Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. 1 Muharram merupakan tarikh penting didalam kalendar Islam kerana pada hari itu kira kira 1431 tahun yang lalu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w memulakan perpindahan dari kota Mekah ke Kota Madinah demi untuk mengembangkan ajaran Islam.

Di hari yang baik ini, baik juga kita sama sama berdoa supaya tahun baru yang datang ni, kita sama sama beroleh keberkatan dari Allah yang Maha Pengasih. Nak tulis dalam bahasa Arab tak pandai, kita ambil dalam bahasa ibunda kita lah noh...tapi sebaiknya bila berdoa kena dalam bahasa Arab..

Doa Akhir Tahun :
"YaAllah,,Sesungguhnya tahun baru akan menjelma, terimalah segala amalanku dalam tahun sebelum ini dan golongkanlah aku di kalangan ahli ahli syurga, serta ampunkanlah segala dosa dosaku wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"... ( dibaca sebelum waktu maghrib hari terakhir, hari ni la ...sebelum maghrib tadi )
Doa Pembukaan:
"YaAllah, sesungguhnya tahun baru telahpun menjelma, golongkanlah aku dikalangan orang yang mendapat Taufiq, Hidayah dan perlindungan dariMu..hindarkan aku dari segala godaan iblis dan syaitan sepanjang tahun yang baru bermula ini dan terimalah segala doa dan amalanku wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.."

Nak share sikit tentang cerita duit, cerita ni ada sorang bagi dekat aku, kisah duit RM50 dengan duit RM1....
Kisahnya macam ni, suatu hari RM50 ni berjumpa dengan kawan lama dia RM1..

RM1 : lama tak jumpa RM50...mana kau menghilang??
RM 50 yang segak dan bergaya pun menjawab pertanyaan kawan dia dengan nada yang agak bangga...
RM50 : biasalah aku...merata tempat aku pi...

RM1 : merata tempat tu , mana bro??

RM50 : ya lah biasalah, tuan aku bawa pi hotel 5 bintang lah, pi shopping kat Pavillion lah, pi disko lah...banyak lah tempat yang eksklusif yang aku rasa kalau aku bagitau pun ...hang bukan pernah pi pun....hahaha
dengan nada sedikit sinis, dia tanya balik kawan lama dia RM1,

RM50 : hang pulak pi mana?
RM1 : aku biasalah...kalau tak ke surau, ke masjid sajalah tuan aku bawa aku...
RM50 yang segak bergaya........................

RM1 yang biasa.

dapat tak???dah habis cerita pasal duit tu...hangpa dapat tak??? kalau tak dapat, alamat tak lama lah tu...tiga kali Jumaat saja kot..cerita sempena Maal Hijrah.

sama sama ambil ikhtibar..InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment