Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa Oleh:Ibnuumar Asseluluni
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya. Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.
Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah; Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah > Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.
Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. Kaedah Kedua: Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa.
Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90%ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini.
Doa tersebut adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini; Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.
Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar. Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat. Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.
** di petik dari email yang di terima **
Friday, October 15, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Renungkanlah ..... beringat sebelum kena... kalau dah kena, silap haribulan, teman sebantal pun boleh lari... Nauzubillah
Persediaan kewangan hadapi sakit kritikal
2010/07/18
STATISTIK Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam! Bagi penyakit barah pula, maklumat Kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu.
Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik berbanding dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan yang produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. Ramai pesakit biasanya tidak mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi.
Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 saja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama 4 minggu saja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal. Kos perubatan rawatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini? “Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.
**sumber dari Berita Harian**

Tuesday, October 12, 2010
Apa guna lane emergency..kalau tak boleh pakai???
10.10.10....tarikh yang disebut sebut..di tunggu tunggu...tarikh yang menjadi kenangan terindah oleh sesetengah orang..contoh datuk angkasawan kita...tarikh dia dengan rasminya tidur berteman...tapi tarikh tu juga telah menjadi satu lagi kisah tragis bagi kita...15 orang terkorban akibat kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS berhampiran plaza tol Simpang Empat/ Alor Gajah... sekali lagi penumpang bas menjadi mangsa...Takziah untuk keluarga mangsa dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam..
Hari ni, boleh kata semua orang bercakap tentang kemalangan ngeri tu...sampai ke radio pun, DJ gunakan isu ni untuk ajak pendengar memberi komen/pendapat/cadangan/bantahan dan macam macam lagi... Macam macam idea orang bagi..tapi tak tahu lah sejauh mana idea yang di lontarkan ni sampai...adakah setakat sampai ke telinga kita yang tak berkuasa ni saja..WaAllah hualam...Harap-harap sampai la ke telingan pihak berwajib supaya mereka yang bijak pandai ni dapat menilai/menganalisa dan memperbaiki sistem sedia ada supaya , kalau tidak dapat menghapuskan terus kemalangan ngeri yang macam tu sekalipun, at least mengurangkan pun kira ok lah ...
Masalah kita ni..."hangat hangat tahi ayam"...bukan tak pernah cakap bab ni...dulu macam bas SA*I dulu..macam macam idea , kata nak buat..tapi sampai dah jadi macam ni ..masih lagi tak da...mungkin idea yang dulu tak ok kot...so, harapnya kali ni..pihak berwajib dapat mencari idea yang boleh implement..bagi semua orang senang..bukan implement idea yang menyusahkan orang...nak buat tindakan yang menyusahkan..senang...budak kecik pun tau..
bila bercakap soal accident kat lebuhraya ni, macam macam la benda boleh cakap....ada yang bercakap...pasal kena increase saman, saman sekarang orang boleh bayaq..." sapa kata senang nak bayar" ...mahal tu...RM300...sapa kata murah???
Bila dah bercakap pasal saman ni, ada pula yang mengatakan , orang yang guna "lane emergency" patut kena saman paling tinggi...sebab dia bahaya....
Nak tanya, apa yang bahaya.? Apa definasi "lane emergency" ? waktu bila boleh guna? kalau dah kata bahaya , waktu orang guna tu tak bahaya ka?
Rasanya pihak berkuasa saja boleh jawab soalan ni...hangpa yang baca ni setakat boleh baca la...tu pun kalau ada orang baca ..kalau tak aku baca sorang sorang la.....
Saja kali ni nak bagi pandangan aku, pasal lane emergency kat highway...
kita kena tau, kenapa orang guna lane emergency tu? ingat saja saja ka depa nak guna...mesti ada sebab...
Rasanya sebab sebab orang guna lane emergency :
1. tujuan depa naik highway, untuk kesenangan...bukan nak dapat susah, tapi bila dah naik highway, jalan penuh....sesak...duit kena bayar, tapi bayar untuk apa???? untuk dapat susah??? tentu tak kan... so cari alternative lain, ada jalan ...depa pakai la...
2. tak mau membazir...jalan dah ada, kalau tak bagi guna , buat apa buat...nak kata pakai waktu emergency...berapa kerap pakai??? apa pula definasi "waktu emergency" tu? waktu jalan sesak , tak consider sebagai "waktu emergency" ka?
So , tak taulah hangpa punya pendapat macam mana? bagi aku , lane emegency ni boleh pakai, waktu emergency...waktu emergency bagi aku pula...time sesak tu emergency la tu..kalau tak pakai lane tu...lagi bertambah sesak...lagi emergency jadinya....WaAllah hualam

