Saturday, June 11, 2011

Cuti Sekolah Lagi

Percutian sekolah kami kali ni, tak berapa dirancang dengan teliti...pukul 5:30 pagi, sebelum subuh kami sekeluarga bertolak dengan tujuan untuk bercuti di Kelantan. Kalau ikut google maps, jalan paling dekat untuk sampai ke Kelantan ialah mengikut jalan ke Raub, melalui Gua Musang dan akhirnya akan sampai ke Kota Bharu.
Subuh sebab tak boleh nak di jamak, akhirnya kami buat di masjid dekat pekan Raub. Alhamdulillah cepat juga kami sampai ke Raub, dalam pukul 6:30 pagi dah sampai.
Kami sampai ke Kota Bharu dalam pukul 1:30 tengahari. Seperti di khabarkan, memang sesak Kota Bharu ni..
Oleh kerana tak rancang dengan teliti, tak da buat booking hotel semua, mula kami cuba ke Pedana Resort, tapi hampa...dah full booked.
Kami cuba pula ke Pantai Irama, sekali lagi, hampa...memang dapat rasa sikit perbezaan antara resort atau hotel dekat KB ni, agak limited, kalau dibandingkan dengan hotel sekitar pantai di Terengganu..Banyak juga hotel kami masuk...tapi semua hampa..sampai setiap kali berhenti depan hotel, anak anak dah cakap "abah, kita tidur dalam kereta ka, malam ni?" Bukan tak ada aku booking langsung hotel, cuma hotel yang aku booking tu...bila kami sampai, suasana dia kurang sangat tak menarik...dengan construction kiri kanan dia...tambah pulak dengan berbeza sangat gambar dalam website, dibandingkan dengan actual...kami tak jadi....hotel yang aku booked tu kat area Tok Bali...sungguh menghampakan....lepas tu apa lagi, kerja kena perli sajalah dengan "mam"...selalunya...pasal booking hotel ni , di yang buat...tu la..bila serah kat aku...tak berapa cantik la...next time..kena bagi "mam" buat..
Finally, kami patah balik ke satu villa, terletak antara Tok Bali dan Pantai Irama...Villa Danialla...tapi memang mahal kat sini...bilik paling murah pun dah 300, tapi bilik memang besar...anyway, syukur kerana dapat juga bilik untuk kami tidur malam tu..
Malam tu, sibuk cari no telefon Awana Kijal...alhamdulillah, dapat booked bilik kat sana untuk malam berikutnya...
Pintu masuk villa .... pukul 6 lebih baru check in...sibuk mencari hotel...gara gara tak booking awal....
Pemandangan di sepanjang jalan...Jalan Pantai, daripada Tok Bali ke Kuala Terengganu...cantik.
tempat beradu...lega..dah sampai ke Awana Kijal Hotel..
Sinar Matahari awal pagi...diambil daripada bilik hotel..

Awana Kijal, kira favourite aku...memang best hotel kat sini...facilities pun banyak..harga lebih kurang kat Villa tu ja...
"Giant Chess"...Haziq menang..
anak bini main kat pantai...aku dok rehat bawah pokok..
lepas kat pantai, masuk ke swimming pool pulak...harith & kimi dah berani turun kolam yang lebih 1.5 meter dalam....
Sebelum balik....dan sebelum bateri kamera habis...family photo June 2011@Awana Kijal Hotel

Percutian kali ni kalau di simpulkan...lebih banyak masa habis dalam kereta....
Alhamdulillah...percutian yang selamat dan mennyeronokkan...

1 comment:

  1. Merit Casino Review | Xn-o80b910a26eepc81il5g.online
    【 Merit 메리트 카지노 Casino Review】 메리트카지노총판 , , ,, , ,, kadangpintar , ,, ,,.....................................................................

    ReplyDelete