Tuesday, January 26, 2010

Aktiviti sekolah

Gotong royong di Sekolah Rendah Agama Intergrasi, Shah Alam.

Alhamdullilah pada 23 Jan 2010 yang lepas, SRAI telah berjaya menganjurkan satu operasi gotong royong untuk menceriakan suasana tempat belajar untuk anak anak warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Semenjak anak saya bersekolah disekolah ini, semenjak tahun 2007 setiap awal tahun, aktiviti berjaya di adakan, aktiviti ini melibatkan guru guru, para ibu bapa/penjaga dan murid murid sekolah sendiri.

Pada aktiviti kali ini, sambutan daripada ibu bapa juga gak memuaskan, walaupun tidak semua ibu bapa dapat menghadirkan diri, suasana gotong royong dapat di tunjukkan kepada anak anak di sekolah ini. Semua peserta yang hadir, telah dibahagikan mengikut kelas anak masing masing.

Dengan aktiviti ini, anak anak dapat belajar serba sedikit cara cara membersihkan bilik darjah masing masing. Disamping itu ianya juga menjadi satu aktiviti untuk ibu bapa yang memng sentiasa sibuk sehingga tidak dapat mengeluarkan peluh pada hari hari biasa. Pada hari ini, bapa bapa bukan sahaja membersihkan kelas anak anak masing masing, tetapi juga di ikuti dengan mengecatkan bilik darjah anak anak masing masing. Mengecat adalah cara yang paling mudah untuk membuatkan suasana yang lebih ceria untuk anak anak belajar. Diharapkan dengan suasana yang lebih ceria ini, anak anak akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu dan akan lebih fokus di dalam pelajaran masing masing, insyaAllah.

Murid murid menyibukkan diri membantu aktiviti gotong royong ini, walaupun tenaga tidak boleh di harapkan sangat, tetapi semangat untuk menjadikan suasana kelas yang cantik dan ceria membuatkan ibu dan bapa masing masing lebih bekerja keras lagi.

Di hadapan kelas anak sulong saya.

Suasana sebelum aktiviti di jalankan, belum di cat.

Anak anak belajar untuk membersihkan cermin tingkap. nanti boleh belajar cuci kat rumah pula.

Di harapkan di tahun tahun yang akan datang aktiviti yang bagus ini boleh di teruskan lagi. Secara tak langsung kita mengajar anak anak kita, "mencuci" ini bukan tugas "cleaner" sahaja, walaupun terdapat "cleaner" disekolah, tidak semua benda kita haruskan serahkan pada "cleaner" untuk buat, tetapi kita semua juga mesti melibatkan diri untuk mengekalkan kebersihan di kawasan persekitaran kita. Bila kita sendiri mencuci kekotoran yang ada di persekitaran kita, sedikit sebanyak akan mengingatkan kita untuk tidak membuat benda benda yang boleh menggugat tahap kebersihan di kawasan kita.

Saya ambil contoh, "kalau nak buang sampah mesti di dalam tong sampah", di dalam pemerhatian saya tidak semua anak anak kita dapat mebuat perkara sedemikian, lebih menyedihkan lagi, walaupun di hadapan ibu bapa masing masing pun anak anak kita boleh membuang sampah di merata tempat, dan kita sebagai ibu bapa langsung tidak menegur perbuatan anak anak kita ini, mungkin ada yang berpendapat, kalau kita buang pada tempat yang disediakan "apa pula kerja [cleaner]?"
Sebenarnya, kalau kita ambil peduli sikit tentang perkara ini, banyak benda kita dah "contribute" pada pembangunan kawasan sekitar kita, satu "cleaner" boleh buat kerja lain yang lebih produktif, selain kutip sampah, yang kedua, boleh kurang ambil orang jadi cleaner, yang ketiga , tempat kita tak jadi kotor, dan banyak lagi. Saya rasa anda pun dapat fikirkannya.
So, samalah kita jaga kebersihan, Islam kan suka pada kebersihan.


No comments:

Post a Comment