Thursday, January 28, 2010





SATU TINDAKAN YANG BERANI ADALAH LEBIH BERMAKNA DARIPADA SERATUS PERDEBATAN.
Berdebat dan berbincang adalah amat berguna untuk merancang idea, tetapi ianya hanya betul-betul akan berguna apabila ada tindakan yang dilaksanakan daripada idea-idea tersebut.

Sesetengah tempat/office memanggil sesi "brain-storming" untuk mendapatkan idea idea yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah ataupun merancang sesuatu yang baru. Tapi kalau beratus pun idea yang bagus disumbangkan , tapi tiada satu pun tindakan diambil untuk melaksanakan idea idea yang bagus itu, tiada maknanya....itu menjadi 'omong omong kosong' sahaja.

Ada juga di sesetengah tempat, yang orang susah untuk mengenengahkan idea, bukannya tiada idea yang bagus, tetapi masing masing takut / risau , kalau idea yang bagus kita ketengahkan, kita lah yang akan menjadi "orang" yang akan melaksanakan idea tersebut, daripada buat kerja yang bukan kerja tetap kita, lebih baik tak payah bagi idea...itulah yang kadang kadang terjadi di sesetengah tempat.

Apa yang nak di katakan disini, beratus idea pun di ketengahkan tapi tiada tindakan yang betul betul berkesan, ianya menjadi "USELESS" juga.

Ada juga disetengah tempat lain pula, di dalam sesi perbincangan tu, ramai yang "participate", masing masing ingin memberi idea idea, tetapi bila 'time' nak laksanakan idea tu, ramai yang tak mahu 'involve', tapi bila masa berbincang bukan main lagi, macam macam idea ditokok tambahkan.

Kita ada dalam kategori mana? Kategori cakap pandai ka? atau kategori pandai cakap ? atau ???

Wednesday, January 27, 2010

Tips untuk semua

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRajaMalaysia .

1.Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untukmasuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas didalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalamrumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ininaik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran,sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10.Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya.Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada dirumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cutipanjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTONmerupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli,sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear &stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan,sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball dibawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19.Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yangkita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Tuesday, January 26, 2010

Aktiviti sekolah

Gotong royong di Sekolah Rendah Agama Intergrasi, Shah Alam.

Alhamdullilah pada 23 Jan 2010 yang lepas, SRAI telah berjaya menganjurkan satu operasi gotong royong untuk menceriakan suasana tempat belajar untuk anak anak warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Semenjak anak saya bersekolah disekolah ini, semenjak tahun 2007 setiap awal tahun, aktiviti berjaya di adakan, aktiviti ini melibatkan guru guru, para ibu bapa/penjaga dan murid murid sekolah sendiri.

Pada aktiviti kali ini, sambutan daripada ibu bapa juga gak memuaskan, walaupun tidak semua ibu bapa dapat menghadirkan diri, suasana gotong royong dapat di tunjukkan kepada anak anak di sekolah ini. Semua peserta yang hadir, telah dibahagikan mengikut kelas anak masing masing.

Dengan aktiviti ini, anak anak dapat belajar serba sedikit cara cara membersihkan bilik darjah masing masing. Disamping itu ianya juga menjadi satu aktiviti untuk ibu bapa yang memng sentiasa sibuk sehingga tidak dapat mengeluarkan peluh pada hari hari biasa. Pada hari ini, bapa bapa bukan sahaja membersihkan kelas anak anak masing masing, tetapi juga di ikuti dengan mengecatkan bilik darjah anak anak masing masing. Mengecat adalah cara yang paling mudah untuk membuatkan suasana yang lebih ceria untuk anak anak belajar. Diharapkan dengan suasana yang lebih ceria ini, anak anak akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu dan akan lebih fokus di dalam pelajaran masing masing, insyaAllah.

