Wednesday, June 16, 2010

Singgah di Gunung Jerai Di Musim Cuti Sekolah

Gunung tertinggi di Kedah...on the way balik ke Shah Alam, untuk pertama kalinya kami sekeluarga meletakkan kaki ke Gunung Jerai. Waktu balik ke Shah Alam, aku sengaja ikut jalan lama, dengan niat nak singgah ke Gunung Jerai, dah lama tak naik Gunung Jerai ni. Perjalanan naik ke puncak Gunung Jerai ni tak jauh mana, jaraknya cuma 12Km, tetapi kerana jalan menaiki bukit ni berpusing pusing, ianya ambil masa lama juga. Kalau hangpa bukan "drifter" driver normal macam aku, akan ambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke puncak yang berad pada ketinggian 1200meter. Kalau "drifter" mungkin lebih cepat lagi kot. Jalan dia memang shok untuk orang yang suka melayan corner...mungkin sampai tak terlayan ... bukan setakat bentuk "U"...lebih dari bentuk "U" pun ada....anyway bagi yang "first timer" lebih baik bawa slow sikit....ingat orang yang tersayang.
Bila dah sampai kat atas tu, suasana memang sejuk. Hari yang aku pi tu, cuaca agak berkabus, jadi agak rugi sebab tak dapat tengok pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Macam mana pun, flora dan fauna kat situ pun memang di jaga dengan baik. kat puncak tu sekarang ni dah ada hotel baru. Harga pun boleh tahan, paling murah Rm180/night dan paling mahal Rm 500/night kot. Kalau untuk tujuan berehat memang best kalau duduk kat hotel ni....boleh rehat betul betul. Buat masa ni, swimming pool belum ada lagi, so kalau bawa budak budak mungkin depa tak da benda nak buat, tapi kalau untuk mak dengan bapak budak, tempat ni memnag best...sejuk...boleh duduk dekat dekat....hahahaha.

Ni gambar yang aku rasa paling cantik aku ambil hari tu...maklumlah tengah belajar ambil gambar.

Depan restaurant yang ada disitu.


Bunga orkid pula.

Bunga lagi....dahajadi mat bunga la pula. ambil gambar pokok tak jadi...so "upload" gambar bunga saja la.

Dekat dengan sini juga ada di sediakan tempat untuk "camping" ...kalau nak buat "team building" ka boleh kot...ada air terjun. Bagi yang suka "hiking" , kat sini pun ada track. Nanti nak cuba.

Wednesday, June 2, 2010

Adakah ini yang terbaik ?? yang mampu di fikirkan???

Dah lama tak menulis ni...kali ni saja nak suarakan apa yang aku rasa kurang betul...hangpa rasa macam mana??


Pernah tengok aktiviti macam ni? Rasanya semua kita dapat tengok aktiviti macam ni di lakukan oleh pihak yang berkuasa. Tapi betul ka??

Inikah jalan terbaik yang mampu di fikirkan? apa tujuan jalan yang besar ini sengaja di kecilkan?
Buat apa ada jalan besar , dua lane...tapi sengaja di kecilkan menjadi satu lane. Rasanya alasan mereka ni untuk mengelakkan kesesakan oleh kita ( rakyat ni ) yang selalu meletak kereta sesuka hati, tepi jalan, dengan alasan...tak kan tak boleh kot ...sat saja.

Apa yang aku nak kata, apa yang depa ni buat pun lebih kurang sama dengan letak kereta kat tepi jalan...jalan 2 lane jadi satu lane juga. Jadi selesaika masalah sesak tu???

Kebetulan di depan tu ada pula tempat letak kereta ( sekali masuk RM2 kot ), so kita yang jadi rakyat ni...kalau nak keluarkan duit 10 ringgit pun kena letak kereta , bayar 2ringgit. so fikir la...nak keluar 10 ...tinggal 8..
Sapa yang untung ...rasanya hangpa tau la kan...yang rugi nya kita juga..kena bayar parking, tak bayar parking kena tak boleh berhenti kereta, tak boleh henti kereta ..tak boleh pi bank. tak boleh pi bank...memang kena pi.

Tapi depa ni mesti kata pula, kalau dah pakai kereta tak kan keluar duit 10 ringgit saja kot...keluar la banyak sikit... tapi suka hati kita la. nak keluar berapa pun...

Cuba study sikit, kebanyakkan orang yang letak kerata kat tepi jalan tu, tu sebab apa??? Ada cara lain sikit yang boleh bagi orang senang. Jangan buat tindakan yang hanya menyenangkan satu pihak saja.

Monday, May 10, 2010

Share Kuliah Maghrib

Just nak share tentang satu kuliah yang kebetulan aku dengar lepas solat maghrib, bukan nak kata rajin pi masjid, tapi ilmu yang kita dapat kalau kita share untuk kebaikan bersama kan best...Muga sama sama kita dapat ikhtibar dari sedikit ilmu ni.


Hidup kita ini macam air hujan yang turun dari langit ke tanah, kita ni pula umpama tanah, tanah ni terdedah kepada segala macam benda, kekadang menjadi kering kontang, kadang menjadi tanah yang subur. kadang kadang bila di korek ada air, boleh pula jadi perigi, jadi tanah yang mana kita nak jadi??


Tanah yang subur dah tentu akan membawa kebaikan untuk semua.


Air hujan yang turun umpama hidayah dari Allah. Dengan hidayah dan akal fikiran yang Allah kurniakan kita pilih untuk jadi yang mana satu??


Amalan yang baik dan berterusan itu adalah lebih baik dari anak anak dan harta benda kita. Inilah persediaan yang kita perlu sediakan sebelum kita mati...mati menjadi tanah semula.


Bila kita mati, tiga perkara yang akan mengiringi kita, anak anak dan ahli keluarga kita, harta benda kita, kereta mewah kita dan last sekali amalan kita. Hanya amalan yang akan setia dengan kita, anak dan ahli keluarga tak akan tunggu kita kat kubur tu, macam tu juga dengan harta benda kita. Amalan pula, ada amalan baik dan amalan jahat.. mana satu yang kita nak bawa? Macam juga tanah tadi..kena buat pilihan lagi...hidup ni kan satu pilihan..


Bila terjadi kematian kita, ada tujuh perkara yang waris kena buat :
1# mandikan kita...
2# kafankan kita...
3# sembahyangkan kita...
4# kebumikan kita..

5# selesaikan hutang piutang kita..
6# selesaikan wasiat kita...
7# faraidkan harta kita...


Tak pandai aku nak cerita, apa yang aku ingat 1~4 tu, tak semua kita sebagai waris boleh buat pada masa ni, kebanyakan kita tak ada ilmu tu. Sebenarnya bukan tak ada ilmu tu, kita yang tak nak belajar..

Contoh mandi kan jenazah, Ustaz cakap bukannya susah pun.... macam mandi junub...cuci segala kotoran yang kita nampak, bukannya nak tekan tekan perut sampai kena keluar semua najis dalam perut tu...tapi sebab kita tak da ilmu...kita anggap ianya susah...so kalau ada peluang, ambil sikit masa belajar benda benda macam ni pula.

Kita tengok anak anak kita sekarang ni, di suruh untuk mendapat 5A ilmu dunia, tapi 5A yang akhirat tak di titik beratkan..( A untuk Suboh, A untuk Zohor, A untuk Asar, A untuk Maghrib dan A untuk Isyak ) tu yang berlaku pada masa la ni... InsyaAllah sama sama lah kita ubah supaya kita pentingkan A yang 5 perkara tu dulu...barulah peluang kita di hantar ke rumah orang tua tua jadi kurang sikit...


Bukan nak kata keluarga kaya atau mana mana keluarga, tapi selalunya bila ada orang meninggal kita dah terbiasa, ..."bagitau orang surau, bagitau orang masjid" itu yang kita biasa dengar. Bagitau pada orang surau/masjid " tahulah dia orang apa nak buat" kita cuma sediakan duit untuk bayar saja. Sedihkan... seelok eloknya waris yang mandikan, kafankan, imamkan solat jenazah ... alangkah baiknya kalau kita semua mampu buat tu...tapi diri sendiri pun tak mampu buat, macam mana nak bagi anak anak buat untuk kita. Kita sebagai leader family sepatutnya boleh memberi ilmu yang asas ni pada anak anak/waris kita. Memang semua ni adalah fardu kifayah...bukannya tak payah, tapi ia adalah fardu kifayah...


