Sunday, March 21, 2010

Ayam Penyek Singapore ... Cuti Cuti No 41, Day One

18 Mac 2010, pukul 4:30 pagi, kami memulakan perjalanan ke LCCT, penerbangan Air Asia AK719 akan berlepas dari LCCT pada pukul 6:05 pagi. Selepas 30 minit perjalanan, Alhamdulillah kami selamat sampai ke LCCT, Shue, Harith dan Kimi terlebih dahulu masuk untuk check in, sementara aku membawa kereta untuk parking di Tune Hotel, bayaran parking disini , boleh kira paling murah, hanya RM16/semalaman. Jarak Tune Hotel dengan parking ini tak lah jauh sangat lebih kurang 10minit berjalan.



Pukul 6 pagi kami semua dah naik ke flight AK719 Air Asia, walaupun perjalanan pada awal pagi, semua seat penuh, mungkin ramai yang ambil kesempatan cuti sekolah untuk bercuti, sama macam kami juga. Teman disebelah aku, seorang Cina, ke Singapore untuk menghadiri seminar. Ramai budak budak sekolah, ikut "slang/ loghat" cakap macam orang pantai Timur, group budak budak sekolah ni ramai, pun pergi bercuti juga.Pukul 6 pagi kami semua dah naik ke flight AK719 Air Asia, walaupun perjalanan pada awal pagi, semua seat penuh, mungkin ramai yang ambil kesempatan cuti sekolah untuk bercuti, sama macam kami juga. Teman disebelah aku, seorang Cina, ke Singapore untuk menghadiri seminar. Ramai budak budak sekolah, ikut slang cakap macam orang pantai Timur, group budak budak sekolah ni ramai, pun pergi bercuti juga.



Kami sampai di Changi International Airport lebih kurang pukul 7:10 pagi, Selepas melalui Immigration dan mengambil bag (Setiap orang kena bawa bag masing), kami naik Skytrain untuk ke Terminal 2, daripada terminal 2 kami menaiki train ke Bugis Station, sebelum tu kena transit dulu dekat Tanah Merah Station. Selepas 20minit kami sampai ke Bugis Station. Di Changi Airport tadi, terlebih dahulu, kami telah membeli Ezzi-link card untuk memudahkan kami semua untuk naik train, kos adalah SGD15/seorang. SGD5 dolar untuk card (non refundable), lagi SGD10 tu kalau tak habis pakai , boleh dikembalikan, kalau tak cukup boleh di tambah.


<>

Dari Bugis Station, berpandukan map yang kami ambil di Airport tadi, kami mencari pula Masjid Sultan (masjid yang terbesar di Singapore), tak jauh Masjid Sultan dengan Bugis Station, lebih kurang 10~15 minit perjalanan, sampai di hadapan Masjid Sultan, kami mencari tempat nak breakfast dulu, nak isi perut dulu. Maklum lah, dalam flight tak makan, bangun pagi pagi, perut semua orang dah berbunyi. Kami mencuba murtabak di Victoria Murtabak, restoran mamak Singapore, sedap juga murtabak, ambil murtabak size “large”, dah cukup untuk makan kami anak beranak. Harga pun kira ok lah kot, dalam SGD10.90, termasuk minuman semua sekali.


<>


<>


<>

Lepas dah kenyang, kami ke masjid, ambil kesempatan untuk sembahyang sunat di masjid tu, ramai pelancung dating ke masjid ni, waktu kami ada di situ, pelancung dari Jepun, diaorang punya “tourist guide” , cakap nihonggo. Dekat ruang legar masjid tu pula, dah disediakan informasi tentang masjid tu, tentang Islam dalam bahasa Jepun sendiri.”イスラムを知ろう”. Jadi lebih mudah untuk orang orang Jepun ni nak tahu tentang Islam, yang ni rasanya masjid masjid dekat Malaysia pun patut buat , contoh masjid masjid yang selalu di lawati oleh pelancung di negara kita seperti Masjid Shah Alam.


<>
Apa yang aku nampak lain antara Singapore dengan Malaysia, setakat ini adalah jalan unutk pejalan kaki yang di sediakan, bersih, tersusun dan luas. Suasananya hamper sama dengan Jepun (tak pasti dengan maju yang lain, tapi setakat ini Jepun sahaja yang aku pernah duduk, suasananya hampir sama, senang untuk pejalan kaki dan juga orang yang naik basikal.


<>
Berhampiran dengan Masjid Sultan ini juga terdapat kedai kedai (kedai kedai lama yang telah di ubah menjadi kedai untuk menjual cenderamata, textile dan juga kedai makan). Kedai orang minag pun terdapat di sini, Minang Restaurant. Suasana lebih kurang macam kedai kedai di Bandar Melaka.


