Sunday, August 28, 2011

share tazkirah menjelang Satu Syawal

Pastikan kita tak terlepas satu pun daripada banyak perkara sunat yang boleh kita lakukan pada 1 Syawal nanti.

Antaranya,
1. potong kuku dan bersihkan lubang telinga, lubang hidung dan potong segala bulu supaya lebih kemas...masa waktu ni, ustaz share, termasuk bulu ari ari, walaupun orang tak nampak, kena bagi kemas juga. Untuk lelaki , misai , janggut , janganla bagi serabut.
2. mandi sunat hari raya aidil fitri, bermula selepas gelincir matahari hari terakhir berpuasa, maknanya selepas berbuka puasa hari terakhir tu, kita dah boleh niat mandi sunat hari raya aidil fitri. "Sahaja aku mandi sunat eidul fitri kerana Allah Taala". Tapi lebih elok dilambatkan, iaitu sehingga ke saat akhir nak pi solat tu , mandi lagi baguih.
3. Memakai baju baru, ataupun baju yang paling elok yang kita ada...tahun ni tak da baju baru, so aku pakai baju yang paling best aku ada ...untuk nak sedondon kan dengan anak anak...
4 memakai wangi wangian yang bersih, contohnya sekarang ni , banyak dah jual, wangian Kasturi...semalam baru beli kat Giant.
5. jamah makanan sebelum pergi ke masjid, tapi kuantiti tu jangan la over sangat, nanti tak boleh nak solat sunat pulak...dah sengkak perut..
jangan pulak niat balas dendam , dah sebulan tak boleh breakfast, pagi raya tu hentam sampai 10 batang lemang...
6. pergi ke masjid, kalau dapat, pergi ikut jalan lain, nanti dah lepas solat ikut jalan lain pulak...suoaya boleh jumpa orang yang berlainan waktu pergi dan balik. ....maksudnya, kena jalan kaki, kalau naik kereta, tingkap tutup ramai, memang boleh jumpa orang ramai, tapi kalau tak bertegur, tak kena juga...ni aku tambah, ikut pendapat aku.
7. solat sunat hari raya, nak tambah sikit, kalau la tak sempat nak solat kat masjid dengan imam, kita boleh buat sendiri kat rumah sebenarnya...tapi kalau buat sendiri kat rumah, sapa nak bagi khutbah..walaupun khutbah tu sunat jua....so, pagi raya tu , bangun awal awal, pi solat kat masjid...
8. ziarah kubur, yang ni aku nak share, ada ustaz pernah sebut, masa paling sesuai nak pergi sebelah petang, sebelah pagi kita jumpa orang yang hidup, kita kena bergembira sebab dah berjaya berpuasa kerana Allah,
yang selebihnya tak ingat...
kalau ada sesiapa nak tambah atau ada info, tolong update..

Selamat beramal


Tuesday, August 2, 2011

4 things that you cannot recover....












Moral of the story :

1. The STONE ... after the throw!
2. The WORD ... after it's said!
3. The OCCASION ... after the loss!
4. The TIME ... after it's gone!


Berjimat Di Bulan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu, sedar dengan tidak kita berpuasa lagi. Sebenarnya di bulan yang mulia ni, walaupun kita tahu, segala Syaitan dan Iblis telah dirantai, tapi cubaan yang datang dari dalam diri kita sendiri memang kuat...itulah Nafsu.. Kalau tak kena gaya, boleh "rebah" juga. Antara cubaan yang paling besar yang aku rasa dan kawan kawan pun boleh bersetuju adalah cubaan kita nak berbuka. Kalau time time macam ni , kita pi ke "Bazar" Ramadhan...macam macam kita boleh jumpa, di tambah pula dengan lapar, semua benda yang di jual nampak sedap, semua nak dibeli. Jadi, kalau kita mengikut Nafsu kita ni, habis lah kita...kurang pahala berpuasa...So, langkah paling senang...elakkan daripada pergi ke Bazar Ramadhan, bagi yang berkeluarga..lebih baik, masak sendiri kat rumah...boleh berjimat, tak percaya, cubalah...

Tapi macam pulak dengan yang bujang, atau yang suami dan isteri bekerja...mana ada masa nak masak kat rumah, jangan risau...boleh berbuka di masjid...boleh di katakan, hampair semua masjid menyediakan hidanagan berbuka..boleh makan dengan percuma, yang tinggal di Shah Alam, datang ke masjid negeri, bukan setakat juadah berbuka, lepas terawih ada moreh, kalau nak bersahur pun ada juga ... so kalau setakat sebulan tak nak masak kat rumah pun boleh...so boleh berjimat...duit yang kita dapat jimat tu , boleh guna untuk kegunaan lain, boleh bagi dengan mak dan ayah lebih sikit ka, bagi duit raya anak buah ka, dan macam macam lagi...
tepuk dada tanya selera...nak lebih details lagi...JOM ke Masjid...