Sunday, July 25, 2010

Sebulan Di Melaka bab 2....ikan bakar , mandi air panas , kedai arab

Sambungan cerita masa kat Melaka....


Ni masa pi makan kat Muar, ikan bakar Sabak Awok... boleh la makan kat sini. Gambar atas sebelum mula melahap...gambar bawah dah lepas semua benda yang dapat di makan habis di lahap... nak pi sini...ikut Lebuh AMJ...staright saja terus sampai jumpa Jambatan Sg Muar...sampai situ...first traffic light..ambil kanan...terus lagi dalam 1 km saja ..then sampai kat kedai ni...harga boleh tahan la.

Lepas makan....tinggal tulang , cengkerang, kulit dan pinggan

hari hari berjimat...makan biskut kering dengan air kopi.

Kalau ada masa, kita juga boleh pi kolam air panas...dekat Jasin. Ikut jalan Bukit Katil..dalam 17Km hala ke Jasin. Masuk tempat ni kena bayar RM5 untuk dewasa. Masa buka sampai pukul 1 pagi...bagus untuk berendam, mandi air panas...termasuk juga aktiviti rebus telur... Telur kena beli asing...Punca air panas ni dah di jumpai semenjak tahun 1874 ( kalau tak silap), lama dah oleh cina singapore. Best juga mandi kat sini. Lepas mandi boleh pula makan telur separuh masak...Kata orang kat situ , berendam air panas ni bagus untuk kesihatan, boleh melancarkan balik pengaliran darah dalam badan kita...setakat mana betul tu aku tak sure...itu kata pakcik dekat situ. Rasanya bagus la kot...kalau tak bagus tak kan orang Jepun dok mandi sejak berkurun kurun lagi.
Kat Jepun depa panggil "ONSEN"...kalau kat Jepun , masuk onsen..memang bawa tuala kecik saja...cukup untuk tutup part tu saja...Tapi kat sini, pakai la apa yang hangpa nak pakai...boleh saja.
Lepas mandi, badan dah segar....pi makan kat kedai Arab pulak. Kedai Arab ni dok kat Bukit Beruang...makan kambing..puas hati..kalau nak pi mke sure betul betul lapar..baru pi...kalau tak sure makan tak habis....nasi dia banyak..kambing lagi...tapi puas hati la....kambing pun rasa lembut...sedap.
Air botol dari Arab...Lepas melaka kitaorang pi Taiping pula...nanti aku cerita apa yang kat Taiping pula....InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment