Thursday, January 28, 2010





SATU TINDAKAN YANG BERANI ADALAH LEBIH BERMAKNA DARIPADA SERATUS PERDEBATAN.
Berdebat dan berbincang adalah amat berguna untuk merancang idea, tetapi ianya hanya betul-betul akan berguna apabila ada tindakan yang dilaksanakan daripada idea-idea tersebut.

Sesetengah tempat/office memanggil sesi "brain-storming" untuk mendapatkan idea idea yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah ataupun merancang sesuatu yang baru. Tapi kalau beratus pun idea yang bagus disumbangkan , tapi tiada satu pun tindakan diambil untuk melaksanakan idea idea yang bagus itu, tiada maknanya....itu menjadi 'omong omong kosong' sahaja.

Ada juga di sesetengah tempat, yang orang susah untuk mengenengahkan idea, bukannya tiada idea yang bagus, tetapi masing masing takut / risau , kalau idea yang bagus kita ketengahkan, kita lah yang akan menjadi "orang" yang akan melaksanakan idea tersebut, daripada buat kerja yang bukan kerja tetap kita, lebih baik tak payah bagi idea...itulah yang kadang kadang terjadi di sesetengah tempat.

Apa yang nak di katakan disini, beratus idea pun di ketengahkan tapi tiada tindakan yang betul betul berkesan, ianya menjadi "USELESS" juga.

Ada juga disetengah tempat lain pula, di dalam sesi perbincangan tu, ramai yang "participate", masing masing ingin memberi idea idea, tetapi bila 'time' nak laksanakan idea tu, ramai yang tak mahu 'involve', tapi bila masa berbincang bukan main lagi, macam macam idea ditokok tambahkan.

Kita ada dalam kategori mana? Kategori cakap pandai ka? atau kategori pandai cakap ? atau ???

No comments:

Post a Comment