Murid murid menyibukkan diri membantu aktiviti gotong royong ini, walaupun tenaga tidak boleh di harapkan sangat, tetapi semangat untuk menjadikan suasana kelas yang cantik dan ceria membuatkan ibu dan bapa masing masing lebih bekerja keras lagi.

Di hadapan kelas anak sulong saya.

Suasana sebelum aktiviti di jalankan, belum di cat.

Anak anak belajar untuk membersihkan cermin tingkap. nanti boleh belajar cuci kat rumah pula.

Di harapkan di tahun tahun yang akan datang aktiviti yang bagus ini boleh di teruskan lagi. Secara tak langsung kita mengajar anak anak kita, "mencuci" ini bukan tugas "cleaner" sahaja, walaupun terdapat "cleaner" disekolah, tidak semua benda kita haruskan serahkan pada "cleaner" untuk buat, tetapi kita semua juga mesti melibatkan diri untuk mengekalkan kebersihan di kawasan persekitaran kita. Bila kita sendiri mencuci kekotoran yang ada di persekitaran kita, sedikit sebanyak akan mengingatkan kita untuk tidak membuat benda benda yang boleh menggugat tahap kebersihan di kawasan kita.

Saya ambil contoh, "kalau nak buang sampah mesti di dalam tong sampah", di dalam pemerhatian saya tidak semua anak anak kita dapat mebuat perkara sedemikian, lebih menyedihkan lagi, walaupun di hadapan ibu bapa masing masing pun anak anak kita boleh membuang sampah di merata tempat, dan kita sebagai ibu bapa langsung tidak menegur perbuatan anak anak kita ini, mungkin ada yang berpendapat, kalau kita buang pada tempat yang disediakan "apa pula kerja [cleaner]?"
Sebenarnya, kalau kita ambil peduli sikit tentang perkara ini, banyak benda kita dah "contribute" pada pembangunan kawasan sekitar kita, satu "cleaner" boleh buat kerja lain yang lebih produktif, selain kutip sampah, yang kedua, boleh kurang ambil orang jadi cleaner, yang ketiga , tempat kita tak jadi kotor, dan banyak lagi. Saya rasa anda pun dapat fikirkannya.
So, samalah kita jaga kebersihan, Islam kan suka pada kebersihan.


Sunday, January 24, 2010

Kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah

TEMPUHI SETIAP HARI BAGAIKAN MENEMPUH CABARAN SEUMUR HIDUP.

Jika kita tidak mengambil serius dalam tugas kita, kelemahan ini akan jelas di dalam hasil kerja yang kita lakukan. Lebih banyak kita menyumbang tenaga terhadap kerjaya, lebih besar peluang untuk kita berjaya. “Kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah” hanyalah satu alasan yang menunjukkan kelemahan.

Kekadang kita ni hanya melakukan kerja tanpa berfikir, satunya sebab semua kawan kawan kita bekerja, so kita pun kena la kerja. Kadang kadang bila dah habis satu hari bekerja tu ada tak kita berfikir, "apa kerja yang aku buat hari ni ?". Sebelum keluar rumah, kebanyakan dari kita akan memberitahu isteri/anak anak kita, yang kita nak pergi kerja, " Abah nak pergi kerja ni", macam tu lah lebih kurang kata kata kita kepada anak anak/ isteri kita. Tapi bila dah habis satu hari kerja, bukan semua tapi ada daripada kalangan kita yang tak buat kerja apa apa pun. Bukankah dah menipu tu?

Kadang kadang juga kita akan menggunakan segala yang ada untuk memberikan alasan diatas setiap kegagalan yang kita lakukan, kata kata " tak boleh la menang , setiap hari.... mesti kena kalah juga ". Itu sebenarnya kata kata orang yang lemah...

So, fikirlah adakah kita termasuk di dalam golongan yang saya sebutkan itu? Esok kita akan memulakan minggu baru untuk tahun 2010 ini, dah masuk minggu ke-4 tahun 2010 ni, di mana kedudukan kita. Sama samalah kita fikirkan, dan buat yang terbaik dan lebih serius lagi dengan apa yang kita lakukan. InsyaAllah tahun 2010 ini akan jadi tahun yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya.

