Wednesday, March 24, 2010

Rumah Burung FOR ONE

Berbuat baik dengan binatang adalah suatu amalan yang baik. Binatang juga adalah makhluk Allah seperti kita. Cuma kita lebih sempurna daripada binatang binatang ciptaan Allah ni, kerana kita ada akal dan kita diberi pedoman iaitu Al-Quran & Al Hadith. Tapi kadang kadang, binatang ni boleh jadi lebih baik dari kita, sebab binatang tak ada akal, lagi satu binatang tak melakukan dosa... Kita pula, hampir setiap masa terdedah untuk melakukan dosa...Astaghfirullahal azim...





Niat di hati nak tengok burung membuat sarang di halaman rumah, jadi aku buat satu rumah burung dengan menggunakan papan terpakai, selepas di cat dengan warna gelap aku letakkan di satu dahan di halaman rumah. Rumah burung ni aku bagi nama “Rumah Burung FOR ONE”.


Selepas berbulan menunggu akhirnya hari ni ada perubahan pada rumah burung ni, dah terdapat rumput rumput kering di dalamnya, aku percaya dah ada burung yang mula membuat sarang di Rumah Burung FOR ONE. Rupa rupanya burung murai yang buat sudi buat sarang kat dalam rumah burung aku tu...tak lama lagi boleh tengok anak burung murai. Bangga sebab rumah burung aku dah ada berpenghuni.


Selain di rumah burung yang aku buat tu ada pergerakan positif, pokok bunga Jasmeen di depan pintu rumah pula, dah terdapat burung merbah membuat sarang, hari ni aku dapat tengok burung ni bergilir gilir dengan pasangan dia mengeram telur di sarang tu. Tak pasti berapa biji telur yang terdapat di sarang tu, belum ada peluang untuk aku tengok di dalam sarang, sebab selalu sahaja ada burung kat dalam sarang tu. Orang lain mungkin tak rasa apa apa, tapi aku rasa seronok tengok ada burung yang buat sarang untuk dia membiak betul betul di depan pintu rumah…. Satu perasaan yang puas.


Tak sabar nak tunggu bila burung tu nak menetaskan telur…….

No comments:

Post a Comment