Saturday, September 18, 2010

Memang patut harga penyapu lidi original seberkas RM5

Penyapu lidi daripada "pokok nyok"/ pokok kelapa seberkas berharga RM5? patut ke tidak???

Kalau nak tau patut ke tidak...cubalah buat sendiri...semua orang boleh buat, tak susah mana..bahan bahan yang perlu disediakan..
1. pelepah nyok, lebih kurang 6~7 pelepah.
2. tangga untuk "khabat"/ panjat pokok nyok.
3. sabit atau golok untuk tetak pelepah nyok.
4. pisau untuk raut daun nyok tu nanti.
5. getah untuk ikat lidi selepas kita raut daun nyok tu, paling bagus kalau dapat cari tayar dalam gherek/ basikal, lagi dia mencengkam...
6. seorang dua partner, sebab waktu kita dok raut daun nyok ni boring sangat, kalau ada 2~3 orang shokkk sikit...ada la boleh cerita, kalau tak mati kutu.

Mula mula,"khabat" pokot nyok...tetak pelepah nyok. Alang alang dok kat atas tu, boleh la ambil nyok muda sekali...nanti bila dah turun , tentu dahaga, boleh minum air nyok...sedap. Waktu naik tu, pastikan aspek keselamatan diambil kira...pastikan juga ANDA DI LINDUNGI OLEH INSURAN, kalau tak da lagi contact aku +60192276610...setahun baru RM220 (personel accident), bagi coverage sampai RM200,000 ( **Tertakluk kepada terma dan syarat** )
Khabat tu maksudnya panjat lah...
Dah lepas tetak 6~7 pelepah, buang daun nyok tu dari peleah dia, guna la sabit tadi ka, golh [un boleh...maka jadi lah seperti dalam gambar ni.
Dan pelepah nyok pun jadi macam ni, daun dah hilang...pelepad ni pun ada guna, kalau masa kenduri, orang kat kampung aku guna untuk buat "sodet" , untuk kacau gulai ataupun nasi.
Tapi hari ni kita nak cerita macammana nak buat penyapu lidi, so kita ignore dulu pasal pelepah ni...
Daun daun nyok ni, kita kumpul satu tempat, dapat cari tempat yang redup sikit, untuk kita mula process meraut lidi ni....kalau rasa nak selesa sikit, ambil la tongkol kayu buat pelapik buntut...tak lah lenguh dok bertinggung...ikut kesesuaian diri.
Cara raut, senang saja, guna pisau, target dia , nak buang semua daun , bagi tinggal lidi saja...
sambil ambil gambar tu yang jadi macam tu....saja nak tunjuk lagi details bagi semua nampak...
Dah lepas rautan yang pertama, selalunya jadi macam ni...ni OK lagi ni, sebab masih ada lagi daun daun kat lidi tu...raut lagi...sampai licin.
ni lepas trim yang kedua....dah ok sikit

Daripada sebatang...kumpulkan sampai jadi seberkas macam ni....ni dah kira hampir siap...tunggu nak ikat dengan getak saja lagi...lepas ni boleh pakai.
So macam mana, berbaloi tak kalau beli dengan harga RM5 seberkas? total masa di ambil untuk "selesaikan" 7 pelepah tadi lebih kurang 3 jam juga dengan 3 orang.
Daripada 7 pelepah tadi, aku dapat buat 2 berkas penyapu.
JIMAT RM10....berbaloi ke tidak bergantung kepada kita, kalau ada bahan dan masa, dan kita mampu buat, kita buat sendiri, kalau tak terpaksalah beli...so kalau beli pun rasanya hangpa tak rugi...
Aku buat ni untuk kegunaan sendiri saja, jangan nak order pulak...(^-^) Guna waktu cuti raya baru ni @ alor janggus

No comments:

Post a Comment