Batch 11, iaitu batch kami pun tak terkecuali menerima cabaran ini, cabaran untuk mengeluarkan peluh tua. Selepas ber”e-mail” sesama kami, satu pasukan batch 11 di tubuhkan. Pasukan paling lambat sekali register.
Pertandingan futsal ni di adakan di HTO de futsal ( kalau tak salah la ) , lokasinya dekat dekat dengan Honda service center USJ. Pagi Sabtu, dalam pukul 9:30 lebih kurang aku sampai sana, waktu tu Gaban, Zahari (Hitotsubashi Dai) pun ada kat sana. Gadjet (Mohd Hafis-新大)dan Azmir ( Neko ) tak lama lepas tu sampai. Game finally start dalam pukul 10 lebih juga. Oleh kerana team Batch 11 ni tak berapa cukup orang, kami dapat pemain import muda, AAJ student batch ke-28. Tak banyak team dapat di kumpul dalam game ni, hanya ada 10 team saja, itu pun termasuk satu team dari AAJ.
Batch 11 kami ni kira team yang paling tua kat gelanggang hari tu, sempai-sempai tak turun, hanya sorang sempai saja yang main hari tu, iaitu Fifi ( 岐阜大). Yang lain mungkin tak dapat info, mungkin juga tak ada kelapangan masa, mungkin juga tak minat atau mungkin dah “berbadan dua” , maklum lah kan, dah berapa tahun tu lepas tinggal AAJ, kami (batch 11) pun dah 17tahun.
10 team yang bertanding ni dibahagi kepada 2 kumpulan, Kami masuk group no 1, walaupun KPI kami hanya untuk “seri” , siapa sangka, batch yang paling senior kat gelanggang hari tu boleh masuk final. Peringkat kumpulan kami “sengaja” kalah pada last game, sebab waktu tu team kami dah “sebelah kaki” masuk semi final dah. Lagi tiga game sebelum tu semua menang, waktu tu pemain paling menonjol adalah Gaban penjaga gawang kami, dengan size pemain rugby, half daripada goal tu dah di cover oleh badan dia . Azmer (Neko) , skill tak hilang lagi, walaupun kecergasan agak kurang sikit la, itupu kalau di bandingkan dengan batch batch muda ni. Zahari pun tak kurang hebat, memang susah nak lepas dengan dia ni, dan pemain import kami Gadjet, membuktikan dia adalah striker yang merbahaya. Dalam first game, dia sumbat goal yang mula.
No comments:
Post a Comment