Wednesday, September 1, 2010

Rezeki Ramadhan

Doa jauh daripada sifat malas :
"Wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung daripada Engkau dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur".

Bulan Ramadhan ni memang bulan rezeki...ya lah mana nak dapat pada lain lain bulan, makan FREE...pada bulan Ramadhan ni saja yang kita dapat tengok dapat makan secara percuma kalau kita nak...sepanjang bulan ni kita boleh makan secara percuma...pilihlah mana mana masjid sekalipun...daripada berbuka puasa, moreh...dan lebihan tu boleh pula bawa balik untuk sahur...so untung betul bulan ni..

Minggu lepas aku ada join sekali berbuka kat masjid...makan mewah..rendang ayam ada, sayur ada, kuih muih ada...cencaluk pun ada...so hangpa tau la kan..kat mana aku berbuka..kat Masjid Saidina Ali..masjid baru kat Melaka. Cantik masjid ni...sekali tengok ingatkan macam istana...aircond semua cukup la..kalau nak beribadat tu kira tak dak reason la nak kata tak selesa...panas ka apa ka...

Bulan Ramadhan ni bukan setakat bulan rezeki, malah segala yang baik terdapat pada bulan ni...cuba bayangkan...pada bulan nilah..orang yang tak pernah ke masjid pun boleh pi masjid...orang yang semabahyang tak cukup....kalau bulan ni memang dia jaga betoi...katanya tak guna kalau puasa, tapi tak solat...sebab tu kena jaga betul betul ...tak ke miracle tu...memang betul la ..pada bulan ni Allah dah ikat setan setan semua..sebab tu manusia jadi baik...yang mana masih tak baik tu paham paham la...apa status kita..

Ambillah peluang pada bulan ni untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik dari manusia pada bulan sebelum ni...be a never ending improvement person...
( nasihat untuk diri sendiri ) ..Amin

Allah ke Nabi pernah berkata, manusia selalu lalai terhadap 2 nikmat yang mereka ada :
1. nikmat ketika sihat.
2. nikmat ketika lapang.


renung renungkan, yang baik dari Allah S.W.T yang buruk dan lemah tu datang dari diri ini yang tak sempurna...



No comments:

Post a Comment