Thursday, January 21, 2010

Enjoy your life


IANYA AMAT MENYEDIHKAN APABILA SESEORANG ITU TIDAK SERONOK DALAM MENJALANKAN KERJA ATAU TUGASAN YANG DI AMANAHKAN.

Kita boleh mencapai kepuasan di dalam apa jua kerja, jika kita benar-benar mencuba. Jika kita mengambil langkah pendekatan optimis dan buat sebaik mungkin, kita akan mengetahui yang kita sedang memberi sumbangan positif kepada organisasi yang kita sertai dan kita akan rasa lebih selesa dengan diri kita.


Apa yang penting, kita mesti ada minat untuk terus melakukan kerja kita. Kalau tiada minat, kita mesti mencari daya tarikan daripada sesuatu pekerjaan yang kita buat itu. Jangan berhenti mencuba untuk melakukan yang TERBAIK yang mampu kita lakukan. InsyaAllah kita akan merasa puas dengan tugasan kita itu, dengan itu barulah kita dapat memberi sumbangan yang baik kepada organisasi kita. Tak di nafikan semangat daripada kawan kawan memainkan peranan penting dalam aktiviti kerja berkumpulan, tetapi semua itu tak akan membantu apa apapun kalau kita tidak mengubah diri kita terlebih dahulu.


Carilah apa apa sahaja untuk membuatkan kita merasa bersemangat untuk melakukan tugasan kita, tetapkan matlamat yang ingin kita capai, matlamat tersebut mestilah yang boleh membuatkan kita rasa seronok. Dengan adanya matlamat itu, kita akan merasa lebih seronok melakukan tugasan kita demi untuk mendapatkan apa yang kita impikan itu.

No comments:

Post a Comment