Saturday, June 25, 2011

SuperGT Sepang June 2011

Selepas beberapa tahun aku tak ke Sepang untuk menyaksikan "Japan Super GT Race", akhirnya tahun ni aku dengan kawan lama yang selalu dok pi ke sana dapat luangkan masa untuk pi tengok. Best juga selepas beberapa tahun tak pi tengok, rasa excitement tu lebih sikit. Perubahan yang ketara aku dapat tengok antaranya, parking dah di uruskan oleh pihak private, kalau masa awal awal dulu rasanya bawah kementerian. Perubahan yang paling ketara ialah urusan jual beli menggunakan Touch n Go saja. Harga tiket murah sikit , kalau dulu kalau tak silap RM150, kali ni RM100. ok lah....

Datang ke sini, seperti biasa nak tengok "race" dan yang penting sekali nak dengar bunyi deruman "SUPER CAR", kebanyakkan daripada Japan, tapi kali ni agak berbeza, nampak banyak juga Super Car dari Europe, ada Lamborghini, Ferrari, Porche BMW, selain tu semua kereta yang power dari Japan , Honda NSX, Nissan GTR , antara yang paling mantap sekali.

Orang kata tengok di tv best, tapi bagi aku kalau race ni, kita kena tengok "live" baru dapat dia punya "feel". Tak percaya, tunggu tahun depan bulan June, pi tengok...

Tiket yang disponsored oleh kawan.
GTR..antara kereta yang mantap beberapa tahun lepas.
"Trademark" GTR... ada lampu bulat dua ketul....
Sebelum masuk tengok race...
Ford focus...buat apa tak tau kat sini..ni kereta rally.........
ni baru Super Car ... ada kawan mau angkat ni... tunggu naik kawan punya la...insyaAllah bulan 11 ni kot sampai...Best nya.
Tahun ni Honda NSX menang, naib juara untuk kategori 500HP, dapat kepada Nissan GTR

Kalau dah ada race, mesti ada "race girl"nya..tapi ni bukan race girl..ni "car exhibitation girl"..

















Tak boleh tunjuk banyak gambar "race girl" nanti . lesen untuk pi tengok tahun depan kena "cancel" pulak.....cukup la setakat ni.

1 comment:

  1. The Star-Studded Tale of the Star-Studded Tale of the Star-Studded Tale of
    › news › The-Star-Studded 경주 출장안마 › news › The Star-Studded Play the most popular slots online for free. Play the 속초 출장안마 most popular 논산 출장안마 slots 전라북도 출장안마 for free 속초 출장마사지 on DrmCAD. The most popular casino games in the world.

    ReplyDelete