Pasal faraid harta ni , kita kena perjelaskan betul betul dengan bini dan anak anak kita, memang kita boleh tulis dalam penama untuk duit KWSP kita, contoh 100% wife kita. Bila kita meninggal, bini kita tak boleh ambil 100% tu, dia mesti bagi sebahagian pada anak anak kita, mak ayah kita ( kalau masih hidup )bahagian dia hanya 1/8 saja. kalau dia ambil bahagian anak sekalipun, itu dah kira makan duit anak anak yatim..HARAM. walaupun anak sendiri. Bini kena minta dari anak kalau nak pakai duit tu, anak lelaki patut dapat 2 bahagian anak perempuan...tapi lebih lanjut lagi...better pi amanah raya ka, pi buat.

Ada satu cerita ustaz bagi tau, satu keluarga ni baru kematian suami/ayah. Di pendekan cerita, lepas suami dia mati, isteri pun dapat la duit KWSP laki dia
. Bila isteri tu dapat duit tu, dia tak sangka yang laki dia letakkan hanya dia sorang penerima duit KWSP tu. Dia pun dengan bangga, berkata, " sayang juga abah kamu dekat mak, bagi semua duit dia dekat mak".

Dia tak sedar/ ataupun memang tak tahu yang bukan semua duit tu hak dia, hak dia cuma 1/8 saja. yang lain tu semua hak anak anak, hak mak dan ayah suami dia.

Jadi, kalau ilmu kita tak ada, macam mana kita nak bagi pada waris waris kita, jangan bagi waris kita makan duit haram...bukan saja dia yang berdosa, malah kita pun turut tanggung dosa tu.

La ni dah senang sikit, kalau kita tak tau, kita boleh pi Amanah Raya. declare kat semua ni...

Wednesday, May 5, 2010

Tropicana Golf & Country Resorts
4th May 2010, 6:30pm ~ 9: 30pm

How to turn nothing to something? what I learned from Mr Chan Chee Hin, senior wealth manager.

Learning attitude is the most important criteria to realize the dreams. Jangan berhenti untuk belajar, jadikan semua sumber di sekeliling kita sebagai guru kita.


What is your defination of success? Success = ??? every individual define succes in a different way, different thought. Macam mana pula untuk boleh di kategori kan sebagai "berjaya".


To success need enough efforts, enough skill & knowledge and tawakal kepada Allah. We have to know "our value" in life, when our value is clear, we can turn the "nothing" to something more smoother.


Understand what we want in life, why we work, why we do this work?? In other word, understand ourselves, what I want ? what makes me happy, what kind of work I do, what product I have, all about ourselves... update our knowledge. Jangan mudah berbangga dengan pengetahuan yang kita ada, sentiasa mendapatkan informasi yang terkini.


Jangan lepaskan peluang yang datang, bila kita mendapat peluang, kita perlu "GRABS" peluang tersebut.


The importance of GRABS ....

G = Gratitude,

in any bad situation or bad things happen to you, learn to find at least one GOOD thing about you. Kita selalu cuba mencari apa yang kita salah buat, apa yang kita tak buat, sampai terjadi sesuatu benda yang tak baik, jarang jarang kita mencari apa benda yang baik kita buat. Kali ni kita ubah, instead of cari benda yang tak baik kita buat, kita cari benda yang baik kita buat...mesti ada.



Satu lagi, in all things , give thanks.... sentiasa berterima kasih, walaupun untuk perkara perkara yang kecil. Sentiasa bersyukur. Jika kita bersyukur kan Allah akan tambah lagi...saya ingat kan diri saya dan juga kawan kawan. InsyaAllah kita sama sama ingat.


R = Release or Receive
" how to let go "Want to do well. Learn to "let go". Always feel good.

Memang mudah untuk cakap, apa yang berlaku pada kita nak di biarkan begitu sahaja. Tapi kalau kita berdendam, menyimpan rasa marah terhadap seseorang yang berbuat sesuatu yang tak menyenangkan kita, kerja mengkritik orang dan apa apa saja sifat negatif, sebenarnya kita juga yang rugi...bila terdapat sifat sifat negatif di dalam diri kita, it will show out at our face, kita mungkin tak nampak perubahan ni tapi orang disekeliling kita tahu yang kita tak "feel good". Once orang nampak, sedikit sebanyak akan menunjuk yang kita ni tak bagus la..... so, cuba kita tengok orang orang alim, kita boleh tengok muka depa ni macam bercahaya, macam sejuk saja... bukan sebab depa hensem, atau cantik, tapi bila tengok tu rasa macam best...ada something different..... so, kesimpulannya ...apa yang ada di dalam, walaupun kita cuba sembunyi...sometimes kita tak boleh nak sembunyi..dia akan ter tunjuk kat wajah kita...jadi cuba cuba lah redha, "let go" , apa yang lepas tu , lepas lah...jangan di kenang. ... we cannot change the past, consider history already.... but we can plan to change our future.... IsyaAllah dengan izin
Allah.

