Thursday, September 9, 2010

Tiap yang mula pasti akan berakhir

Alhamdulillah dah selamat sebulan kita berpuasa, berterawih dan menjadikan satu bula Ramadhan ni satu bulan yang betul betul miracle....daripada jarang jarang ( jaranga sangat ) menjenguk masjid atau surau, bila masuk bulan Ramadhan saja, boleh di katakan tiap tiap malam kita boleh pi masjid ataupun surau...daripada duduk melanggut depan tv layan cerita CSI la, kita menjadikan malam malam di bulan Ramadhan sebagai malam kita CSI diri kita pula...miracle kan??
Tapi, hari ni Ramadhan dah habis, macam title aku tulis tu, kalau ada mula, pasti akan ada habis nya...Syawal dah masuk...harapnya apa perkara baik kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni boleh kita teruskan....InsyaAllah...Aku nak berubah! Kita tinggalkan bazar Ramadhan...kita tinggalkan shopping raya...semua tu dah habis...


La ni kita buat persediaan nak balik untuk beraya bersama mak bapak kita...

Dah kita nak balik ni, kalau ada jiran tetangga yang tak balik kampung atau yang tak ke mana mana tu.. minta tolong dia orang tengok tengokkan rumah kita..ya lah nak tinggal lama ni...at least seminggu betoi tak.. tapi kalau setakat minta tolong tengok saja tak cukup la kan...pastikan kunci semua pintu, tingkap...kalau boleh pasang la lampu sikit...kalau tak nak membazir...pasanglah "timer" tak lah lampu tu terpasang saja 24 jam..."timer" tu boleh beli kat kedai hardware...yang murah murah ada dalam 15~20 ringgit. Kan baru lepas ramadhan ni..jangan ikut amalan Syaitan..membazir tu Syaitan suka...so buat.Selain pintu, tingkap, kalau boleh tutup "main pipe" bukan apa...kadang kadang..bila ramai orang tak pakai air ni..pressure dia jadi tinggi...so kalau silap hari bulan boleh banjir rumah kita...so kalau boleh tutup, tutup la..kalau tak boleh nak buat macam mana...Gas pun macam tu juga..dah kita balik ..tentu tak pakai betoi tak...so tutup ..cabut. Ada lagi tak??? Paper..tak langgan. pakai internet. tak dak dah kot..InsyaAllah.
Jadi dah ready nak balik...Kereta macam mana??? make sure dah service sebelum ni la...kalau hari ni nak balik , hari ni baru ter"gedik" nak service mana sempat..kedai pun tak buka...Kalau boleh bawa air pipe dalam 2 liter letak dalam bonet..manalah tau...kalau terdesak boleh juga guna..

Dah naik kereta tu...baca la doa sikit...aku pun anak aku yang ajar ... yang mana dah tau tak pa...yang tak tau macam mana doa naik kenderaan...baca doa ni..



Dah duduk dalam kereta tu, kalau dah bosan bosan sangat ajak anak anak bertakbir...dapat juga pahala (harapnya lah kan)..nak takbir raya..tengok ni...


Dah sampai kampung, dah salam mak bapak...boleh layan teman, kawan dengan sms pula...

Antara sms yang aku dapat yang aku rasa menarik untuk nak share...boleh pakai untuk tahun depan...kalu hangpa rasa best la .......

1. Tuai padi antara masak, besok jgn layu layuan, intai kami antara nampak, besok jangan rundu rinduan, selamat menyambut aidilfitri ^-^

2. WaLau Langkah tak bertemu, bertemu tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap. tingga tak sebumbung, tapi izinkan hati memohon maaf zahir


No comments:

Post a Comment