Wednesday, March 24, 2010

Universal Studio .... Cuti Cuti No 41, Day Three ( Last day )

Pagi tu, selepas sarapan dalam pukul 9, kita orang bersiap untuk check out, tengok ke luar hotel, hari ni pun hujan juga, tiket ke USS (Universal Studio Singapore) dah beli, dan memang tujuan utama datang untuk ke situ. Lepas check out, dan simpan bag dekat hotel, kami naik shuttle bas (free) dekat hotel sebelah (Hotel Orchard). Kami bertolak dari hotel dengan shuttle tu lebih kurang pukul 11 pagi, lepas 40 minit, kami pun sampai ke USS.
Di depan kaunter tiket USS



Hujan masih turun (renyai renyai), kami semua beli baju hujan yang menjadi top selling product hari tu, semua orang beli, macam tiket juga…. Oleh kerana tak semua benda dalam USS tu boleh pakai lagi, kami semua di beri discount SGD15 (dalam bentuk voucher, boleh gunak untuk makan dan beli barang).


Maskot yang ada, ada banyak lagi

Kami mula dengan roller coster yang paling tinggi dekat situ, “Battlestar Galactica Cyclon”, best sangat, laju dan memang membuatkan adrenalin kita menjadi tersangat aktif. Lepas tu kami masuk pula Bandar Egypt, “Revenge of the Mummy”, kali ni satu keluarga kami masuk, ni pun best. Kalu ikut tag line Kimi, kira “hebat dan menarik”. Kat sini kami beli photo yang diorang ambil secara automatic, tanpa kita sedar, memang dapat tengok muka muka cemas, gabra, muka nampak hantu dan macam macam jenis muka lagi kita boleh tengok…. 

Dah siap pakai new uniform, sebab hari hujan


Pada waktu tu semua benda dah boleh masuk, kecuali Madagascar sebab tu diaorang bagi discount SGD15 tu, sebelum pukul 6 habis semua benda yang boleh di naik pada hari tu, semua kami naik. Jurassic Park Rapid Adventures, tengok 4D Shrek Adventure, Water World show pun hebat. Pasal makanan, mula risau juga, tak kan nak makan roti lagi, tapi alhmadullilah ada beberapa restoran yang memang ada status halal, jadi hari tu kami makan beriani, sedap sangat. Mungkin juga sebab lapar tu yang menjadikan sedap ke tak pasti, tapi kalau ikut selera aku dah kira sedap tu.

Kimi dengan gaya baru......

Balik semula ke hotel, ambil bag yang kami tinggal pagi tadi, dan terus ke Changi Airport. Dalam pukul 1pagi lebih kurang selamat sampai ke rumah, Alhamdullilah. Boleh di katakan percutian kali ni, masa agak terhad, aktiviti yang nak di buat terlalu banyak, agak letih, tapi apa apa pun puas hati la… Dah berjanji dengan Kimi nak bawa dia datang lagi masa dia darjah 4 nanti, kalau dia ingat kena datang lagi. “Hebat. Menarik dan Menawan”.

Depan tempat simpan mummy .. tengok gaya Kimi


Lunch hari tu.... HALAL beriani kambing...power!





Water world sebelum show... ada letupan semua


Water world... babak babak akhir .... geng baik dah nak menang.


Lepas tengok show water world


Antara yang menarik ....


Ni lah dia.... battlestar galactica roller coster


Show dah habis.....


seronok ....


Nak turun ke basement ... tunggu bas , nak balik.


Changi Airport


No comments:

Post a Comment