<>
Dah habis berjalan di sekitar Arab Street tu, anak anak pun dah mula complaint, maklumlah bangun awal pagi, badan pun dah mula rasa letih agaknya. Kami menuju semula ke Bugis Station untuk menaiki train ke hotel yang terletak di Orchard Road. Untuk ke Orchard Station, kami perlu transit di City Hall Station, tukar train menuju ke Jurong. Tak lama naik train, tak lebih 10 minit pun kami dah sampai ke Orchard Station. Dari Orchard station ni, sekali lagi, kena tengok map untuk cari pula hotel yang kami nak tinggal, Orchard Parade Hotel.

<>
Tak jauh pun hotel ni dengan Orchard Station, jalan kaki lebih kurang 15minit (berjalan dengan bawa bag baju, kalau berjalan sehelai sepinggan lagi laju kot), dah boleh sampai. Semasa booking hotel, bilik superior tapi bila sampai di sini, dia orang telah upgrade ke Deluxe Room, tapi kos tetap sama, kira nasib baik lah kot, tapi tau lah pula, mungkin juga dia orang punya strategi untuk buat pelanggan “feel good”, sampai sahaja dah dapat extra benefit, siapa tahu, apa apa pun Alhamdulillah, selamat sampai seperti yang dirancangkan.

<>
Bilik hotel, kalau ikut Kimi (anak kedua kami), “menarik dan menawan” itu yang keluar dari mulut dia. Aku pun tak tau mana dia dapat tag line tu, tiba tiba saja keluar dari mulut dia…”woow..menarik dan menawan”. Ambil masa sikit untuk rehat sekejap, semua orang kena tidur, sebab nanti pergi berjalan lagi, jadi aku memaksa anak anak aku untuk tidur. Waktu tu baru pukul 12:30 tengahari, kami tidur sampai pukul 2 petang. Dah bangun dari tidur tu, rasa badan segar la sikit, lepas tu ajak Harith & Kimi untuk turun ke “swimming pool”. Kali ni Shue pun ikut sama, dekat swimming pool ni langsung tak ada orang, hanya kami berempat saja dalam kolam tu. Air nya bersih, berbeza banyak sangat kalau kita bandingkan dengan swimming pool untuk “public use” la (offcourse la kan, harga pun lain, swimming pool public use masuk baru RM2.50….)


<>

Waktu main main dekat pool ni, hujan yang tadi renyai renyai tu jadi lebat sikit, kami semua naik dari kolam, pergi masuk ke Gym pula. Habis semua benda kami cuba, dah tak ada orang kat dalam gym tu, senang la untuk kami. Jam pun dah nak hampir pukul 4, kami naik ke bilik tukar baju lebih kurang, solat jamak, satu yang agak kurang kat hotel ni, tak ada “kiblat direction”, nak solat tak tau nak mengadap arah mana?, kompas pun tak bawa,nasib baik kat lobby hotel ada mamak muslim berniaga karpet, Tanya dekat diaorang. Diaorang tunjuk arah kiblat. Lepas semua dah siap, kami menuju ke Lucky Plaza, hajat di hati nak cari kedai yang jual ‘ayam penyek’. Rasanya memang popular kot ‘ayam penyek’ dekat Lucky Plaza ni, Tanya saja pada orang, dia orang boleh bagi guide line untuk ke restoran tu.

<>
Rupanya ‘ayam penyek’ ni masakan Indonesia, bukannya Singapore. Tapi tak pa lah, kami makan di situ. Semua menu dia ada perkataan ‘penyek’, contoh ayam penyek, udang penyek, sotong penyek dan macam macam lagi. Makan simple sangat, contoh ayam penyek, dia letak seketul ayam campur dengan rempah istimewa dia, sikit timun, sikit kangkung dan sikit sambal. Dicampur dengan nasi, kos dia secara purata untuk seorang makan lebih kurang SGD7. Aku habis di situ SGD40, campur minuman. Alhamdulillah kenyang dan sedap. Boleh di rekomen la.




<>


<>

Dah habis makan tu, kami naik train di Orchad Station untuk ke Merlion. Ini pun kena transit dekat City Hall Station juga. Kat sini, pemandangan waktu malam dia cantik, tapi sebab baru belajar nak ambil gambarpakai DSLR camera ni, aku gagal untuk menterjemahkan kecantikan pemandangan waktu malam di hulu sungai Singapore ni ke dalam bentuk photo, rugi betul rasanya. Nak berjalan kaki di sepanjang sungai ni, rasanya tak mampu, bila dah terjumpa tempat untuk naik bot, apa lagi, beli tiket dan kami semua naik bot. Kos kat sini SGD15/adult dan SGD8/children.

<>

Naik bot ni lebih kurang 30 minit. Dah habis tengok semua pemandangan menarik kat tepi sungai ni, niat nak pergi pula ke Mustafa Center, tapi bila mengenangkan semua orang dah letih, termasuk la aku, kami batalkan niat tu, terus balik ke Hotel.

<>


<>



<>


<>


<>


<>
Sampai di hotel lebih kurang pukul 10malam. Badan, kaki letih dan sakit, terus semua tidur….zzzzzzzZZZZZZZ.

2 comments:

  1. sampai ke selatan sana abang kita nih..bercuti dengan family..bagus..bagus..hehe

    1st time komen kat blog abang kita nih..

    ReplyDelete