Thursday, January 21, 2010

Enjoy your life


IANYA AMAT MENYEDIHKAN APABILA SESEORANG ITU TIDAK SERONOK DALAM MENJALANKAN KERJA ATAU TUGASAN YANG DI AMANAHKAN.

Kita boleh mencapai kepuasan di dalam apa jua kerja, jika kita benar-benar mencuba. Jika kita mengambil langkah pendekatan optimis dan buat sebaik mungkin, kita akan mengetahui yang kita sedang memberi sumbangan positif kepada organisasi yang kita sertai dan kita akan rasa lebih selesa dengan diri kita.


Apa yang penting, kita mesti ada minat untuk terus melakukan kerja kita. Kalau tiada minat, kita mesti mencari daya tarikan daripada sesuatu pekerjaan yang kita buat itu. Jangan berhenti mencuba untuk melakukan yang TERBAIK yang mampu kita lakukan. InsyaAllah kita akan merasa puas dengan tugasan kita itu, dengan itu barulah kita dapat memberi sumbangan yang baik kepada organisasi kita. Tak di nafikan semangat daripada kawan kawan memainkan peranan penting dalam aktiviti kerja berkumpulan, tetapi semua itu tak akan membantu apa apapun kalau kita tidak mengubah diri kita terlebih dahulu.


Carilah apa apa sahaja untuk membuatkan kita merasa bersemangat untuk melakukan tugasan kita, tetapkan matlamat yang ingin kita capai, matlamat tersebut mestilah yang boleh membuatkan kita rasa seronok. Dengan adanya matlamat itu, kita akan merasa lebih seronok melakukan tugasan kita demi untuk mendapatkan apa yang kita impikan itu.

Wednesday, January 20, 2010

Menungkan.


SENTIASA PEKA TERHADAP AKAUN PEMBAYARAN DAN PENERIMAAN.
Kita tidak akan dapat membayar bil-bil kita tepat pada masanya, sekiranya kita belum lagi menerima akaun pembayaran tepat pada waktu yang dijadualkan. Nilai akaun
penerimaan boleh diistilahkan sebagai nilai harta, akan tetapi kita tidak dapat menggunakannya untuk menjelaskan pembayaran ke atas bil-bil tertunggak.

Hari ni dah 20 hb, untuk renungan bersama, tak kira kerja sendiri ke, makan gaji ke, semuanya sama.
Untuk yang makan gaji pada time macam ni , kita mula merenung, mengira hari bila gaji nak masuk, ada yang lagi 5 hari, ada yang lagi tujuh hari, ada yang tak tau lagi bila mau masuk...Pada masa ni lah kita mula mencongak, kalau masuk gaji ni, aku nak bayar ni dan bayar itu, itu yang mula kita fikir. Jarang sekali orang fikir, bila dapat gaji, mula mula sekali aku nak simpan untuk diri sendiri(maklumlah duit yang dapat tu kan duit aku, mesti simpan untuk aku dulu), lepas simpan untuk aku , baru aku nak bagi pada orang lain, contoh bagi pada ASTRO, bagi pada CELCOM, bagi pada TNB, bagi pada BANK (duit kereta,rumah)...itu yang jarang jarang orang buat. Yang selalu kita buat, kita mesti nak bagi pada orang dulu, nak bagi orang yang kaya raya tu bertambah kaya....so , macam mana dengan anda???
Yang kerja busines sendiri pula, mula mengira, dah 20 hb, dah berapa sales aku buat bulan ni....dapatkah aku achieve target yang aku sendiri buat???Kalau tak achieve, macam mana aku nak belanja diri sendiri, apatah lagi nak belanja orang, macam mana...
So, fikir fikirkanlah. Kita kena sentiasa peka dengan IN/OUT, yang masuk mesti ada keluar, macammana kita nak "make sure"kan, yang OUT tu tak akan lebih daripada yang IN.

Tuesday, January 19, 2010


PERUBAHAN PEMIKIRAN AKAN
MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN DALAM HASIL KERJA.

Jika berlaku sesuatu masalah, berundur sebentar dan nilai
semula keadaan. Perhatikan perkara itu dengan hati yang
tenang, daripada sudut pandangan yang sedikit perbezaan,dan anda akan nampak jalan untuk mencapai kemajuan.

Kadang kadang kita terlalu mengikut perasaan, yang pasti masalah tidak akan selesai kalau kita tidak berfikir secara waras dan tenang. Kadang kadang juga cara yang sama tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena bertenang dan berfikir untuk mencuba cara lain pula.

Cara mudah untuk bertenang:

1. Tarik nafas sedalam dalamnya, tarik melalui hidung dan perlahan lahan lepaskan melalui hidung.

2. Gerak-gerakkan bahu untuk menghilangkan rasa "tension".

3. Cakap dengan kawan(kena pilih la sikit) , jangan cakap dengan kawan yang selalu cakap main lepas saja, nanti bertambah la pulak "tension"nya.

4. Baring sebentar, kalau tak dapat baring, duduk pun boleh, pejamkan mata, bayangkan seluruh anggota badan kita dalam keadaan "relax".

5. Terima kenyataan yang segal yang berlaku itu adalah di luar kawalan kita.

6. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apa yang berlaku, dan pada masa yang sama cuba fikirkan tindakan yang patut kita ambil, dan banyak lagi.

Selepas dah bertenang barulah kita cuba tengok dari perspektif yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Contoh kalau setiap kali balik rumah(pukul 745 malam), kita dapati anak anak kita masih bermain, masih belum mandi. Jangan terus marah, cuba fikirkan macam mana kita nak memperbaiki keadaan itu, mungkin kita pula yang patut pulang ke rumah sedikit awal daripada biasa, so kita boleh make sure "anak anak" kita boleh mandi sebelum maghrib.

Sunday, January 17, 2010

Magnet

MINAT YANG ANDA TUNJUKKAN IBARAT MAGNET YANG MENARIK ORANG LAIN.

Tidak kira bagaimana bijak atau berbakatnya kita, jika kita kurang berminat, watak kita sebagai seorang ketua tidak akan berkesan. Semangat kita akan mendatangkan rasa hormat dan kerjasama daripada yang lain dan ini akan mewujudkan suasana “ boleh” di dalam komuniti kita.

Itulah sebabnya, apa apa pun benda yang kita nak kawan kita buat, kita mesti mula dengan diri kita dulu. Kalau kita sendir pun tak nak, mana mungkin kita nak suruh kawan kita buat.

Saya teringat kata kata dari seorang pakar motivasi kita, tentang minat atau kesungguhan ini, dia bagi contoh kalau kita seorang "penjual kereta", kita mengatakan kereta kita ni lah yang paling best, ya lah nak bagi orang beli lah katakan...mestlah kena kata best. Tapi kita sendiri pun tak nak pakai kereta tu..jadi logiknya susahlah sikit orang nak beli. Sebab kita sendiri pun tak mau pakai apa yang kita jual.

Bandingkan kalau kita sebagai "penjual kereta", dan kita sendiri pun ada kereta tersebut, kan mudah untuk kita bercerita tentang apa sahaja berkenaan dengan kereta tersebut.

Kalau kita bekerja sebagai boss atau ketua jabatan, yang sering meminta anak anak buah kita mematuhi masa, patuhi peraturan tetapi pada masa yang sama kita sendiri pun tak dapat buat, pada waktu kerja kita keluar dengan rakan rakan yang sama level dengan kita minum teh, fikirkanlah mana ada orang nak follow.

Saturday, January 16, 2010

SEMATKAN DI FIKIRAN YANG PERLAKUAN ANDA MEMBERI KESAN KEPADA ORANG LAIN.

