Monday, March 7, 2011

Pinjaman dan Hutang

Sesungguhnya semua rezeki itu berasal daripada Allah s.w.t. Tidak semua kita mendapat apa yang kita perlukan, kenapa ini terjadi? Kadang kadang kita secara tidak sengaja memikirkan, kenapa dia mendapat rezeki yang lebih, kenapa tidak kita? daripada apa yang kita usahakan, apa yang dibuat semuanya hampir sama sahaja, tetapi rezeki yang datang begitu berlainan sekali.

Kalau kita bertanyakan soala yang macam ini kepada setiap orang, mungkin berbagai jawapan yang kita akan dapat. tetapi kita yang muslim ini hendaklah sentiasa percaya, segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita daripada Allah. Mungkin Allah hendak menguji kita, jadi insyaAllah berbaik sangkalah dengan Allah, Tuhan Semesta Alam. Tuhan yang memberi segala rezeki.

Berbalik kepada "hutang" dan "pinjam", apa bezanya? Bagi aku, tak ada perbezaan ketara sangat tentang dua perkataan ni, kedua duanya berkaitan dengan kewangan.
Cuma tujuan kita membuat "hutang/pinjaman" ini yang akan menentukan samada kita berhutang baik, atau kita berhutang tidak baik.

Berhutang baik ni, adalah berhutang untuk sesuatu yang kita perlukan, sebagai contoh hutang beli rumah, hutang untuk melanjutkan pelajaran, hutang untuk menjalankan perniagaan, hutang membayar premium insuran dan sebagainya. Hutang ini dipanggil hutang baik kerana, di sepanjang masa kita membayar balik hutang tersebut , nilainya semakin meningkat.

Berhutang tak baik pula adalah hutang yang apabila kita berhutang, belum lagi kita selesai membayar balik semua hutang tersebut , "benda"/ "alat" tersebut telah mengalami jatuh harga..sebagai contoh hutang kerana nak beli handphone, hutang pergi bercuti.

Jadi kalau kita nak berhutang, pastikan yang hutang kita terpaksa buat itu, termasuk dalam golongan hutang yang baik.

Kadang kadang disebabkan hutang ni, kawan yang baik akan menjadi masalah, selalu juga terjadi, bukan yang berhutang itu yang menjadi masalah, yang memberi hutang pun akan menjadi masalah...Kalau tak bagi, kawan baik yang minta, kalau bagi pula, bila pula dia nak bayar. Segala persoalan tu akan terus bermain didalam otak fikiran orang yang nak memberi hutang tu. Kesian kan? Sebab tu di dalam Islam, kalau boleh di jauhkan, jauhkanlah hutang. tapi kalau dah terdesak nak buat macam mana. Tapi orang yang nak berhutang pun kadang kadang pelik juga, kalau dengan adik beradik, emak ayah tak mahu minta nak berhutang..mungkin takut malu, dia lebih rela berhutang dengan kawan kawan.. itu yang kadang kadang akan menyusahkan kawan kawan tu.

Selalu juga terjadi, orang yang memberi hutang sampai naik segan nak minta orang yang berhutang menjelaskan hutangnya. waktu nak berhutang, bukan main berjanji, tak lama, "cukup bulan, aku bayarlah", "kawan aku hutang dekat aku juga, lagi seminggu bila dia bayar kat aku, aku bayarlah hutang hang ni", kereta nak kena tarik ni, tolong aku aku" dan bermacam alasan lagi yang orang gunakan bila nak berhutang.

Yang betul betul terdesak tu, memang patut kita tolong ( aku tak pasti, hukumnya wajib ke tidak, tapi yang aku faham, kita sesama muslim memang digalakkan tolong menolong), tapi bila dah tolong bagi hutang tu, kena lah cepat cepat bayar balik, kalau boleh jangan tunggu sampai orang yang memberi hutang pulak terpaksa meminta.

Dan bila membayar hutang tu, kita di galakkan untuk membayar dengan nilai yang lebih, atas dasar kita berterima kasih kepada seseorang yang telah membantu kita di waktu kita sangat sangat memerlukan pertolongan.

No comments:

Post a Comment