Tuesday, March 23, 2010

Sup Tulang Merah ... Cuti Cuti No 41 , Day Two

Malam tadi semua orang tersangat letih, pukul 7 pagi baru tersedar dari tidur, lepas buat kopi (booked bilik tanpa sarapan, kena buat sendiri la), aku mula upload gambar yang ambil semalam, disebabkan duduk dalam bilik pun aku seorang saja yang sedar, aku turun ke tingkat 6 dimana terdapat swimming pool, mula menulis apa yang kami buat semalam. Mula memang nak kejutkan anak anak, tapi kesian pula, aku tau depa letih, salah satu sebab pilih hotel ni adalah kerana ada swimming pool sebab aku tahu depa memang suka mandi kat swimming pool. Tu la sebabnya waktu mula nak memilih hotel dulu kena periksa dulu ada swimming pool ke tidak.

The twin Kimi ......
The Twin Harith ..... serupa tapi tak sama

Jam dah pukul 10 pagi, aku naik semula ke bilik hotel, tengok depa semua tengah makan roti yang kami beli malam tadi dekat Orchard Station. Sudah semua makan, kami sama sama turun ke swimming pool. Cuaca pagi ni kira ok, cerah. Dalam pukul 12 tengah hari kami naik semula ke bilik hotel, bersiap untuk keluar, hari ni niat di hati nak makan sup tulang merah.

Kimi possing depan hotel

Susah juga nak cari tempat ni, informasi yang disediakan oleh co-pilot kurang sikit (co-pilot tu = bini aku la, macammana pun terima kasih juga dekat bini aku, dia rajin cari informasi, kalau harap aku memang tiap tiap hari makan roti la) , sebab aku memang malas sikit nak cari informasi tentang benda macam tu, nak makan tu rajin la. Mulanya, kami ingatkan dekat dekat dengan City Hall Station, so kami semua turun dekat City Hall. Cari dan terus cari, akhirnya jumpa jalan yang kami cari, Beach Road. Walaupun waktu tu hujan renyai renyai, perut dah lapar, jadi kami semua teruskan perjalanan.

Waktu Menunggu bas, Ezi link card boleh pakai juga ( Ezi link card lebih kurang macam touch n go )

Sampai di jalan Beach Road tu, bila jumpa macam local Singapore kat situ, aku terus tanya, katanya kalau nak jalan jauh juga tu. Memang Sup Tulang Merah ni kira famous la kat situ. Akhirnya dia suruh kami naik bas, lebih kurang 500meter dari situ.

Tempat yang kami nak tuju sebenarnya nama Gold Mile Food Court. Bila sampai kat situ, memang banyak kedai yang jual Sup Tulang Merah, bahagian ground floor, 1st floor nampak macam kedai makanan cina. Kami pilih kedai yang bernama Deen Sup Tulang, kedai mamak muslim. Rupanya sup tulang merah ni sedap kalau makan dengan roti, cicah dengan roti. Air pula, aku cuba air tebu asam boi, memang sedap, 2 kali tambah roti.Lepas dah makan, kebetulan ada masjid dekat situ, masjid Fatimah, boleh la bersolat dekat situ.


Ni lah Sup Tulang Merah tu.... memang warna dia merah menyala, lepas makan habis jari jari jadi warna merah.

Rancangan asal hari ni sebenarnya nak bawa anak anak ke zoo, tapi di sebabkan hujan, rancangan tu di batalkan. Lepas makan tu , kami terus pula ke Mustafa Center, apa saja yang nak beli semua ada di sini, jam, minyak wangi, baju, cokelat, boleh kata semua ada lah. Harga pula rasanya murah kalau dibandingkan dengan Malaysia. Kat sini kitaorang beli perfume dan cokelat sahaja. Dah habis beli tu, jam dah pukul 7 lebih, nak cari bas untuk ke night safari pula, tapi tak jadi, sebab tak sempat. Tak semapt nak tengok show dia, last show start pukul 9, nak pergi ke night safari ni aku pun tak jelas macam mana nak pergi. Jadi kira malam tu, kira macam “buat senaman kaki” sahaja, semua orang sakit kaki, Harith mengadu kaki dia jadi panas…. . Kami sapai balik ke hotel pukul 9 malam. Untuk menyejukkan kaki kami yang panas tu, kami semua terjun ke swimming pool malam tu, lepas sejam kami naik dan terus tidur untuk menyiapkan diri untuk main tujuan utama dating ke sini, untuk masuk ke Universal Studio Singapore yang baru di buka tu…… zzzzzZZZZZZZZ.


Kedai kami makan "Sup Tulang Merah"

1 comment:

  1. eh eh cakap pasal sup tulang merah nih saya baru jer upload pics kat blog saya SEMALAM masa makan di Singapore Beach Road Gardens Food Centre minggu lepas.

    Sedapppp. Di malaysia nih JB jer yang femes tapi negeri2 lain kureng skit..nape yek?

    Nanti jenguk yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100%tak der citer lain hehe kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la orang JB.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete