DESTINASI HIDUPKU
Bersyukur
Sunday, October 12, 2014
Monday, August 4, 2014
Perkhidmatan Kereta Kuda @ Muzium Padi, Alor Setar, Kedah
Merry sedang bertugas |
Ranno |
Majlis Perarakan Pengantin |
Tuesday, January 24, 2012
Riadah Keluarga 2012...Januari
1. Orang yang tidak berduit dan tidak mempunyai masa
2. Orang yang tidak berduit dan mempunyai masa
3. Orang yang berduit dan tidak mempunyai masa
4. Orang yang berduit dan mempunyai masa.
Mana satu pilihan kita? Di dalam dunia korporat hari ni, boleh dikatakan kebanyakan orang yang memegang jawatan tinggi mempunyai duit, tapi tak semua mereka mempunyai masa. Setinggi dengan "income" yang mereka perolehi, setinggi itulah juga tanggungjawab yang mereka pegang. Kesimpulannya mereka di bayar dengan jumlah masa yang mereka peruntukkan.
Sebab itulah tak salah jika kita katakan DUIT = MASA.
Bagaimana pula, kalau kita diberi peluang untuk memperolehi kedua duanya. Mahukah kita merebut peluang tersebut. Di Khalifah Group , insyaAllah kami yakin kami mempunyai caranya.......okay, tu iklan sikit...
berbalik kepada riadah keluarga 2012, tahun ni , isteri kesayangan dah buat list tempat tempat yang hendak dilawati bersama, pelan riadah 2012. Tempat tempat ni, hampir semuanya dalam lingkungan yang boleh sampai dengan kereta saja, tak jauh sangat, tak la sampai ke luar negeri lagi... tapi apa yang nak kita share, pasal masa yang berkualiti yang boleh kita peruntukkan untuk semua ahli keluarga..insyaAllah.
Destinasi pertama untuk tahun ni, Kepong Metropolitan Park, nama pun dah kepong...mestilah terletak kat Kepong...cara nak sampai, guna google...
Menarik juga, boleh tengok banyak jenis layang layang...kalau kat kampung dulu, masa kecil , aku belajar buat sendiri 'wau' tu...pi cari buluh, tebang buluh, raut buluh, then sampai bab mem"'balance' kan wau tersebut, wau kena bagi balance, kalau tak, mungkin tak boleh "naik"...
dah balance, cari kertas minyak, la ni 'layang layang' atau "wau" yang beli ni...kebanyakkannya dah guna plastik....
dah lepas pelekat kertas minyak...cari tali pula...beli la...then , pasang ekor....bagi menambahkan "keseimbangan" wau tu...tak lupa...siap pasang "dengung"...supaya, bila wau tu naik atas...akan ada bunyi....
Tu masa zaman aku....25 ke 30 tahun lepas....dah lama tu ..
Angin kat area sini , pada hari tu..sesuai la untuk "naikkan" wau...Sunday, August 28, 2011
share tazkirah menjelang Satu Syawal
Antaranya,
1. potong kuku dan bersihkan lubang telinga, lubang hidung dan potong segala bulu supaya lebih kemas...masa waktu ni, ustaz share, termasuk bulu ari ari, walaupun orang tak nampak, kena bagi kemas juga. Untuk lelaki , misai , janggut , janganla bagi serabut.
2. mandi sunat hari raya aidil fitri, bermula selepas gelincir matahari hari terakhir berpuasa, maknanya selepas berbuka puasa hari terakhir tu, kita dah boleh niat mandi sunat hari raya aidil fitri. "Sahaja aku mandi sunat eidul fitri kerana Allah Taala". Tapi lebih elok dilambatkan, iaitu sehingga ke saat akhir nak pi solat tu , mandi lagi baguih.
3. Memakai baju baru, ataupun baju yang paling elok yang kita ada...tahun ni tak da baju baru, so aku pakai baju yang paling best aku ada ...untuk nak sedondon kan dengan anak anak...
4 memakai wangi wangian yang bersih, contohnya sekarang ni , banyak dah jual, wangian Kasturi...semalam baru beli kat Giant.
5. jamah makanan sebelum pergi ke masjid, tapi kuantiti tu jangan la over sangat, nanti tak boleh nak solat sunat pulak...dah sengkak perut..
jangan pulak niat balas dendam , dah sebulan tak boleh breakfast, pagi raya tu hentam sampai 10 batang lemang...
6. pergi ke masjid, kalau dapat, pergi ikut jalan lain, nanti dah lepas solat ikut jalan lain pulak...suoaya boleh jumpa orang yang berlainan waktu pergi dan balik. ....maksudnya, kena jalan kaki, kalau naik kereta, tingkap tutup ramai, memang boleh jumpa orang ramai, tapi kalau tak bertegur, tak kena juga...ni aku tambah, ikut pendapat aku.
7. solat sunat hari raya, nak tambah sikit, kalau la tak sempat nak solat kat masjid dengan imam, kita boleh buat sendiri kat rumah sebenarnya...tapi kalau buat sendiri kat rumah, sapa nak bagi khutbah..walaupun khutbah tu sunat jua....so, pagi raya tu , bangun awal awal, pi solat kat masjid...
8. ziarah kubur, yang ni aku nak share, ada ustaz pernah sebut, masa paling sesuai nak pergi sebelah petang, sebelah pagi kita jumpa orang yang hidup, kita kena bergembira sebab dah berjaya berpuasa kerana Allah,
yang selebihnya tak ingat...
kalau ada sesiapa nak tambah atau ada info, tolong update..