Belajar untuk memaafkan kesalahan orang terhadap kita.

Must have a good feeling every day, once we feel good, many good thing will come to us. Sama macam bunga, kan bunga tu cantik....bila cantik, ramai lah rama rama ( rama rama pun cantik juga ) yang datang...so kalau kita buat baik pada orang, akan ada orang yang akan buat baik pada kita. so , siapa yang untung, kita juga yang untung...bukan nya bila kita buat baik, kita mengharapkan balasan, tapi dah memang hukum alam, hukum Allah, buat baik di balas dengan baik...buat jahat..sendiri kena ingat la.

Whatever happen to you today, you created it, take full 100% responsibility.
Kita bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap diri kita semalam, hari ini dan esok. Samada perkara baik atau buruk yang berlaku, kita yang harus bertanggungjawab. Jangan bila berlaku perkara buruk, kita cuba cari salah orang lain...dan bila berlaku perkara yang baik saja baru kita nak kata, tu kita yang buat tu.... macam tu tak adil lah kan...

A = Acknowledge
Acknowledge your progress and achievement and ask for the right path to realize your goals and visions.
Whatever you want you can have it, You are creater of whatever happen to you.

B = Be yourself and believe.
believe in your mind that I will somebody one day. Show your true potential, we can move further. Believe that your dream will manifest. Belive that anything and everything will be real.

S = Share
When there is love , there is a time.

Never criticsm yourself. Say I'm good, I'm wealth, I'm healthy, I'm rich, and many more positive words to yourself

Friday, April 16, 2010

Excellent comes after crisis...Persist when you are hardest hit! and be prepare for the success

15 Apr 2010, Sunway Pyramid Convention Center.


We not only number one in target setting but we proud to share our achieved last year to be a number one life insurance company in Malaysia.


Kekadang "dunia" melihat kita sebagai suatu halangan, halangan terhadap pandangan mereka, pengacau time dinner mereka, dan dunia sentiasa menolak apa yang anda bawa.

Mereka sentiasa melarikan diri dari kita, menghina profession kita, dan boleh dikata setiap premis sentiasa memberi "amaran" / sign kepada kita supaya menjauhkan diri daripada permises mereka.

Semua ini kerana desakan ( sometimes we call follow-up ), keghairahan untuk share ,kasih dan sayang kita kepada teman, sahabat, kawan, keluarga kita. Kerana apa???


Kerana kita nampak apa yang mereka tidak nampak, kita rasa apa yang mereka belum rasa ( kita rasa melalui pengalaman teman, kawan yang tak bernasib baik ), kita boleh merasa apa yang baru nak merasa ..... kita teruskan juga langkah walaupun kita tahu, kemungkinan kita akan di halau, di layan dengan buruk, temujanji yang di tipu dan kadang kadang mungkin juga kita akan di jerit. Kerana apa??? KERANA KITA ADALAH BERBEZA!

Kerana kita juga ( dengan izin Allah ) dunia akan menjadi berbeza, kita akan lebih mengasihi sesama kita, menyumbang sesama kita, prihatin tentang apa yang terjadi terhadap teman teman kita, kawan di sekeliling kita... kerana apa?? KERANA KITA ADALAH BERBEZA!

Perbezaan tidak akan melemahkan kita, tetapi sepatutnya akan lebih menjadikan kita lebih bermakna.

YOU MAKE THE DIFFERENT. I WILL CHANGE TI BE DIFFERENT. TOGETHER WE WILL MAKE THIS OUR "BANGSA" DIFFERENT ( dengan izin Allah s.w.t, InsyaAllah )

Sunday, April 11, 2010

Menyumbang Untuk Kepentingan Bersama

Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan.
Ia di reka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.

