Thursday, January 14, 2010

Positifkan Diri Kita



16. WALAU APA SAHAJA YANG MENDATANG, BERTENANG DAN BUAT SEBAIK MUNGKIN.

Ada masa semuanya serba tak kena. Tetapi betapa mengecewakan sekali pun sesuatu keadaan itu, tenangkan diri anda. Jika anda tumpukan perhatian dan terus melakukan yang terbaik, semuanya akan menjadi baik.



Tidak semua daripada kita akan sentiasa bernasib baik, semua yang berlaku itu adalah ditentukan olehNya. So jangan sesekali kita kecewa dengan keputusan buruk yang kita terima.
Walau apa pun yang terjadi, bertenanglah dan tanamkan di dalam minda kita yang kita akan melakukan dengan lebih baik lagi esok. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Apa yang berlaku adalah atas kehendakNya, kegagalan hari ini tak bermakna sepanjang masa kita akan terus gagal.

Buat yang terbaik untuk diri kita. Apa yang terbaik untuk diri kita??....jawapan itu masing masing kena fikir... apa yang kita nak buat? kenapa nak buat? macam mana nak buat? bila dan di mana nak buat?

Di ketika kita berada di dalam keadaan tertekan, apa cara untuk kita nak bertenang?
Antaranya,
1. Ingat pada Allah, semua yang berlaku adalah daripada Allah.
2. Pejamkan mata kita dan tarik nafaz sedalam dalamnya untuk sekali dua.
3. Cari kawan kawan, jangan duduk sendirian.
4. Gelak, pejamkan mata ingatkan apa lawak paling best yang kita pernah buat, atau pernah kita dengar atau tengok.

No comments:

Post a Comment