Sunday, January 17, 2010

Magnet

MINAT YANG ANDA TUNJUKKAN IBARAT MAGNET YANG MENARIK ORANG LAIN.

Tidak kira bagaimana bijak atau berbakatnya kita, jika kita kurang berminat, watak kita sebagai seorang ketua tidak akan berkesan. Semangat kita akan mendatangkan rasa hormat dan kerjasama daripada yang lain dan ini akan mewujudkan suasana “ boleh” di dalam komuniti kita.

Itulah sebabnya, apa apa pun benda yang kita nak kawan kita buat, kita mesti mula dengan diri kita dulu. Kalau kita sendir pun tak nak, mana mungkin kita nak suruh kawan kita buat.

Saya teringat kata kata dari seorang pakar motivasi kita, tentang minat atau kesungguhan ini, dia bagi contoh kalau kita seorang "penjual kereta", kita mengatakan kereta kita ni lah yang paling best, ya lah nak bagi orang beli lah katakan...mestlah kena kata best. Tapi kita sendiri pun tak nak pakai kereta tu..jadi logiknya susahlah sikit orang nak beli. Sebab kita sendiri pun tak mau pakai apa yang kita jual.

Bandingkan kalau kita sebagai "penjual kereta", dan kita sendiri pun ada kereta tersebut, kan mudah untuk kita bercerita tentang apa sahaja berkenaan dengan kereta tersebut.

Kalau kita bekerja sebagai boss atau ketua jabatan, yang sering meminta anak anak buah kita mematuhi masa, patuhi peraturan tetapi pada masa yang sama kita sendiri pun tak dapat buat, pada waktu kerja kita keluar dengan rakan rakan yang sama level dengan kita minum teh, fikirkanlah mana ada orang nak follow.

No comments:

Post a Comment