Ada orang Penang yang panggil tempat tu sebagai "end of the world" , bila difikirkan logik juga, sebab bila jalan sampai situ, jalan mati, tiada lagi jalan...dah masuk ke taman negara tu....sebab tu depa panggil "end of the world" ...panggilan bagi orang orang yang tahu la...
Bermula 1hb Oct hingga 3hb Oct 2010, kumpulan Khalifah seramai 26 orang telah mengatur rancangan untuk mengadakan aktiviti di Penang National Park. "indoor" aktiviti diadakan di pejabat di Seberang Jaya, tujuan utamanya untuk setiap ahli kumpulan bermuhasabah diri, apa yang kita telah buat? sambil itu untuk mengembalikan semangat untuk merencanakan semula perancangan bagi mengharungi 2010 yang tinggal 3 bulan saja lagi.....argghhhhhhh cepatnya...
Di samping itu dapat juga ahli ahli kumpulan berkenalan dengan lebih rapat lagi, sebab ahli kumpulan ini ada yang ada di Seberang Jaya, ada yang berada di KL...so dengan adanya program macam ni, insyaAllah masing masing dapat berkenalan....Kita tak boleh hidup berseorangan, kita hidup secara berkumpulan, bermasyarakat...betoi dak?

Sehingga ke hari ni, tiada bayaran dikenakan kepada sesiapa yang nak masuk ke Penang National Park ni, kita hanya perlu mengisi profil peribadi diri kita sebelum masuk ke situ dan diserahkan kepada kakitangan di situ. Ya lah takut ada yang hilang...masuk 26 keluar 24 ka, keluar terlebih ka....manalah takut jadi macam cerita 2 lawyer la....masuk 6orang keluar 2 saja...4 lagi dah kena bakar..kejam sungguh manusia zaman la ni... dulu kita pesan kalau nak keluar tu keluar ramai sikit, ajak la kawan seorang dua, buat teman...baru rasa selamat sikit...tapi lepas cerita ni, kalau setakat seorang dua buat teman , tak selamat lagi...even ada 3 orang teman pun tak selamat....tu bukti dah ada, seorang jutawan, ditemani oleh 3 orang lelaki pun masih tak selamat , kena bakar juga....Al-fatihah untuk depa semua.....Return balik cerita Khalifah Team Building...

Pagi tu hujan agak lebat..apa lagi, jalan menjadi licin...banyak insiden yang boleh membuat kita ketawa berlaku.. ada yang nampak macam fit, tapi bila masuk bab jungle tracking ni...uhhhh out juga...
Antara tujuan lain, kenapa kita buat aktiviti buta ni, untuk kita menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, nikmat penglihatan, nikmat bercakap....Subhanallah...besar sungguh nikmat tu, bila tiba tiba hilang penglihatan , rasa macam gelap gelita dunia ni.... Jadi kalau kita "relate" kan aktiviti ni dengan kehidupan kita seharian, kita yang cukup sifat ni, patut guna semua kelebihan kita tu supaya kita jadi lebih baik lagi....semua kita ada, mata ada, mulut boleh bercakap, tangan kaki cukup sifat....semua ada lah...sama saja macam orang lain, kenapa orang boleh buat kita tak boleh....
Antara tempat menarik di situ Pantai Kerachut, Monkey Beach, rumah api, banyak aktiviti boleh dijalankan disini...kebanyakan bertumpu kepada aktiviti di pantai la...kalau nak ber"camping" pun boleh juga..






standard time , kalau berjalan kaki dari pintu masuk hingga ke Pantai Kerachut, lebih kurang satu jam setengah....kita tengok kumpulan ni...berapa jam depa ambil???



Kalau seorang diri, rasanya susah juga nak bai habis track ni...tapi sebab ramai...best la ...
nanti kita cerita pasal aktiviti kat Pantai pula...bagi group ni rehat dul........
sapa yang arrange program ni..sendiri2 ke?
ReplyDelete