Penerangan ringkas berkaitan faedah tang terdapat di dalam Takafulink
1- Kematian
•Sekiranya berlaku kematian, sejumlah pampasan (Bergantung kepada sumbangan tetap anda) akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
•Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
•Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
•Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
•Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
•Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
•Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
•Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan.
•Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
•Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
•Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
•Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
•Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
•Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
•Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
•Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
•Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
•Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
•Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
•Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
•1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
•Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
•Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
•Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
•Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover
•Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
•Elaun Hospital
•Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
•Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
•Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
•Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
•Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
•Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
•Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
•Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
•Hospital - swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
•Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
•Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian
•Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
•Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
•Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Pulangan Pelaburan
•Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
•Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
•Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Tuesday, April 6, 2010

Hiking Bukit Putih (^_^)

Jungle tracking / hiking pertama disertai semua ahli keluarga…. Harith, Shue, Kimi dan yang paling penting kita orang punya ekspedisi leader, Emi…
"pintu masuk" ke Bukit Putih melalui Taman Saga.
Peta yang disediakan oleh NGO, terletak di depan gerai jual buah buahan segar.

4/4/10 jam 840 pagi kami memulakan perjalanan, dari Cheras menuju ke Taman Saga, tak jauh mana pun, selepas lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta kami sampai ke Taman Saga. Sampai di sana, tengok dah ramai orang yang datang, dari gambaran jumlah kereta yang parking kat situ.
Memanaskan badan sebelum mula mendaki, persediaan di buat di Cheras, Bukit A.

Pukul 915 pagi, kami mula mendaki Bukit Putih. Selain daripada tujuan untuk mengeluarkan peluh, aktiviti ini juga dapat member peluang untuk anak anak melihat keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Esa. Ini adalah “hiking” kali kedua bagi team ekspedisi leader kami, Emi. Kali ni dia bergandingan dengan Kimi sebagai Team Leader untuk ekspedisi ini. Masa “hiking” ni, Harith dan Kimi dah di pesan untuk mengucapkan samada “Good morning”ataupun bagi salam pada setiap orang yang kami jumpa ( bila berselisih masa hiking tu ), So bila masa memanjat tu, bila berselisih dengan orang yang diaorang pun cakap la apa yang dah di ajarkan tu… baru meriah sikit, sesekali kami cakap selamat pagi dalam bahasa cina…”chousan “. Entah betoi ke tidak???
Pendakian dah nak mula.

Di samping tu, Kimi sebagai ketua, selalu memeriksa keadaan ahli kumpulannya, selepas 10~15 meter, sebagai ketua kumpulan Kimi akan bertanya kepada “Last man kumpulan kami, Harith” …. “ Last man Ok?” dan sebagai “last man” , Harith akan memberitahu keadaan ahli kumpulan samada nak berehat kea tau keadaan ok. Dengan cara ini secara tak langsung, aku rasa dapat mendidik anak anak untuk belajar bekerjasama dalam kumpulan dan mengambil tanggungjawab. InsyaAllah.
Mula mendaki.........................................
Mendaki lagi................................
Menggantikan air yang hilang dari badan...............dah mula rasa penat.

Selepas lebih kurang 45minit mendaki, akhirnya kami Berjaya sampai ke puncak Bukit Putih, dia orang panggil “TOP HILL SAGA”. Bila sampai di situ, memang agak ramai orang, lebih kurang 30 orang, dia orang pun tengah berehat kat puncak bukit tu. Waktu tu lebih kurang pukul 10 pagi, kami pun turut berehat kat situ sambil ambil gambar sebagai kenangan. Selepas 15minit berehat, kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke air terjun yang juga terdapat di Bukit Putih tu. Sambil menanya orang orang yang ada di situ, kami meneruskan perjalanan ke air terjun.
Hebatnya ciptaan Allah...... kecil kita ni......

Akhirnya..... sampai ke puncak.

Untuk sampai ke air terjun, daripada Top Hill Saga, kami terlebih dulu perlu sampai ke “check point no 6”, selepas naik turun bukit, lebih ,kurang 30minit kami sampai ke “ Check point No 6”. Dari situ, untuk ke air terjun tu, ketahanan fizikal kami di uji berkali kali, naik turun, naik turun bukit, naik turun bukit, dan semakin menghampiri air terjun tu perjalanan menjadi semakin sukar, kami terpaksa menuruni bukit yang boleh di katakana begitu curam untuk anak anak 8 dan 10 tahun , tapi alhamdullillah selepas lebih kurang sejam akhirnya kami sampai ke air terjun. Di sepanjang perjalan itu, ekspedisi leader kami tak henti henti member kata kata semangat kepada Kimi dan Harith. Alhamdulillah juga mereka berdua berjaya sampai ke air terjun tu dengan usaha mereka sendiri.
Kimi ..... leader in making.