Tuesday, October 5, 2010
Penang National Park .... Team Building
3/4 daripada tahun 2010 dah berlalu, apa yang kita dah buat?? cepat betul rasanya...baru lagi rasanya kita buat plan apa yang kita nak buat untuk tahun 2010...dah tinggal suku tahun saja lagi....apa yang dah buat , apa pula yang belum buat? apa yang dah tercapai, apa pula yang belum?? ......tahun ni kumpulan Khalifah Wealth Planners menganjurkan sesi "Team Building" di Taman Negara Pulau Penang... Tak ramai orang tahu ada taman negara kat Penang, even orang Penang pun ada yang tak tahu...tempat kat Teluk Bahang tu di jadikan sebagai taman negara....
Ada orang Penang yang panggil tempat tu sebagai "end of the world" , bila difikirkan logik juga, sebab bila jalan sampai situ, jalan mati, tiada lagi jalan...dah masuk ke taman negara tu....sebab tu depa panggil "end of the world" ...panggilan bagi orang orang yang tahu la...
Bermula 1hb Oct hingga 3hb Oct 2010, kumpulan Khalifah seramai 26 orang telah mengatur rancangan untuk mengadakan aktiviti di Penang National Park. "indoor" aktiviti diadakan di pejabat di Seberang Jaya, tujuan utamanya untuk setiap ahli kumpulan bermuhasabah diri, apa yang kita telah buat? sambil itu untuk mengembalikan semangat untuk merencanakan semula perancangan bagi mengharungi 2010 yang tinggal 3 bulan saja lagi.....argghhhhhhh cepatnya...
Di samping itu dapat juga ahli ahli kumpulan berkenalan dengan lebih rapat lagi, sebab ahli kumpulan ini ada yang ada di Seberang Jaya, ada yang berada di KL...so dengan adanya program macam ni, insyaAllah masing masing dapat berkenalan....Kita tak boleh hidup berseorangan, kita hidup secara berkumpulan, bermasyarakat...betoi dak?
Pintu utama Penang National Park, perjalanan selepas turun dari Jambatan Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 30~40minit, bergantung kepada berapa laju anda memandu. Lokasinya berada di Teluk Bahang, selepas jambatan, ikut signboard ke Batu Ferenggi, dari situ cari pula ke Teluk Bahang...ikut sahaja jalan tu sampai ke hujung ( "end of the world" ) ...hujung tu la Penang National Park.
Antara tempat menarik di situ Pantai Kerachut, Monkey Beach, rumah api, banyak aktiviti boleh dijalankan disini...kebanyakan bertumpu kepada aktiviti di pantai la...kalau nak ber"camping" pun boleh juga..

Sehingga ke hari ni, tiada bayaran dikenakan kepada sesiapa yang nak masuk ke Penang National Park ni, kita hanya perlu mengisi profil peribadi diri kita sebelum masuk ke situ dan diserahkan kepada kakitangan di situ. Ya lah takut ada yang hilang...masuk 26 keluar 24 ka, keluar terlebih ka....manalah takut jadi macam cerita 2 lawyer la....masuk 6orang keluar 2 saja...4 lagi dah kena bakar..kejam sungguh manusia zaman la ni... dulu kita pesan kalau nak keluar tu keluar ramai sikit, ajak la kawan seorang dua, buat teman...baru rasa selamat sikit...tapi lepas cerita ni, kalau setakat seorang dua buat teman , tak selamat lagi...even ada 3 orang teman pun tak selamat....tu bukti dah ada, seorang jutawan, ditemani oleh 3 orang lelaki pun masih tak selamat , kena bakar juga....Al-fatihah untuk depa semua.....Return balik cerita Khalifah Team Building...
Penunjuk arah tempat di dalam kawasan Penang National Park.....yang kitaorang pi hari tu, aktiviti pagi, kami di bahagi kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan dimestikan mempunyai seorang yang buta, dan seorang yang bisu. Tujuan utama nya dalah untuk menilai sejauh mana setiap kumpulan itu untuk bekerjasama supaya kesemua ahli kumpulan tu sampai ke final destinasi, iaitu Pantai Kerachut....dapatla tengok ada yang memimpin orang buta sampai langgar pokok pun ada, jatuh tangga, jatuh titi..macam macam lagi..
Pagi tu hujan agak lebat..apa lagi, jalan menjadi licin...banyak insiden yang boleh membuat kita ketawa berlaku.. ada yang nampak macam fit, tapi bila masuk bab jungle tracking ni...uhhhh out juga...
Antara tujuan lain, kenapa kita buat aktiviti buta ni, untuk kita menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, nikmat penglihatan, nikmat bercakap....Subhanallah...besar sungguh nikmat tu, bila tiba tiba hilang penglihatan , rasa macam gelap gelita dunia ni.... Jadi kalau kita "relate" kan aktiviti ni dengan kehidupan kita seharian, kita yang cukup sifat ni, patut guna semua kelebihan kita tu supaya kita jadi lebih baik lagi....semua kita ada, mata ada, mulut boleh bercakap, tangan kaki cukup sifat....semua ada lah...sama saja macam orang lain, kenapa orang boleh buat kita tak boleh....
Antara tempat menarik di situ Pantai Kerachut, Monkey Beach, rumah api, banyak aktiviti boleh dijalankan disini...kebanyakan bertumpu kepada aktiviti di pantai la...kalau nak ber"camping" pun boleh juga..
Masjid Batu Ferenggi....boleh tumpang solat sebelum sampai ke Penang National Park.
Menarik gak view ni.....
Ahli kumpulan membawa seorang ahli yang di"butakan" matanya...
Sambil ber"jungle tracking" tu, ada assignment mencari serangga yang terdapat di situ...
Ahli kumpulan yang celik, selain daripada yang buta sedang mencari serangga untuk di bawa balik...jangan bunuh binatang / serangga tu...
standard time , kalau berjalan kaki dari pintu masuk hingga ke Pantai Kerachut, lebih kurang satu jam setengah....kita tengok kumpulan ni...berapa jam depa ambil??? Naik turun bukit , dah biasa...tu yang kalau tak betul betul fit...tak dapat la buat standard time tu...
Dalam perjalan ke Pantai Kerachut.....

