PERUBAHAN PEMIKIRAN AKAN
MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN DALAM HASIL KERJA.
MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN DALAM HASIL KERJA.
Jika berlaku sesuatu masalah, berundur sebentar dan nilai
semula keadaan. Perhatikan perkara itu dengan hati yang
tenang, daripada sudut pandangan yang sedikit perbezaan,dan anda akan nampak jalan untuk mencapai kemajuan.
semula keadaan. Perhatikan perkara itu dengan hati yang
tenang, daripada sudut pandangan yang sedikit perbezaan,dan anda akan nampak jalan untuk mencapai kemajuan.
Kadang kadang kita terlalu mengikut perasaan, yang pasti masalah tidak akan selesai kalau kita tidak berfikir secara waras dan tenang. Kadang kadang juga cara yang sama tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena bertenang dan berfikir untuk mencuba cara lain pula.
Cara mudah untuk bertenang:
1. Tarik nafas sedalam dalamnya, tarik melalui hidung dan perlahan lahan lepaskan melalui hidung.
2. Gerak-gerakkan bahu untuk menghilangkan rasa "tension".
3. Cakap dengan kawan(kena pilih la sikit) , jangan cakap dengan kawan yang selalu cakap main lepas saja, nanti bertambah la pulak "tension"nya.
4. Baring sebentar, kalau tak dapat baring, duduk pun boleh, pejamkan mata, bayangkan seluruh anggota badan kita dalam keadaan "relax".
5. Terima kenyataan yang segal yang berlaku itu adalah di luar kawalan kita.
6. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apa yang berlaku, dan pada masa yang sama cuba fikirkan tindakan yang patut kita ambil, dan banyak lagi.
Selepas dah bertenang barulah kita cuba tengok dari perspektif yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Contoh kalau setiap kali balik rumah(pukul 745 malam), kita dapati anak anak kita masih bermain, masih belum mandi. Jangan terus marah, cuba fikirkan macam mana kita nak memperbaiki keadaan itu, mungkin kita pula yang patut pulang ke rumah sedikit awal daripada biasa, so kita boleh make sure "anak anak" kita boleh mandi sebelum maghrib.
No comments:
Post a Comment