My life partner......

Bila dah sampai di air terjun, waktu tu lbih kurang pukul 12 tengahari, perkara pertama sekali yang aku buat, isi perut. Lapar dah letih. Depa yang lain pi mandi, tapi aku mula isi perut dengan roti. Rasa sedap betul roti gardenia yang Shue beli sebelum naik tadi…sebab lapar sangat kot. Kemudian baru depa join aku makan.
Harith......abang yang bertanggungjawab.

Dah perut agak kenyang, aku pun turun ke air terjun…sejuk betoi air dia. Air pun bersih, mungkin sebab tak berapa ramai orang yang sampai.
Pemberi semangat.........oooooo yes!

Selepas lebih kurang sejam, main main dekat air terjun tu, kami memulakan perjalan untuk balik. Perjalanan balik agak susah, kerana waktu datang tadi, kena turun cerun yang curam, tapi kali ni, kami kena mendaki pula cerun yang curam tu. Memang betul betul mencabar. Memang dapat beza, orang yang 30-an, 20-an , bawah sepuluh punya tenaga…. Lutut aku pun dah semakin sakit. Mungkin juga sebab kena bawa banyak barang kot…(kena claim dekat Shue).
Indah nya ciptaan Allah....

Lebih kurang pukul 3 petang, akhirnya kami semua berjaya sampai semula ke kaki bukit putih. Tak pasti berapa jauh kami semua berjalan hari tu, tetapi kalau ikut kepada perkiraan aku, dalam seminit kami aku melangkah secara puratanya 60~65 langkah, dah setiap langkah secara puratanya juga lebih kurang 0.4meter, jadi keseluruhan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam (one way ), jadi lebih kurang 6 kilometer la kot pergi dan balik.
Akhirnya ...sampai ke target yang ke dua....jom mandi.
Kepada Harith , Kimi…. Congarte & You all memang best sebab berjaya naik dan
turun dengan sendiri.
Waterfall 2.......sejuk.

Kepada Shue …. Thanks sebab sediakan makanan dan minuman.

Kepada Emi … Thanks kerana perkenalkan tempat ni, tunggu next “hiking”, tapi kena tunggu sampai sakit lutut ni hilang dulu.

Friday, April 2, 2010

Renungkan Sejenak......

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

' Apa ni ? Siapa awak ? dan apa kejadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; ' Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat' ia merayu. 'Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil'.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. 'Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

TAK PASTI, CERITA INI BENAR ATAUPUN TIDAK . TAPI YANG PASTINYA KITA DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT IKTIBAR ATAUPUN MERENUNG SEJENAK, DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN, KADANG KADANG KITA TERLALU MENGEJAR DUNIAWI HINGGAKAN KITA LUPA SIFAT SIFAT MURNI YANG SEPATUTNYA ADA DIADALAM DIRI KITA, KEKADANG KITA LANGSUNG TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU APA YANG MENIMPA ORANG LAIN, KITA TAK MAHU DI LABEL SEBAGAI "SUKA MENJAGA TEPI KAIN ORANG".
KALAU KEJADIAN INI BERLAKU DI HADAPAN MATA KITA, APA YANG KITA AKAN LAKUKAN?

Pengajaran :
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Wednesday, March 24, 2010

Rumah Burung FOR ONE

Berbuat baik dengan binatang adalah suatu amalan yang baik. Binatang juga adalah makhluk Allah seperti kita. Cuma kita lebih sempurna daripada binatang binatang ciptaan Allah ni, kerana kita ada akal dan kita diberi pedoman iaitu Al-Quran & Al Hadith. Tapi kadang kadang, binatang ni boleh jadi lebih baik dari kita, sebab binatang tak ada akal, lagi satu binatang tak melakukan dosa... Kita pula, hampir setiap masa terdedah untuk melakukan dosa...Astaghfirullahal azim...





Niat di hati nak tengok burung membuat sarang di halaman rumah, jadi aku buat satu rumah burung dengan menggunakan papan terpakai, selepas di cat dengan warna gelap aku letakkan di satu dahan di halaman rumah. Rumah burung ni aku bagi nama “Rumah Burung FOR ONE”.


Selepas berbulan menunggu akhirnya hari ni ada perubahan pada rumah burung ni, dah terdapat rumput rumput kering di dalamnya, aku percaya dah ada burung yang mula membuat sarang di Rumah Burung FOR ONE. Rupa rupanya burung murai yang buat sudi buat sarang kat dalam rumah burung aku tu...tak lama lagi boleh tengok anak burung murai. Bangga sebab rumah burung aku dah ada berpenghuni.


