Muzium Padi ini terletak di daerah Kota Setar, berhampiran dengan Gunung Keriang. Walaupun dah siap dibina, rasanya 3~4 tahun lepas, baru kali ini saya berkesempatan untuk masuk melihat ke dalam muzium ini. Sebenarnya lokasi ini sangan dekat dengan rumah orang tua saya dan di depan muzium ini pula terdapat satu gerai tempat orang tua saya berniaga, walaupun setiap kali balik ke kampung saya pasti akan pergi ke gerai orang tua saya, tapi tak ada niat untuk nak masuk melihat keadaan di dalam muzium ini.
Tapi pada cuti raya cina kali ini, masa pun ada , jadi saya ambil kesempatan untuk masuk ke dalam muzium ini.
Didalam muzium ini terdapat berbagai barang yang menceritakan perihal tentang padi, di mana padi mula mula di tanam, macam mana padi di tanam daripada cara cara yang dulu hingga cara yang paling latest sekali sekarang ni. Walaupun saya berasal daripada negeri jelapang padi, tapi ada sesetengah peralatan untuk megerjakan padi ini yang saya tak pernah lihat. Kita juga dapat tengok macam mana padi di jaga, dan seterusnya di tuai.
Amnya, tempat yang menarik untuk kita membawa anak anak, sambil menambah pengetahuan mereka, pengetahuan kita juga bertambah. Muzium ini di buka setiap hari mulai jam 10 hingga jam 5 petang sahaja, Tak perlu risau dengan parking, banyak tempat untuk parking kereta, tambahan percuma, itu yang penting kan? Boleh di katakan setiap hari berpuluh puluh bas pelancung datang , ada yang dari Singapura, KL banyak tempat lagi lah. Bayaran yang di kenakan pun sangat munasabah hanya beberapa ringgit sahaja. Bayaran tambahan di kenakan untuk setiap kamera yang di bawa, Rm2 untuk sebuah kamera.
Kalau dah sampai ke sana, jangan lupa untuk singgah makan dan minum di gerai orang tua saya pula.
No comments:
Post a Comment