Sunday, July 25, 2010

Sebulan di Melaka .... Banda Hilir ... Coconut Shake ....and many more

Projek untuk mengembangkan sayap "Khalifah" di southern region ni bermula pada 28Jun 2010 dan di jangka berakhir pada 27Julai ni. Jadi di sepanjang bulan Julai ni kebanyakkan masa aku telah di habis di Melaka...
Terima kasih kepada my lovely wife kerana bagi lesen untuk aku berada di Melaka ni... dan pada my Harith & Kimi...thank you for taking care of your "ibu".
Perasaan bila berjauhan dengan anak bini? memang ada perasaan rindu tu...tapi kan orang cakap , sayangkan anak tangan tangan kan, sayangkan bini tinggal tinggalkan...baru la bila sekali jumpa balik...barulah "tip top"...tak sabar nak balik hari selasa nanti...geramnya..arghhhhh.

Just nak share my daily life masa kat Melaka. Banyak tempat yang aku pi .... off course lah yang paling banyak adalah tempat tempat makan. Bila jumpa dengan prospek prospek , selain bercerita tentang apa yang Prudential boleh offer dan bagi benefit pada diaorang, ada juga tanya tempat tempat yang menarik kat sekitar bandar Melaka ni...kira bertukar tukar info lah..

Masjid Al Azim... apa apa pun kita cari masjid dulu... baru lah dapat keberkatan dari Allah. Cari bukan setakat ambil gambar... pi masuk dalam dan solat...solat sunat ka, wajib ka... kalau boleh adakan sikit masa dengar tazkirah... dengar tazkirah ni umpama kita duduk kat taman taman di syurga... mau ka tak mau...mesti semua mau...mau mau saja tak jadi ..kena buat..baru dapat.

teka ni apa pula??? ni lah "coconut shake" yang glamour bukan main lagi kat Pantai Klebang tu... memang ramai orang nak benda alah ni... di buka waktu tengahhari sampai petang...pagi pagi kalau pi cari tak dapat. harga pula waktu kita orang minum RM2 per gelas.

Kalau sapa sapa yang tak pernah cuba...kalau ada masa sampai kat Melaka..pi la cari...ni kira macam promoter la pulak...tak pa lah niat bantu orang kita berniaga..

Memang sedap...tempat dia kat Pantai Klebang...dari Melaka cari signboard tunjuk arah ke Pantai Klebang...tak jauh mana. sampai area situ , cari station minyak Caltex...dekat situ la kira yang paling laku sekali...tengok yang mana orang ramai tu kira sedap la tu..
Pernah tengok pokok melaka??? ni la pokok di mana Parameswara tertidur...alu di beri nama temapat yang dia tidur tu ikut "Melaka". Ikut ceritanya, pokok ni di ambil daripada original pokok melaka tu la , lalu di bawa ke Banda Hilir untuk bagi kita semua tengok. Daun pokok melaka ni kecil saja.

Pokok melaka........................

Ni pula kapal terbang yang di gunakan oleh Tunku Abdul Rahman masa nak pi "deal" kemerdekaan untuk negara kita...Pada mulanya ingatkan saja saja, Majlis Bandaraya Melaka letak kapal terbang yang tak boleh guna kat sini, rupanya ada nilai sejarah dia...tak banyak tempat duduk kapal terbang ni, kalau tak salah dalam 12 "seat" saja. Ikut cerita orang, kapal terbang ni boleh di gunakan lagi.... kalau letak minyak ..boleh jalan lagi tu. cuma "seat" dia saja lusuh sikit...maklumla berpanas hujan.

Kalau sampai Melaka ni, datang la tengok sejarah Munshi Abdullah... ni hebat punya orang..banyak bahasa yang dia tau. Waktu aku pi , kami tak dapat masuk rumah dia..dah kunci.

Ni pula makam Syamsuddin Al Sumatarani, di katakan dia ni adalah cucunya Hang Tuah. Hang Tuah di katakan tak mati di Melaka, tapi dia ke Sumatera kot...disana dia jadi "somebody" juga..maklumlah ..orang yang berilmu ni , pi mana pun boleh hidup. di katakan juga dia pi sana tu sebab tak puas hati dengan corak perintahan sultan waktu tu, dia "deal" dengan bendahara Tun Perak, buat satu kubur palsu untuk dia, so inform dekat sultan dia dah mati. tapi sebenarnya dia dah tinggalkan Melaka pi Sumatera. Diakatakan juga kubur dia ada kat sana, saiz kubur dia(Hang Tuah) lebih kurang sama dengan kubur Al Sumatarani ni...panjang gila. Bayang kan muka dia saja dah sepanajang "lengan sampai hujung jari" orang dewasa. Bayangkan kalau kena penampar dia....boleh koma.

Al Sumatarani....

Pi tengok pula rumah tradisional Melaka kat sepanjang sungai melaka yang memang di hias dengan cantik...kita boleh singgah kat salah satu rumah kat situ..memang dia bagi kita naik rumah dia. Macam macam benda yang lama ada kt rumah dia..

Antara benda lama yang ada kat dapur runah dia...

tong "copper" isi air....

Kalau ada rezeki lebih , kita boleh buat donation untuk tuan rumah ni, bagi dia dund untuk teruskan usaha dia ni...katanya Najib ( PM ) pun dah pernah mai rumah dia...ada cerita lagi..tentang melaka ni ..ni bab satu..tunggu bab 2 pulak nanti.
Nota tambahan : kalau ada percanggahan fakta, tolong abaikan cerita ni.

1 comment:

  1. salam. kat mana boleh tengok sejarah munshi abdullah?

    ReplyDelete