Bukan sahaja tokoh-tokoh besar yang menjadi teladan kepada masyarakat ; Samada suka atau tidak, kita menjadi contoh kepada orang di sekeliling kita. Oleh itu jika kita mahu menyumbangkan secara positif kepada syarikat, kita mestilah bertindak dengan penuh tanggungjawab dan dengan sepenuh kepekaan.

Kena harus ingat, apa saja tindakan kita mesti ada effect pada orang lain, even kalau kita bersin pun ada effect, inikan pula tindakan yang lebih berat...kita bersin, kemungkinan kesan pada orang lain :

1. mungkin orang terkejut, bersin kan kuat.

2. mungkin lebih teruk, orang tu melatah...dah melalut la pulak.

3. mungkin orang terkena virus daripada kita...la ni kan H1N1 gelombang kedua. so hati hati ..jangan bersin merata rata, nak bersin make sure tutup pakai sapu tangan. kurang kan kesan kepada orang lain.Yang kena bersin pula, jangan malu malu nak tegur, kalau orang yang bersin tu tak tutup mulut dia,kita kena "train" sikit orang kita,tegur untuk kebaikan semua.Tegur tau, bukan menyalahkan dia....nanti jadi tak best pulak..ada pulak yang kena penampar.

Jangan suka nak salahkan orang lain, contoh kalau kita menuding jari menyalahkan orang lain, memang satu jari tunjuk pada orang tu, tapi lagi tiga jari tunjuk pada kita, so...mana lagi banyak salah...tentulah yang "tiga" tu.


Share Khutbah Jumaat

Hidup lebih manis tanpa gula.
Islam adalah yang terbaik dalam semua cara hidup termasuk dalam bab jaga kesihatan untuk mendapat kehidupan yang berkualiti.Allah memerintahkan untuk mengambil makanan yang HALAL lagi baik.
Gula adalah penyebab utama kencing manis, dan rasanya semua orang tahu kencing manis tu "ibu" segala penyakit, dari kencing manis, boleh pula kena buah pinggang, sakit jantung, stroke...so kawan kawan, kurang kurang la minum / makan benda yang bergula. Bukan apa mengelak tu kan lebih baik daripada merawat.

Ajar-ajarkan diri minum air kosong waktu pi minum kedai mamak, mungkin waktu mula mula mungkin kita rasa malu...takut orang kata kita kedekut..member lain minum teh tarik..kita minum air kosong ... tapi biar pi lah..." APA ORANG KATA TU TAK PENTING, YANG LEBIH PENTING ADALAH APA YANG KITA RASA DARIPADA PERCAKAPAN ORANG TU".....so pedulikan...jangan nak rasa apa apa. Kita buat bukan untuk orang lain untuk diri kita juga.

Tapi kalau kita sorang saja pi minum kat kedai...susah sikit nak buat...aku pun belum boleh buat lagi...singgah kedai minta air suam saja...tak boleh buat lagi.(in progress).... tapi kalau pi dengan member boleh la...orang lain order la..ikut sedap dia orang ...tapi kita minum air kosong saja...bukan nak biar kawan kawan dapat sakit...dah cakap tapi depa ingat kita buat lawak...so, tepuk dada tanya selera....

tapi jangan pula tak ambil langsung, kalau average satu hari minum kat kedai 4~5 kali macam aku, so buat la tiga kali pi minum air kosong, lagi dua tu pekena la teh tarik ka, ...kan Islam tu sederhana...jangan over.

Thursday, January 14, 2010

Positifkan Diri Kita



16. WALAU APA SAHAJA YANG MENDATANG, BERTENANG DAN BUAT SEBAIK MUNGKIN.

Ada masa semuanya serba tak kena. Tetapi betapa mengecewakan sekali pun sesuatu keadaan itu, tenangkan diri anda. Jika anda tumpukan perhatian dan terus melakukan yang terbaik, semuanya akan menjadi baik.



