Thursday, February 25, 2010

Kemalangan: Lebih 300,000 jadi yatim




ARKIB : 22/02/2010 ( Utusan Malaysia )

KUALA TERENGGANU 21 Feb. - Kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara ini merupakan antara penyebab utama kira-kira 300,000 kanak-kanak menjadi anak yatim.Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, daripada statistik yang diperoleh, setiap hari akan ada anak menjadi yatim setelah ibu atau bapa mereka terlibat dalam kemalangan maut selain faktor meninggal dunia akibat sakit.

''Kira-kira 4,000 anak yatim ditempatkan di 54 buah asrama anak yatim di seluruh negara,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan cek daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahin berkata, Temasya Sukan Anak Yatim Kebangsaan (Sukya), iaitu sukan dwitahunan bagi anak yatim akan diadakan di negeri ini bermula 14 Mac ini.

Sukan lima hari itu akan melibatkan 3,500 peserta dan pegawai dengan kos keseluruhan penganjuran RM350,000.

"Kejohanan anjuran Peyatim dengan kerjasama kerajaan negeri, Perkaya dan Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu akan diadakan di stadium tertutup Kompleks Sukan Gong Badak. - BERNAMA



Malang tak berbau, itu yang selalu orang cakap bila terjadi sesuatu malapetaka/ kemalangan.

Kesian anak anak yang menjadi yatim/ yatim piatu itu, tapi setakat itu sahaja yang selalunya mampu kita lakukan, macam mana dengan kehidupan anak anak ini?

Apa yang kita mampu lakukan, mungkin sekali dua mungkin kita mampu sedekah sedikit daripada apa yang kita ada kepada mereka? Selepas itu, apa ya?

Memang malang tak berbau, tapi kita tanya pula apa persediaan yang ayah atau ibu mereka sediakan sebelum mereka di timpa kemalangan kepada anak anak mereka?




Wednesday, February 24, 2010

38 kata kata yang perlu kita baca, faham, lakukan dan kongsikan.

Kesihatan:
1. Minum banyak air, kalau boleh bangun bangun tidur dah minum at least segelas air. (air tau, H20 sahaja, bukan kopi, bukan teh, bukan milo dsb)
2. Breakfast makan sebanyak mungkin, lunch makan macam putera, dinner pula makan macam pengemis, yakni makan sikit la.
3. Makan banyak makanan yang datang daripada pokok, tumbuhan, kurangkan makan makanan yang datangnya daripada ladang.
4. Hidup dengan 3's E --- Energy, Enthusiasm and Empathy.
5. Adakan masa untuk solat, berdoa.
6. Main games banyak banyak.
7. Baca banyak buku, lebih daripada yang you all baca pada 2009.
8. Diamkan diri untuk lebih kurang 10minit sehari. Jangan buat apa apa, diam.
9. Tidur 7 jam sehari, waktu normal orang tidur, jangan kira kalau tidur pukul 5 pagi, then bangun pukul 12 tengahari...ni tak kira juga.
10. Berjalan 30minit sehari, waktu kita berjalan tu , senyum sikit....tegur orang yang kita jumpa.

Personality :
11. Jangan compare hidup kita dengan orang lain, kita tak tahu apa yang they all lalui.
12. Jangan ada "negative thought" atau benda yang kita tak boleh control, simpan/guna energy kita tu untuk perkara yang lebih positive.
13. Jangan berlebih lebihan, "over do", setiap kita mempunya limits.
14. Jangan terlalu serious, tak ada orang yang buat.
15. Jangan bazirkan masa kita dengan melayan gossip.
16. "Berangan" waktu kita sedar lebih baik daripada "berangan" ketika tidur.
17. Bersifat irihati hanya merugikan masa. Apa yang kita pelu sebenarnya semua dah apa pada kita.
18. Lupakan perkara yang lepas, jangan dok cerita lagi, kalau dok cerita juga kesalahan "partner" kita yang lepas, ianya hanya akan merosakkan masa sekarang kita dengan "partner" kita tu.
19. Hidup ini pendek, jangan bazirkan dengan benci orang tu, benci orang ni.
20. Biarkan yang lepas, so ia tak akan "spoil the present".
21. Tiada orang yang lebih bertanggungjawab terhadap kebahagian kita , selain dari kita sendiri.
22. Banyakkan senyum dan ketawa....tapi jangan sampai "gelak", kerana ketawa dan gelak tu berbeza.
23. Tak semestinya kita perlu menang setiap "argument", agree to disagree.
24. Kehidupa adalah "sekolah", dan kita ada disini untuk belajar, masalah adalah salah satu daripada curriculum yang datang dan pergi macam "algebra class", tapi pelajaran atau pengalaman yang kita dapat tu akan kekal dengan kita seumur hidup kita.

