News

Pekerja asing wajib ada insurans kesihatan mulai tahun depan

Berita Harian 2010/11/25

PUTRAJAYA: Semua pekerja asing di negara ini akan diwajibkan mempunyai insurans kesihatan, berkuatkuasa 1 Januari depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata majikan perlu membayar premium tahunan RM120 apabila memohon permit untuk pekerja asing terbabit. Katanya, peraturan baru itu bagi memastikan perbelanjaan perubatan pekerja asing dijelaskan. "Sebanyak RM18 juta caj rawatan masih belum dibayar pekerja asing yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pekerjaasingwajibadainsuranskesihatanmulaitahundepan/Article/index_html



Lindungi anak dengan insurans

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my 2010/04/06

Prudential lancar PRUmy child, pelan perlindungan kanak-kanak lengkap sejak dalam kandungan
BERDEPAN dengan kehidupan yang sukar diduga atau tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan, adalah lebih baik individu itu bertindak, sediakan payung sebelum hujan. Sekurang-kurangnya, ada persediaan dibuat sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku. Dalam sebuah keluarga misalnya, mempunyai perlindungan pelan insurans untuk ahli keluarga, khususnya untuk anak dilihat amat penting pada masa kini. Justeru, bagi ibu bapa yang berkemampuan, sebaik-baiknya pastikan anak dilindungi insuran bagi memastikan keselamatan terbaik dan dapat memberikan jaminan masa depan lebih baik untuk mereka. Penyanyi terkenal dan juga ibu kepada empat anak, Datuk Sheila Majid juga percaya, perlindungan insurans untuk anak adalah penting. Menyedari hal itu, sejak dulu lagi semua ahli keluarga termasuk diri sendiri, suami dan empat anaknya dipastikan ada pelan perlindungan insurans masing-masing.

Sheila berkata, sebagai ibu yang melahirkan dan bertanggungjawab membesarkan anak walaupun selalu sibuk, memberikan kasih sayang serta mengutamakan kepentingan masa depan anak sentiasa menjadi keutamaannya.

“Saya memang percaya anak memerlukan perlindungan dan keselamatan terbaik dan antara cara untuk memberikan mereka perlindungan itu adalah melalui insurans. Kita tidak tahu apa akan terjadi dengan kita pada masa depan, tetapi dengan adanya pelan perlindungan insuran ia dapat membantu terutama apabila kita berdepan dengan masalah kewangan. Mana tahu, itu akan terjadi pada kita,” katanya pada majlis pengumuman perlantikan sebagai duta PRUmy child di ibu negara, baru-baru ini.

Shiela diumumkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sebagai duta bagi produk terbaru, PRUmy child iaitu satu pelan insurans kanak-kanak inovatif yang menawarkan perlindungan lengkap bagi setiap peringkat kehidupan seorang kanak-kanak, malah sebelum kelahirannya.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Charlie Oropeza. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Gleneagles, Amir Firdaus Abdullah.

Penyanyi yang sudah 25 tahun membabitkan diri dalam bidang hiburan itu berkata, amat berbesar hati dilantik sebagai duta dan berharap dengan peluang unik itu dapat berganding bahu bersama Prudential bagi mendidik lebih ramai ibu bapa mengenai kepentingan insuran bagi kanak-kanak.

“Secara peribadi saya melihat insuran berperanan penting untuk keluarga bukan saja untuk kepentingan kesihatan, tetapi juga sebagai keperluan persediaan pendidikan masa depan anak-anak. Saya menyatakan hal ini bukanlah kerana peranan saya sebagai duta tetapi sebagai seorang ibu,” katanya.

Mengenai produk baru diperkenalkan Shiela berkata, ia adalah satu pelan yang begitu unik dan inovatif dari pelbagai aspek terutama apabila memberikan perlindungan kepada anak sebelum kelahiran di dunia.

Kata Shiela, sekalipun pernah melalui pengalaman melahirkan empat anak, hatinya akan berasa berdebar setiap kali menantikan detik kelahiran.

“Bagi ibu yang mengandung, dia perlu pastikan mengambil makanan yang sihat supaya kesihatannya baik dan bayi yang dikandung juga sihat sebelum lahir ke dunia. Namun, yang pasti apabila kita mempunyai perasaan bahawa ada ‘nyawa’ yang membesar di dalam rahim, kita tentu ingin melindunginya,” katanya.

Sementara itu, Oropeza berkata, pelan perlindungan insurans itu boleh diambil wanita mengandung seawal kehamilan 18 minggu dan turut menawarkan merangkumi kehamilan kembar yang tidak melebihi dua orang.

Katanya, PRUmy child adalah pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan ketika kehamilan serta peringkat awal bayi. Pelan perlindungan insurans itu juga membolehkan ibu bapa menguasai serta menjamin tabung pendidikan anak mereka seawal mungkin.

Sejajar dengan pengumuman itu, PAMB juga melancarkan kempen pemasaran integrasi selama 14 minggu bagi produk berkenaan yang menonjolkan Shiela, anak perempuan bongsunya, Khalefa Laila dan juga penampilan suaminya, Acis.

Pada majlis sama, PAMB turut mengumumkan pembabitannya dalam satu projek komuniti Hospital Gleneagles Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Program A Heart for A Heart. Melalui projek itu PAMB akan menderma RM2 bagi setiap polisi PRUmy child yang dijual antara Mac hingga Jun.

Program itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak atau ibu bapa dengan anak yang mengalami kecacatan kongenital dan memerlukan pembedahan pembetulan.

No comments:

Post a Comment