Akhirnya selepas 2 jam baru lah kesemua group dapat sampai ke Pantai Kerachut...ada yang mengadu , panas kaki...macam mana boleh panas aku pun tak tau...sedangkan hujan waktu tu....
Kalau seorang diri, rasanya susah juga nak bai habis track ni...tapi sebab ramai...best la ...
nanti kita cerita pasal aktiviti kat Pantai pula...bagi group ni rehat dul........
Sunday, October 3, 2010
Family Outing
Benda ni, jarang jarang dapat aku buat, tapi pada cuti raya yang lepas dapat juga buat...belanja mak ayah makan... bukannya hebat sangat sampai kat hotel hotel mewah, kat tempat tempat biasa.
Hari kelima Syawal, alhamdulillah kami sekeluarga dapat meluangkan masa pi Kuala Perlis, perjalanan dari Alor Janggus ke Kuala Perlis, lebih kurang sejam la..mengikut jalan biasa..tak da highway lagi...tujuan hati nak ulang balik makan laksa kat Restaurant Kak Su... tapi apakan daya, Kak Su tak buka kedai lagi...masih bercuti raya.. First time makan kak Kedai Kak Su ni masa aku pi Re-union & celeberate 25th years MRSM Beseri bersama kawan kawan se-"batch"....memang sedap, bukan nak kata kedai lain tak sedap...tapi laksa Kak Su tu memang sedap, memang lain dari yang lain...tapi sedap ke tidak ni agak subjektif sikit, betul tak...ikut lidah masing masing la...tapi bagi aku , aku nak promote sikit Laksa Kak Su ni...sebab aku puas hati makan masa tu..Dia hanya ada laksa dengan pulut udang saja...lain tak dak..
Macam mana pun masa "outing" dengan family aku ni, tak dapat la...at last kami pi ke Restoran Nelayan..dekat Kuala Perlis juga.. kat restoran nelayan ni agak banyak benda ada....selain laksa, pasembur ada, cucur udang ada dan macam macam hasil laut yang lain...agak sedap, mungkin sebab kecewa tak dapat makan laksa Kak Su...sebab tu tak dapat menilai dengan betul kot...anyway ok lah...
Tengah tunggu laksa...first punya hidangan ...

Laksa dah sampai....Ketam goreng tepung pun sampai...yang ni best juga...
Tak cukup dengan laksa, boleh tambah dengan pasembur, cucur udang and udang goreng tepung.....puas hati...harga pula tak berapa murah sangat..tak mahal sangat. boleh la...

Dah kenyang makan, boleh pi beli hasil laut yang lain, ikan kering, belacan, "udang kepai", keropok dan banak lagi lah...lokasinya tak jauh dari Restoran Nelayan tu.
Alang alang dah sampai ke Perlis, ambil kesempatan beraya di rumah kawan lama Harith...namanya Haikal...dulu masa diaorang darjah 2, satu sekolah, satu kelas...bila naik tahun tiga, kawan anak aku ni pindah sekolah...tapi masih lagi berhubung...anak anak la ni..dah ada telefon...dia orang boleh call. Tapi masa pi rumah kawan anak hari tu, masing masing malu...mungkin dah lama tak jumpa...Kawan anak aku ni saiz memang besar, sebab tu masa diaorang satu kelas dulu, anak aku cakap best kawan dengan Haikal ni...sapa pun tak berani kacau...
Subscribe to:
Posts (Atom)