Wednesday, February 24, 2010

38 kata kata yang perlu kita baca, faham, lakukan dan kongsikan.

Kesihatan:
1. Minum banyak air, kalau boleh bangun bangun tidur dah minum at least segelas air. (air tau, H20 sahaja, bukan kopi, bukan teh, bukan milo dsb)
2. Breakfast makan sebanyak mungkin, lunch makan macam putera, dinner pula makan macam pengemis, yakni makan sikit la.
3. Makan banyak makanan yang datang daripada pokok, tumbuhan, kurangkan makan makanan yang datangnya daripada ladang.
4. Hidup dengan 3's E --- Energy, Enthusiasm and Empathy.
5. Adakan masa untuk solat, berdoa.
6. Main games banyak banyak.
7. Baca banyak buku, lebih daripada yang you all baca pada 2009.
8. Diamkan diri untuk lebih kurang 10minit sehari. Jangan buat apa apa, diam.
9. Tidur 7 jam sehari, waktu normal orang tidur, jangan kira kalau tidur pukul 5 pagi, then bangun pukul 12 tengahari...ni tak kira juga.
10. Berjalan 30minit sehari, waktu kita berjalan tu , senyum sikit....tegur orang yang kita jumpa.

Personality :
11. Jangan compare hidup kita dengan orang lain, kita tak tahu apa yang they all lalui.
12. Jangan ada "negative thought" atau benda yang kita tak boleh control, simpan/guna energy kita tu untuk perkara yang lebih positive.
13. Jangan berlebih lebihan, "over do", setiap kita mempunya limits.
14. Jangan terlalu serious, tak ada orang yang buat.
15. Jangan bazirkan masa kita dengan melayan gossip.
16. "Berangan" waktu kita sedar lebih baik daripada "berangan" ketika tidur.
17. Bersifat irihati hanya merugikan masa. Apa yang kita pelu sebenarnya semua dah apa pada kita.
18. Lupakan perkara yang lepas, jangan dok cerita lagi, kalau dok cerita juga kesalahan "partner" kita yang lepas, ianya hanya akan merosakkan masa sekarang kita dengan "partner" kita tu.
19. Hidup ini pendek, jangan bazirkan dengan benci orang tu, benci orang ni.
20. Biarkan yang lepas, so ia tak akan "spoil the present".
21. Tiada orang yang lebih bertanggungjawab terhadap kebahagian kita , selain dari kita sendiri.
22. Banyakkan senyum dan ketawa....tapi jangan sampai "gelak", kerana ketawa dan gelak tu berbeza.
23. Tak semestinya kita perlu menang setiap "argument", agree to disagree.
24. Kehidupa adalah "sekolah", dan kita ada disini untuk belajar, masalah adalah salah satu daripada curriculum yang datang dan pergi macam "algebra class", tapi pelajaran atau pengalaman yang kita dapat tu akan kekal dengan kita seumur hidup kita.

Masyarakat :
25. Hubungilah keluarga kita selalu.
26. Setiap hari, buat sesuatu yang bagus untuk orang lain, bagi orang rasa dihargai/ dihormati. Senang saja nak buat ni, masa bawa kereta pun kita boleh buat, kalau orang dah bagi signal nak masuk lane kita, bagi sajalah dia masuk, tak rugi apa pun.
27. Maafkan semua yang orang buat terhadap kita. memang susah nak buat pada mula, tapi kalau buat selalu keikhlasan itu akan datang.
28. Adakan masa kita untuk orang lebih dari 70tahun atau yang kurang dari 6 tahun.
29. Buat bagi ada 3 orang yang senyum dengan kita dalam masa sehari.
30. tak perlu ambil tahu apa yang orang fikir terhadapap kita.
31. "Pekerjaan / Company" tak akan menjaga kita waktu kita sakit, tapi keluarga dan sahabat akan jaga kita, so selalu lah berhubung.

Kehidupan :
32. Do the right things.
33. Allah heals everything.
34. Walaumacamana baik atau buruk sesuatu keadaan itu , ia akan berubah, so be prepare.
35. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
36. Yang terbaik belu lagi datang.
37. Setiap kali kita bangun dari tidur setiap pagi, bersyukurlah kepada Allah.
38. Apa yang ada didalam kita sentiasa happy, so be happy.

Dipetik dari satu email yang dihantar kepada aku, diubah ikut kefahaman aku, yang baik datang dari Allah, yang salah dan silap tu datangnya dari kejahilan aku.

No comments:

Post a Comment