Masyarakat :
25. Hubungilah keluarga kita selalu.
26. Setiap hari, buat sesuatu yang bagus untuk orang lain, bagi orang rasa dihargai/ dihormati. Senang saja nak buat ni, masa bawa kereta pun kita boleh buat, kalau orang dah bagi signal nak masuk lane kita, bagi sajalah dia masuk, tak rugi apa pun.
27. Maafkan semua yang orang buat terhadap kita. memang susah nak buat pada mula, tapi kalau buat selalu keikhlasan itu akan datang.
28. Adakan masa kita untuk orang lebih dari 70tahun atau yang kurang dari 6 tahun.
29. Buat bagi ada 3 orang yang senyum dengan kita dalam masa sehari.
30. tak perlu ambil tahu apa yang orang fikir terhadapap kita.
31. "Pekerjaan / Company" tak akan menjaga kita waktu kita sakit, tapi keluarga dan sahabat akan jaga kita, so selalu lah berhubung.

Kehidupan :
32. Do the right things.
33. Allah heals everything.
34. Walaumacamana baik atau buruk sesuatu keadaan itu , ia akan berubah, so be prepare.
35. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
36. Yang terbaik belu lagi datang.
37. Setiap kali kita bangun dari tidur setiap pagi, bersyukurlah kepada Allah.
38. Apa yang ada didalam kita sentiasa happy, so be happy.

Dipetik dari satu email yang dihantar kepada aku, diubah ikut kefahaman aku, yang baik datang dari Allah, yang salah dan silap tu datangnya dari kejahilan aku.

Friday, February 19, 2010

MUZIUM PADI


Muzium Padi ini terletak di daerah Kota Setar, berhampiran dengan Gunung Keriang. Walaupun dah siap dibina, rasanya 3~4 tahun lepas, baru kali ini saya berkesempatan untuk masuk melihat ke dalam muzium ini. Sebenarnya lokasi ini sangan dekat dengan rumah orang tua saya dan di depan muzium ini pula terdapat satu gerai tempat orang tua saya berniaga, walaupun setiap kali balik ke kampung saya pasti akan pergi ke gerai orang tua saya, tapi tak ada niat untuk nak masuk melihat keadaan di dalam muzium ini.

Tapi pada cuti raya cina kali ini, masa pun ada , jadi saya ambil kesempatan untuk masuk ke dalam muzium ini.


Didalam muzium ini terdapat berbagai barang yang menceritakan perihal tentang padi, di mana padi mula mula di tanam, macam mana padi di tanam daripada cara cara yang dulu hingga cara yang paling latest sekali sekarang ni. Walaupun saya berasal daripada negeri jelapang padi, tapi ada sesetengah peralatan untuk megerjakan padi ini yang saya tak pernah lihat. Kita juga dapat tengok macam mana padi di jaga, dan seterusnya di tuai.


Lepas tu kita juga dapat info , padi ni selain daripada di jadikan beras sebagai makanan kita, banyak lagi boleh orang buat dengan padi ni, buat bedak, buat sagon dan macam macam lagi. Selain itu, dengan research yang orang buat ‘kulit padi” ni orang kita dah boleh buat macam macam, macam tiles pun ada.
Tapi yang paling menarik adalah lukisan yang terdapat di tingkat paling atas bangunan muzium ini, lukisan yang di lukis itu betul betul nampak seperti betul. Orang cakap teruja la melihat gambar lukisan itu. Lukisan itu di lukis di sekeliling dinding muzium di tingkat paling atas. Di tingkat atas ini disediakan kerusi untuk kita duduk sambil menikmati pemandangan lukisan, kita tak perlu untuk bangun untuk melihat di setiap gambar lukisan ini kerana kerusi yang kita duduk akan bergerak mengelilingi gambar lukisan pada dinding itu.





Amnya, tempat yang menarik untuk kita membawa anak anak, sambil menambah pengetahuan mereka, pengetahuan kita juga bertambah. Muzium ini di buka setiap hari mulai jam 10 hingga jam 5 petang sahaja, Tak perlu risau dengan parking, banyak tempat untuk parking kereta, tambahan percuma, itu yang penting kan? Boleh di katakan setiap hari berpuluh puluh bas pelancung datang , ada yang dari Singapura, KL banyak tempat lagi lah. Bayaran yang di kenakan pun sangat munasabah hanya beberapa ringgit sahaja. Bayaran tambahan di kenakan untuk setiap kamera yang di bawa, Rm2 untuk sebuah kamera.




Kalau dah sampai ke sana, jangan lupa untuk singgah makan dan minum di gerai orang tua saya pula.

Melakukan yang terbaik adalah lebih baik daripada memikirkan menang atau kalah


Biasanya keputusan ialah sesuatu perkara yang penting, tetapi pembentukan sikap adalah lebih penting untuk mendapatkan kemenangan.Jika kita sentiasa melakukan yang terbaik dengan sabar dan bijak, kita akan mendapatkan hasil yang lebih bagus.


