Alhadullillah...semalam bersempena dengan hari untuk memperingati insan agung, Nabi Muhammad s.a.w, kumpulan Khalifah telah mengadakan majlis maulidur rasul di Damansara Intan. Alhamdulillah juga kerana sambutan daripada ahli ahli kumpulan sangat memberansangkan, kerana dapat menghadirkan diri untuk majlis yang julung julung kali diadakan.
Acara dimulakan dengan bersolat maghrib secara berjemaah dengan di imamkan oleh Ustaz Paksu (Ahmad Ridzuan). Disusuli dengan bacaan surah Yasin secara beramai ramai. Selesai membaca Yasin, alhamdulillah Ustaz Paksu, sudi untuk memberi tazkirah pendek, untuk sama sama ahli Khalifah mengambil ikhtibar dan membandingkan sifat sifat terpuji yang ada pada nabi Muhammad s.a.w, dan apa pula sikap kita.
4 sifat terpuji yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w,
1. as -sidiq..sentiasa bercakap benar, Paksu cuba mengaitkan ahli ahli Khalifah sebagai seorang agent, kita juga hendaklah sentiasa bercakap benar, jangan cuba memesongkan fakta di dalam menjalankan perniagaan masing masing.
2. sifat ke dua , sifat amanah..kita hendaklah sentiasa beramanah, kepercayaan "client" terhadap kita , hendaklah kita jaga, jangan sesekali kita mengambil mudah.
3. sifat ketiga, sifat tabligh..sifat untuk menyampaikan, menyampaikan bukan hanya terletak di bahu imam imam sahaja, tetapi kita sebagai umat Islam secara tak langsung harus memainkan peranan, kita umat Muhammad , umat yang berbeza dengan umat umat terdahulu, kerana selepas Muhammad s.a.w, tiada lagi nabi atau rasul yang akan diutuskan, jadi menjadi kewajipan kita untuk meneruskan usaha "tabligh" ini. Sebab tu kita manjadi umat yang special, untuk orang yang tahu , mana yang sepcial tu lah...kalau tak jadi lebih teruk dari umat sebelum ni pun boleh jadi juga...so, renung renungkan...apa usaha "tabligh" yang kita buat???
4. sifat fatanah..bijaksana..
InsyaAllah sama sama kita renungkan, muhasabah diri, terus menjadi orang yang sentiasa ingin membuat pembaharuan terhadap diri ( ke arah yang lebih baik ), InsyaAllah juga Allah akan memberkati apa yang kita usahakan ini.
Salam Maulidur Rasul.

No comments:
Post a Comment