Wednesday, June 16, 2010

Singgah di Gunung Jerai Di Musim Cuti Sekolah

Gunung tertinggi di Kedah...on the way balik ke Shah Alam, untuk pertama kalinya kami sekeluarga meletakkan kaki ke Gunung Jerai. Waktu balik ke Shah Alam, aku sengaja ikut jalan lama, dengan niat nak singgah ke Gunung Jerai, dah lama tak naik Gunung Jerai ni. Perjalanan naik ke puncak Gunung Jerai ni tak jauh mana, jaraknya cuma 12Km, tetapi kerana jalan menaiki bukit ni berpusing pusing, ianya ambil masa lama juga. Kalau hangpa bukan "drifter" driver normal macam aku, akan ambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak yang berad pada ketinggian 1200meter. Kalau "drifter" mungkin lebih cepat lagi kot. Jalan dia memang shok untuk orang yang suka melayan corner...mungkin sampai tak terlayan ... bukan setakat bentuk "U"...lebih dari bentuk "U" pun ada....anyway bagi yang "first timer" lebih baik bawa slow sikit....ingat orang yang tersayang.
Bila dah sampai kat atas tu, suasana memang sejuk. Hari yang aku pi tu, cuaca agak berkabus, jadi agak rugi sebab tak dapat tengok pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Macam mana pun, flora dan fauna kat situ pun memang di jaga dengan baik. kat puncak tu sekarang ni dah ada hotel baru. Harga pun boleh tahan, paling murah Rm180/night dan paling mahal Rm 500/night kot. Kalau untuk tujuan berehat memang best kalau duduk kat hotel ni....boleh rehat betul betul. Buat masa ni, swimming pool belum ada lagi, so kalau bawa budak budak mungkin depa tak da benda nak buat, tapi kalau untuk mak dengan bapak budak, tempat ni memnag best...sejuk...boleh duduk dekat dekat....hahahaha.

Ni gambar yang aku rasa paling cantik aku ambil hari tu...maklumlah tengah belajar ambil gambar.

Depan restaurant yang ada disitu.


Bunga orkid pula.

Bunga lagi....dahajadi mat bunga la pula. ambil gambar pokok tak jadi...so "upload" gambar bunga saja la.

Dekat dengan sini juga ada di sediakan tempat untuk "camping" ...kalau nak buat "team building" ka boleh kot...ada air terjun. Bagi yang suka "hiking" , kat sini pun ada track. Nanti nak cuba.

1 comment:

  1. mantap laaaa...saya pun tak sampai lg gunung jerai..hehehe...dok lalu sokmo..tak penah singgah..hehehe

    ReplyDelete