Dalam apa juga yang kita lakukan, sentiasa ingat untuk melakukan yang paling "best" kita mampu lakukan, dengan itu insyaAllah kejayaan akan datang kepada kita.

Tak kisah apa juga kerja yang kita lakukan, jadi cikgu, jadi BOSS, jadi staff kecik, staff besar, jadi agen insuran, tak kisah la apa apa pun, kita mesti ada niat untuk melalukan yang terbaik... lagi satu untuk mencapai kejayaan kita kena jadi lain daripada orang lain, contoh kalau cikgu biasa mengajar dengan menulis kat papan hitam, cuba kita buat cara lain, mungkin ajar dengan menulis kat siling ka? mesti buat lain daripada orang, contoh berapa orang yang jadi agen insuran, tapi kenapa orang nak pilih kita, so dah orang pilih kita kita kena buat yang terbaik la...betul tak?


Apa yang penting adalah kita mesti mempunyai habit untuk membuat yang terbaik. Nak jadikan sesuatu itu sebagai habit tak senang dan tak juga susah, orang bijak panadai ada cakap, kalau nak jadikan sesuatu tu sebagai habit, lakukan sesuatu itu berulang kali, insyaAllah dia akan jadi habit.


Yang baik dari Allah , yang kurang dan tak elok tu dari kelemahan diri saya, insyaAllah saya akan melakukan yang terBAIK.

Wednesday, February 10, 2010

Buat kerja biar bagi habis


KITA TIDAK BOLEH TERLALU BERHATI-HATI DI DALAM TUGAS. BERUSAHALAH HINGGA KE AKHIR TUGAS.

Walaupun kita telah menyiapkan 99% daripada projek, usaha kita mungkin akan menjadi sia-sia jika 1% yang terakhir tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh seperti yang sebelumnya. Kita tidak seharusnya berasa lega sehinggalah projek anda tamat sepenuhnya.
Kata kata orang veteren, " Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", kalau kita dah start buat something tu , buat la sampai habis. jangan buat "almost habis', tu still tak habis....
Berbalik kepada kata kata orang veteren ni, actually kalau kita fahamkan betul betul , semuanya ada maksud yang tersurat dan tersirat.
Contoh, "rambut sama hitam, hati lain lain", apa tu ???? Bagi aku, secara luarannya kita semua ni nampak sama (SATU MALAYSIA kan??) tapi masing masing punya niat belum tentu sama lagi...
Berbalik kepada "buat kerja tu, biar sampai habis", ni sebenarnya selalu terjadi pada kita, termasuk diri aku, kadang kadang tu kita hanya 'excited' pada mula mula saja, lepas dah buat separuh kerja / assignment kita, kita jadi bosan, satu mungkin kita rasa kita dah dapat result dia, dua mungkin juga benda yang kita buat tu, macam 'repeat work', so kita jadi bosan. tapi sebenarnya kerja kita belum selesai lagi, tapi kita dah bosan...at last kita stop. then I think you know la the result...kerja tak siap. Siapa yang salah??? kita kah?? kerja yang kita buat itu kah?? orang yang bagi kerja dan suruh kita buat kah???
Apa beza tersurat dengan tersirat pulak??? Setiap yang tersurat mesti ada yang tersirat.

Wednesday, February 3, 2010

Berani mengambil tanggungjawab


KEPUTUSAN YANG BERKESAN MEMERLUKAN PERLAKSANAAN YANG BERKESAN.

Ianya mudah untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara apabila kita tidak perlu melaksanakan keputusan tersebut. Sesuatu keputusan akan menjadi bermakna hanya apabila seseorang mempunyai keberanian dan rasa tanggungjawab untuk malaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat.
Selalu orang cakap, terutama apabila dah habis meeting, dia tu cakap saja pandai, "cuba dia buat, tengok". Itu selalu kita dengar, apa maksudnya???
Kadang kadang, kita hanya pandai membuat "conclusion", tapi bila masa nak melaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat itu, kebanyakkan kita cuba melarikan diri. Bila terjadi senario seperti ini, selalunya jarang jarang kita akan mendapat hasil yang memuaskan daripada tindakan tersebut.
Apabila, keputusan telah dibuat, kita seharusnya mesti mempunyai strategi untuk mendapatkan hasil daripada keputusan yang ita dapat daripada "discussion/meeting" kita tu. Kita mesti dengan seberapa segera yang boleh "resources" yang perlu untk perlaksanaan itu. Keputusan yang kita buat, hasil dari "discussion/meeting" itu, hanyalah sekadar perancangan/PLAN sahaja. Walau beribu plan yang dibuat, tapi kalau tiada perlaksanaan yang berkesan, tiada maknanya, umpama kalau dalam permainan bolasepak, bermacam macam "setting" kita buat , kalau kita tak ada "striker" yang berkesan, goal tak dapat dihasilkan, bila tiada goal, maknanya tak menang la.......