Wednesday, June 2, 2010

Adakah ini yang terbaik ?? yang mampu di fikirkan???

Dah lama tak menulis ni...kali ni saja nak suarakan apa yang aku rasa kurang betul...hangpa rasa macam mana??


Pernah tengok aktiviti macam ni? Rasanya semua kita dapat tengok aktiviti macam ni di lakukan oleh pihak yang berkuasa. Tapi betul ka??

Inikah jalan terbaik yang mampu di fikirkan? apa tujuan jalan yang besar ini sengaja di kecilkan?
Buat apa ada jalan besar , dua lane...tapi sengaja di kecilkan menjadi satu lane. Rasanya alasan mereka ni untuk mengelakkan kesesakan oleh kita ( rakyat ni ) yang selalu meletak kereta sesuka hati, tepi jalan, dengan alasan...tak kan tak boleh kot ...sat saja.

Apa yang aku nak kata, apa yang depa ni buat pun lebih kurang sama dengan letak kereta kat tepi jalan...jalan 2 lane jadi satu lane juga. Jadi selesaika masalah sesak tu???

Kebetulan di depan tu ada pula tempat letak kereta ( sekali masuk RM2 kot ), so kita yang jadi rakyat ni...kalau nak keluarkan duit 10 ringgit pun kena letak kereta , bayar 2ringgit. so fikir la...nak keluar 10 ...tinggal 8..
Sapa yang untung ...rasanya hangpa tau la kan...yang rugi nya kita juga..kena bayar parking, tak bayar parking kena tak boleh berhenti kereta, tak boleh henti kereta ..tak boleh pi bank. tak boleh pi bank...memang kena pi.

Tapi depa ni mesti kata pula, kalau dah pakai kereta tak kan keluar duit 10 ringgit saja kot...keluar la banyak sikit... tapi suka hati kita la. nak keluar berapa pun...

Cuba study sikit, kebanyakkan orang yang letak kerata kat tepi jalan tu, tu sebab apa??? Ada cara lain sikit yang boleh bagi orang senang. Jangan buat tindakan yang hanya menyenangkan satu pihak saja.

1 comment:

  1. Alaa, dah mampu beli kereta, mampulah bayar parking. Kalau tukar ekzos baru, audio system baru mekap cantik2, tambah accessories macam2 mampu lah pulah. siapa yang untung kalau kita beli?....BROTHERSSSSSS dan kuncu2 nya.

    Kesimpulannya, sebahagian besar pemandu2 di malaysia ni, pemalas, kedekut dan pentingkan diri sendiri.

    Fikir2 kan lah.

    ReplyDelete