Saturday, March 26, 2011

Seketika Di Bangkok

Perjalanan ke Bangkok ni bukannya dirancang, tetapi atas pelawaan/ajakan dari Pakteh aku..Hari Sabtu dia telefon aku, tup tup hari Ahad malam kami dah masuk ke Thailand..
Kami memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan berkereta, melalui jalan darat, kami memandu sehingga ke Hat Yai, semalam di Hatyai , kami menaiki kapal terbang ke Bangkok. Bukit Kayu Hitam ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang sejam setangah ke dua jam. Kalau nak berkereta sehingga ke Bangkok pun boleh, tetapi lama la...lebih kurang 14jam.
Sampai di Bangkok, alhamdulillah ada orang siam datang ambil kami, kami di bawa ke pinggir kota Bangkok, naik teksi dari Airport ke tempat yang bernama "Ram inTra", memakan masa lebih kurang 45minit. Alhamdulillah juga sebelah hotel kami duduk ni ada kedai yang menjual makanan halal, so tak da la masalah pasal makan. Kompleks ni bi beri nama "Health Food", di dalam ni kebanyakan barang yang di jual telah di kelaskan samada mempunyai logo halal ataupun tidak, serupa macam supermarket la...semua ada...daripada roti, pult mangga, kuih pau dan macam macam lagi. Kuih pau baru sekupang..sepuluh sen la.
Suasana di dalam "Health Food".


Tengah memilih ikan apa nak di makan. last kami pilih ikan siakap. 2 ekor siap di masak stim baru 153 bath...lebih kurang RM15. Murah kan??

Total semua yang kami makan ni...makan 5 orang dalam RM30, ikan 2 ekor, ayam masak apa tah...tapi sedap gak.. ikan letak sambal ala Thai...ayaq..

Ni tengah deal dengan "mat motor despatch" ...bukan despatch barang...tapi bawa kami pi jalan sekitar situ....pi minum teh.

Dalam bot di Sungai glamour Thailand...Sungai Chao Praya...tambang baru 14 Bath...

Di dalam perjalanan naik bot kat Sungai Chao Praya....boleh nampak 3 masjid di tepi sungai tu...ni salah satu masjid kat sekitar situ.

Ni ..sementara menunggu masa nak pi Airport...nak balik Malaysia...pi melepak kat "SIam Center"..antara mall yang terbesar di Bangkok sekarang ni....dekat dekat sini juga dulu...tempat berlakunya...perhimpunan geng baju merah...
terjumpa dengan Jackie chan...

Dua hari di Bangkok...

Monday, March 7, 2011

Pinjaman dan Hutang

Sesungguhnya semua rezeki itu berasal daripada Allah s.w.t. Tidak semua kita mendapat apa yang kita perlukan, kenapa ini terjadi? Kadang kadang kita secara tidak sengaja memikirkan, kenapa dia mendapat rezeki yang lebih, kenapa tidak kita? daripada apa yang kita usahakan, apa yang dibuat semuanya hampir sama sahaja, tetapi rezeki yang datang begitu berlainan sekali.

Kalau kita bertanyakan soala yang macam ini kepada setiap orang, mungkin berbagai jawapan yang kita akan dapat. tetapi kita yang muslim ini hendaklah sentiasa percaya, segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita daripada Allah. Mungkin Allah hendak menguji kita, jadi insyaAllah berbaik sangkalah dengan Allah, Tuhan Semesta Alam. Tuhan yang memberi segala rezeki.

Berbalik kepada "hutang" dan "pinjam", apa bezanya? Bagi aku, tak ada perbezaan ketara sangat tentang dua perkataan ni, kedua duanya berkaitan dengan kewangan.
Cuma tujuan kita membuat "hutang/pinjaman" ini yang akan menentukan samada kita berhutang baik, atau kita berhutang tidak baik.

Berhutang baik ni, adalah berhutang untuk sesuatu yang kita perlukan, sebagai contoh hutang beli rumah, hutang untuk melanjutkan pelajaran, hutang untuk menjalankan perniagaan, hutang membayar premium insuran dan sebagainya. Hutang ini dipanggil hutang baik kerana, di sepanjang masa kita membayar balik hutang tersebut , nilainya semakin meningkat.

Berhutang tak baik pula adalah hutang yang apabila kita berhutang, belum lagi kita selesai membayar balik semua hutang tersebut , "benda"/ "alat" tersebut telah mengalami jatuh harga..sebagai contoh hutang kerana nak beli handphone, hutang pergi bercuti.

Jadi kalau kita nak berhutang, pastikan yang hutang kita terpaksa buat itu, termasuk dalam golongan hutang yang baik.

Kadang kadang disebabkan hutang ni, kawan yang baik akan menjadi masalah, selalu juga terjadi, bukan yang berhutang itu yang menjadi masalah, yang memberi hutang pun akan menjadi masalah...Kalau tak bagi, kawan baik yang minta, kalau bagi pula, bila pula dia nak bayar. Segala persoalan tu akan terus bermain didalam otak fikiran orang yang nak memberi hutang tu. Kesian kan? Sebab tu di dalam Islam, kalau boleh di jauhkan, jauhkanlah hutang. tapi kalau dah terdesak nak buat macam mana. Tapi orang yang nak berhutang pun kadang kadang pelik juga, kalau dengan adik beradik, emak ayah tak mahu minta nak berhutang..mungkin takut malu, dia lebih rela berhutang dengan kawan kawan.. itu yang kadang kadang akan menyusahkan kawan kawan tu.

Selalu juga terjadi, orang yang memberi hutang sampai naik segan nak minta orang yang berhutang menjelaskan hutangnya. waktu nak berhutang, bukan main berjanji, tak lama, "cukup bulan, aku bayarlah", "kawan aku hutang dekat aku juga, lagi seminggu bila dia bayar kat aku, aku bayarlah hutang hang ni", kereta nak kena tarik ni, tolong aku aku" dan bermacam alasan lagi yang orang gunakan bila nak berhutang.

Yang betul betul terdesak tu, memang patut kita tolong ( aku tak pasti, hukumnya wajib ke tidak, tapi yang aku faham, kita sesama muslim memang digalakkan tolong menolong), tapi bila dah tolong bagi hutang tu, kena lah cepat cepat bayar balik, kalau boleh jangan tunggu sampai orang yang memberi hutang pulak terpaksa meminta.

Dan bila membayar hutang tu, kita di galakkan untuk membayar dengan nilai yang lebih, atas dasar kita berterima kasih kepada seseorang yang telah membantu kita di waktu kita sangat sangat memerlukan pertolongan.

Wednesday, March 2, 2011

あなたにとって”年上”はどいう意味ですか?

私たち皆、生まれから赤ちゃんになって、誰かの子供になって、遊園地に入って、小学校、高校、働いて、結婚して、年上になって。その後、死にます。
これがほとんどの人たち子言うサイクルです。

このサイクルで進む時にほとんどの人たち、夢を持っています。ある人たちの夢は金持ちのひとになりたい、またある人たちの夢は大きい家族を持ちたい、またある人たちの夢は世界中に旅行したい、またある人たちの夢はかれらのおかさん・お父さんみたいな人だけでなりたい、またある人たちの夢はただのいい人になりたい。

私たちは、どの組ですか?

ほとんど年上という意味は人達の夢それぞれを後悔した時です。