Tidak semua daripada kita akan sentiasa bernasib baik, semua yang berlaku itu adalah ditentukan olehNya. So jangan sesekali kita kecewa dengan keputusan buruk yang kita terima.
Walau apa pun yang terjadi, bertenanglah dan tanamkan di dalam minda kita yang kita akan melakukan dengan lebih baik lagi esok. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Apa yang berlaku adalah atas kehendakNya, kegagalan hari ini tak bermakna sepanjang masa kita akan terus gagal.

Buat yang terbaik untuk diri kita. Apa yang terbaik untuk diri kita??....jawapan itu masing masing kena fikir... apa yang kita nak buat? kenapa nak buat? macam mana nak buat? bila dan di mana nak buat?

Di ketika kita berada di dalam keadaan tertekan, apa cara untuk kita nak bertenang?
Antaranya,
1. Ingat pada Allah, semua yang berlaku adalah daripada Allah.
2. Pejamkan mata kita dan tarik nafaz sedalam dalamnya untuk sekali dua.
3. Cari kawan kawan, jangan duduk sendirian.
4. Gelak, pejamkan mata ingatkan apa lawak paling best yang kita pernah buat, atau pernah kita dengar atau tengok.

Mutiara Kata



15. Anggapkan Perniagaan* Bermula Setiap Hari

Apa yang pasti terhadap sesebuah trend ialah yang ianya
akan senantiasa berubah. Anda tidak boleh menggunakan
formula yang sama, dan berharap yang ianya akan sentiasa
berjaya.Apabila anda melihat sesuatu daripada sudut yang baru,
barulah anda mempunyai peluang untuk mendapat idea
yang kreatif, dan membolehkan anda untuk menyesuaikan
diri terhadap perubahan semasa.

Strategi yang kita buat hari ini mungkin tak akan berjaya kalau kita buat esok hari.

So kena jadi kreatif, jangan dok guna idea yang sama.

Orang cakap kreativiti ini bergantung kepada kemampuan seseorang untuk menggunakan akal atau otak dengan lebih effisien. Kalau dia tak ada langsung kreativiti maknanya orang tu malas nak fikir la tu, Orang sebegini akan selalu mengatakan(kata kata seumpama tak berpuashati)" Orang lain boleh buat macam tu dan menjadi, kenapa pula dia tak boleh??" Itu soalan yang dia akan selalu tanya, tapi apa yang dia tak sedar berkemungkinan orang yang sebelum dia boleh lakukan mungkin bersesuaian pada waktu dan kehendak pada waktu tersebut, tetapi tidak waktu yang dia lakukan.

So sama sama lah kita menggunakan otak dan akal yang Allah anugerahkan ini untuk lebih berfikir.






Bukan nak mengatakan kita tak boleh meniru apa yang orang yang berjaya terdahulu daripada kita telah lakukan, tetapi apabila kita nak meniru, tirulah dengan BIJAK.






Maknanya apabila kita nak meniru, kita kena ubah sedikit supaya bagi sesuai dengan jiwa kita, TIRU dengan lebih kreatif.







Perniaagaan* disini bermaksud apa sahaja yang ada lakukan (berkerja sendiri, makan gaji, student, orang tanggung makan minum anda dsb)

Rule of 72

Just nak share, apa itu rule 72?..."rules" ini berguna untuk orang yang suka menyimpan(saving la) ataupun untuk orang yang baru ada menyimpan azam sempena tahun baru ini untuk mengubah tabiat daripada suka membazir kepada suka menyimpan. Bila orang tu suka menyimpan, offcourse dia ada menyimpan cita cita untuk mendapatkan manafaat daripada simpanannya dalam jangkamasa tertentu.

