawi ini masih lagi fresh. Jadi untuk mencari kebenarannya cerita tu, kami berdua membuat pelaburan utk datang ke Langkawi ini, bermalam di motel, menyewa kereta, menyewa tapak untuk promosi dan makan minum kami selama di Langkawi ni.
Perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Kuah tak mengambil masa yang lama, cuma sejam perjalanan. Sampai saja ke jeti, pertama sekali, kami mula mencari "transport", kereta sewa. Ada 2 harga kereta sewa disini, yang ada permit, dan langsung tiada permit. Beza harga hampir separuh. Yang tiada permit boleh disewa dalam RM40/sehari. Dengan kereta sewa, kami ke motel berhampiran Padang Lalang, motel D' Lalang, semalam RM60. Selepas mendapatkan bilik, apa lagi nak tunggu, tujuan datang bukan untuk bercuti, datang untuk kerja, so kami bergegas ke tapak booth.
Orang memang agak ramai disini, cuma dari pemerhatian kami, agak kurang yang mengetahui tentang kepentingan insuran/takaful. Apa yang perlu kami buat adalah untuk memberitahui tentang kepentingan insuran/takaful kepada orang orang disini.
bot bot mewah parking kat betul betul depan The Loaf
Dah sampai ke sini...ambil kesempatan untuk cuba makan roti che det...The Loaf...menarik roti roti kat sini...kalau nak cuba roti dengan terung...pun ada. Aku tak pernah jumpa kat kedai roti lain lagi...mungking juga sebab jarang pi kedai roti. Kira innovative la..product product dia..kalau mai Langkawi, mesti mau try...kalau tak kira tak lengkap...