Tuesday, August 2, 2011

Berjimat Di Bulan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu, sedar dengan tidak kita berpuasa lagi. Sebenarnya di bulan yang mulia ni, walaupun kita tahu, segala Syaitan dan Iblis telah dirantai, tapi cubaan yang datang dari dalam diri kita sendiri memang kuat...itulah Nafsu.. Kalau tak kena gaya, boleh "rebah" juga. Antara cubaan yang paling besar yang aku rasa dan kawan kawan pun boleh bersetuju adalah cubaan kita nak berbuka. Kalau time time macam ni , kita pi ke "Bazar" Ramadhan...macam macam kita boleh jumpa, di tambah pula dengan lapar, semua benda yang di jual nampak sedap, semua nak dibeli. Jadi, kalau kita mengikut Nafsu kita ni, habis lah kita...kurang pahala berpuasa...So, langkah paling senang...elakkan daripada pergi ke Bazar Ramadhan, bagi yang berkeluarga..lebih baik, masak sendiri kat rumah...boleh berjimat, tak percaya, cubalah...

Tapi macam pulak dengan yang bujang, atau yang suami dan isteri bekerja...mana ada masa nak masak kat rumah, jangan risau...boleh berbuka di masjid...boleh di katakan, hampair semua masjid menyediakan hidanagan berbuka..boleh makan dengan percuma, yang tinggal di Shah Alam, datang ke masjid negeri, bukan setakat juadah berbuka, lepas terawih ada moreh, kalau nak bersahur pun ada juga ... so kalau setakat sebulan tak nak masak kat rumah pun boleh...so boleh berjimat...duit yang kita dapat jimat tu , boleh guna untuk kegunaan lain, boleh bagi dengan mak dan ayah lebih sikit ka, bagi duit raya anak buah ka, dan macam macam lagi...
tepuk dada tanya selera...nak lebih details lagi...JOM ke Masjid...

No comments:

Post a Comment