Selamat beramal
Tuesday, August 2, 2011
4 things that you cannot recover....
Berjimat Di Bulan Ramadhan
Saturday, June 25, 2011
SuperGT Sepang June 2011
GTR..antara kereta yang mantap beberapa tahun lepas.
"Trademark" GTR... ada lampu bulat dua ketul....
Sebelum masuk tengok race...
Ford focus...buat apa tak tau kat sini..ni kereta rally.........
ni baru Super Car ... ada kawan mau angkat ni... tunggu naik kawan punya la...insyaAllah bulan 11 ni kot sampai...Best nya.
Tahun ni Honda NSX menang, naib juara untuk kategori 500HP, dapat kepada Nissan GTR
Kalau dah ada race, mesti ada "race girl"nya..tapi ni bukan race girl..ni "car exhibitation girl"..
Saturday, June 11, 2011
Cuti Sekolah Lagi
Subuh sebab tak boleh nak di jamak, akhirnya kami buat di masjid dekat pekan Raub. Alhamdulillah cepat juga kami sampai ke Raub, dalam pukul 6:30 pagi dah sampai.
Kami sampai ke Kota Bharu dalam pukul 1:30 tengahari. Seperti di khabarkan, memang sesak Kota Bharu ni..
Pemandangan di sepanjang jalan...Jalan Pantai, daripada Tok Bali ke Kuala Terengganu...cantik.
tempat beradu...lega..dah sampai ke Awana Kijal Hotel..
Sinar Matahari awal pagi...diambil daripada bilik hotel..
"Giant Chess"...Haziq menang..
anak bini main kat pantai...aku dok rehat bawah pokok..
lepas kat pantai, masuk ke swimming pool pulak...harith & kimi dah berani turun kolam yang lebih 1.5 meter dalam....
Sebelum balik....dan sebelum bateri kamera habis...family photo June 2011@Awana Kijal Hotel
Alhamdulillah...percutian yang selamat dan mennyeronokkan...
Tuesday, May 17, 2011
Cuti Sekolah
Bila time cuti sekolah ni, boleh dikatakan ramai pemandu di lembah klang boleh bersetuju dengan aku, jalan kurang sesak..perjalanan jadi "smooth" saja.
Bila time cuti sekolah ni juga, mungkin kebanyakan dari kita yang dah ada anak anak ni, akan mengambil kesempatan cuti ni untuk bercuti bersama keluarga ataupun pulang ke kampung berjumpa dengan tok dan tokwan anak anak kita.
Bagi yang berduit banyak, mungkin boleh bercuti sehingga ke luar negeri, tapi bagi yang kurang sikit tu , cuti kot kot sini sudah la...
So, pada cuti sekolah yang lepas, hajat hati memang la nak bercuti betul betul..tapi sebab pulus kurang...cuti kot dekat ni saja .. kami sekeluarga pi bermalam di Putrajaya, ni kali pertama kami pi bercuti, anak anak aku tak sempat nak tidur dalam kereta...sebab dekat sangat...ya lah Shah Alam ke Putrajaya...lebih kurang 40 minit saja...dah sampai.
Hotel ni kira ok lah, bilik dia pun besar...bilik kat hotel ni berkonsepkan masyarakat kat Malaysia, ada bilik style cina, melayu, india..mungkin sebab hotel ni still baru, so semua kemudahan yang ada disediakan amat memuaskan, swimming pool bersih dan cantik, bilik permainan untuk kanak kanak teratur dan semua permainan boleh di gunakan, persekitaran bersih, boleh kata aku puas hati la, kecuali bab harga makanan...mahal.
So , aku seperti biasa, apa lagi , cari kedai sekeliling hotel ni la, waktu dah mengisi perut. ..jimat sikit.
The best gambar aku ambil , gambar lain semua tak jadi, memang susah nak ambil gambar waktu malam ni....
Dok fikir, cuti ni nak pergi mana..anak anak ajak pi ke tempat yang berpantai.....so pantai yang best kat Malaysia ni...bagi aku mestilah di sebelah pantai timur...Cherating ka Redang ka...ataupun nak melangkah kaki buat kali pertama ke Kelantan, sepanjang umur belum pernak sampai ke Kelantan lagi...fikir , fikir ....fikir...
Saturday, March 26, 2011
Seketika Di Bangkok
Kami memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan berkereta, melalui jalan darat, kami memandu sehingga ke Hat Yai, semalam di Hatyai , kami menaiki kapal terbang ke Bangkok. Bukit Kayu Hitam ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang sejam setangah ke dua jam. Kalau nak berkereta sehingga ke Bangkok pun boleh, tetapi lama la...lebih kurang 14jam.
Sampai di Bangkok, alhamdulillah ada orang siam datang ambil kami, kami di bawa ke pinggir kota Bangkok, naik teksi dari Airport ke tempat yang bernama "Ram inTra", memakan masa lebih kurang 45minit. Alhamdulillah juga sebelah hotel kami duduk ni ada kedai yang menjual makanan halal, so tak da la masalah pasal makan. Kompleks ni bi beri nama "Health Food", di dalam ni kebanyakan barang yang di jual telah di kelaskan samada mempunyai logo halal ataupun tidak, serupa macam supermarket la...semua ada...daripada roti, pult mangga, kuih pau dan macam macam lagi. Kuih pau baru sekupang..sepuluh sen la.
Tengah memilih ikan apa nak di makan. last kami pilih ikan siakap. 2 ekor siap di masak stim baru 153 bath...lebih kurang RM15. Murah kan??
Dua hari di Bangkok...