Wednesday, February 3, 2010

Berani mengambil tanggungjawab


KEPUTUSAN YANG BERKESAN MEMERLUKAN PERLAKSANAAN YANG BERKESAN.

Ianya mudah untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara apabila kita tidak perlu melaksanakan keputusan tersebut. Sesuatu keputusan akan menjadi bermakna hanya apabila seseorang mempunyai keberanian dan rasa tanggungjawab untuk malaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat.
Selalu orang cakap, terutama apabila dah habis meeting, dia tu cakap saja pandai, "cuba dia buat, tengok". Itu selalu kita dengar, apa maksudnya???
Kadang kadang, kita hanya pandai membuat "conclusion", tapi bila masa nak melaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat itu, kebanyakkan kita cuba melarikan diri. Bila terjadi senario seperti ini, selalunya jarang jarang kita akan mendapat hasil yang memuaskan daripada tindakan tersebut.
Apabila, keputusan telah dibuat, kita seharusnya mesti mempunyai strategi untuk mendapatkan hasil daripada keputusan yang ita dapat daripada "discussion/meeting" kita tu. Kita mesti dengan seberapa segera yang boleh "resources" yang perlu untk perlaksanaan itu. Keputusan yang kita buat, hasil dari "discussion/meeting" itu, hanyalah sekadar perancangan/PLAN sahaja. Walau beribu plan yang dibuat, tapi kalau tiada perlaksanaan yang berkesan, tiada maknanya, umpama kalau dalam permainan bolasepak, bermacam macam "setting" kita buat , kalau kita tak ada "striker" yang berkesan, goal tak dapat dihasilkan, bila tiada goal, maknanya tak menang la.......

No comments:

Post a Comment