So, ada cara mudah untuk mengetahui dalam tempoh berapa lama apa yang kita simpan akan jadi "double" sebagai contohnya...
contoh kalau kita ada simpanan RM20,000 dalam bank...Kalau setiap tahun bank bagi 2% BONUS...so kalau ikut Rule 72, duit simpanan RM20K akan menjadi double (=RM40K) dalam masa 36 tahun (iaitu 72 bahagi bonus rate percentage(2) tu, jawapan dia akan memberitahu kita anggaran jumlah tahun yang diperlukan)

Sunday, January 10, 2010

Kubur Jepun Di Sandakan, Sabah

Tak ramai yang sedar, rupanya terdapat satu kawasan di Sandakan yang menempatkan kubur untuk orang orang Jepun yang berhijrah ke luar dari Negara Matahari Terbit dahulu. Penghijrahan ini berlaku sebelum perang dunia kedua lagi, iaitu sebaik sahaja Jepun melupuskan dasar tertutup yang diamalkannya. Pada ketika inilah, rakyat Jepun yang miskin mengambil peluang untuk ke luar dari negara Jepun dengan harapan dapat memperbaiki taraf ekonomi masing. Ada sesetengah keluarga pula, terpaksa "menjual" anak anak gadis masing masing ke luar demi untuk meneruskan kehidupan. Tak dinafikan rakyat Jepun juga pernah susah. Dikalangan anak anak gadis yang "dijual" ini, ada yang di tempatkan disekitar Sandakan. Menurut cerita yang didengar, kubur yang terdapat disini adalah kubur 'anak anak gadis' tersebut.
Apa yang nak di ceritakan disini bukannya pasal kubur orang Jepun ini, tetapi tentang maklumat yang sebegini, sudah di tulis oleh orang Jepun dengan dengan begitu terperinci sekali. Itu yang saya kagum. Dengan berpandukan kepada maklumat di dalam buku tersebut, tempat ini dapat kita jumpa. Sedangkan kita yang tinggal di Malaysia, malah boleh saya katakan tak semua orang walaupun yang penduduk setempat yang mengetahui tentang tempat ini. jadi apa yang saya nak sampaikan disini, rajin rajin lah menulis, mungkin apa yang kita tulis hari ini boleh menjadi panduan untuk orang lain di masa depan.

Pencen secara sihat

Kita perlu berdepan perubahan dramatik apabila usia menjangkau 50 tahun. Ia bukan sekadar perubahan fizikal yang hadir bersama peningkatan usia, tetapi kemungkinan kehilangan teman, kebebasan untuk hidup berdikari serta kerjaya yang pernah dilakukan sebelum ini.

Kekal sihat sebenarnya membantu melindungi kesejahteraan kewangan anda apabila bersara. Melainkan bersara dengan perlindungan kesihatan, anda mungkin perlu membeli POLISI INSURANS kesihatan anda sendiri. Cuba fikirkan - semakin kurang rungutan anda mengenai kesihatan, maka semakin kurang jugalah bebanan dan pasti anda dan orang tersayang anda lebih gembira dalam mensyukuri segala nikmat yang diberikan.

Mulakan dengan pemeriksaan asas seperti :

1. Tahap kolesterol. Lakukan ujian darah.

2. Tahap gula didalam darah. Lakukan ujian tahap gula dalam darah sekurang kurang setahun sekali.

3. Pemeriksaan tekanan darah tinggi atau hipertensi

4. Pemeriksaan BMI
Mengambil berat masa depan anak anda, hari ini juga

Pendidikan yang baik merupakan hadiah paling berharga yang anda dapat
berikan kepada anak anda. Walau bagaimanapun, kos pengajian tinggi yang kian
meningkat, dan lumrah kehidupan yang tidak terduga bermakna peruntukan
mesti dibuat demi menjamin tiada apa-apa halangan wujud antara anak anda
dan masa depan mereka.
Tiada pelan yang lebih komprehensif selain daripada PRUlink education plan ini.
Berikan anak anda dua hadiah paling berharga hari ini juga - pendidikan dan
perlindungan - melalui satu pelan inovatif dan gabungan ciri-ciri yang unik.
Hanya begitu, barulah anda pasti anda telah memberi mereka satu hadiah yang
berkekalan sepanjang hidup.