Selain di rumah burung yang aku buat tu ada pergerakan positif, pokok bunga Jasmeen di depan pintu rumah pula, dah terdapat burung merbah membuat sarang, hari ni aku dapat tengok burung ni bergilir gilir dengan pasangan dia mengeram telur di sarang tu. Tak pasti berapa biji telur yang terdapat di sarang tu, belum ada peluang untuk aku tengok di dalam sarang, sebab selalu sahaja ada burung kat dalam sarang tu. Orang lain mungkin tak rasa apa apa, tapi aku rasa seronok tengok ada burung yang buat sarang untuk dia membiak betul betul di depan pintu rumah…. Satu perasaan yang puas.


Tak sabar nak tunggu bila burung tu nak menetaskan telur…….

Universal Studio .... Cuti Cuti No 41, Day Three ( Last day )

Pagi tu, selepas sarapan dalam pukul 9, kita orang bersiap untuk check out, tengok ke luar hotel, hari ni pun hujan juga, tiket ke USS (Universal Studio Singapore) dah beli, dan memang tujuan utama datang untuk ke situ. Lepas check out, dan simpan bag dekat hotel, kami naik shuttle bas (free) dekat hotel sebelah (Hotel Orchard). Kami bertolak dari hotel dengan shuttle tu lebih kurang pukul 11 pagi, lepas 40 minit, kami pun sampai ke USS.
Di depan kaunter tiket USS



Hujan masih turun (renyai renyai), kami semua beli baju hujan yang menjadi top selling product hari tu, semua orang beli, macam tiket juga…. Oleh kerana tak semua benda dalam USS tu boleh pakai lagi, kami semua di beri discount SGD15 (dalam bentuk voucher, boleh gunak untuk makan dan beli barang).


Maskot yang ada, ada banyak lagi

Kami mula dengan roller coster yang paling tinggi dekat situ, “Battlestar Galactica Cyclon”, best sangat, laju dan memang membuatkan adrenalin kita menjadi tersangat aktif. Lepas tu kami masuk pula Bandar Egypt, “Revenge of the Mummy”, kali ni satu keluarga kami masuk, ni pun best. Kalu ikut tag line Kimi, kira “hebat dan menarik”. Kat sini kami beli photo yang diorang ambil secara automatic, tanpa kita sedar, memang dapat tengok muka muka cemas, gabra, muka nampak hantu dan macam macam jenis muka lagi kita boleh tengok…. 

Dah siap pakai new uniform, sebab hari hujan


Pada waktu tu semua benda dah boleh masuk, kecuali Madagascar sebab tu diaorang bagi discount SGD15 tu, sebelum pukul 6 habis semua benda yang boleh di naik pada hari tu, semua kami naik. Jurassic Park Rapid Adventures, tengok 4D Shrek Adventure, Water World show pun hebat. Pasal makanan, mula risau juga, tak kan nak makan roti lagi, tapi alhmadullilah ada beberapa restoran yang memang ada status halal, jadi hari tu kami makan beriani, sedap sangat. Mungkin juga sebab lapar tu yang menjadikan sedap ke tak pasti, tapi kalau ikut selera aku dah kira sedap tu.

Kimi dengan gaya baru......

Balik semula ke hotel, ambil bag yang kami tinggal pagi tadi, dan terus ke Changi Airport. Dalam pukul 1pagi lebih kurang selamat sampai ke rumah, Alhamdullilah. Boleh di katakan percutian kali ni, masa agak terhad, aktiviti yang nak di buat terlalu banyak, agak letih, tapi apa apa pun puas hati la… Dah berjanji dengan Kimi nak bawa dia datang lagi masa dia darjah 4 nanti, kalau dia ingat kena datang lagi. “Hebat. Menarik dan Menawan”.

Depan tempat simpan mummy .. tengok gaya Kimi


Lunch hari tu.... HALAL beriani kambing...power!





Water world sebelum show... ada letupan semua


Water world... babak babak akhir .... geng baik dah nak menang.


Lepas tengok show water world


Antara yang menarik ....


Ni lah dia.... battlestar galactica roller coster


Show dah habis.....


seronok ....


Nak turun ke basement ... tunggu bas , nak balik.


Changi Airport