Thursday, January 14, 2010

Mutiara Kata



15. Anggapkan Perniagaan* Bermula Setiap Hari

Apa yang pasti terhadap sesebuah trend ialah yang ianya
akan senantiasa berubah. Anda tidak boleh menggunakan
formula yang sama, dan berharap yang ianya akan sentiasa
berjaya.Apabila anda melihat sesuatu daripada sudut yang baru,
barulah anda mempunyai peluang untuk mendapat idea
yang kreatif, dan membolehkan anda untuk menyesuaikan
diri terhadap perubahan semasa.

Strategi yang kita buat hari ini mungkin tak akan berjaya kalau kita buat esok hari.

So kena jadi kreatif, jangan dok guna idea yang sama.

Orang cakap kreativiti ini bergantung kepada kemampuan seseorang untuk menggunakan akal atau otak dengan lebih effisien. Kalau dia tak ada langsung kreativiti maknanya orang tu malas nak fikir la tu, Orang sebegini akan selalu mengatakan(kata kata seumpama tak berpuashati)" Orang lain boleh buat macam tu dan menjadi, kenapa pula dia tak boleh??" Itu soalan yang dia akan selalu tanya, tapi apa yang dia tak sedar berkemungkinan orang yang sebelum dia boleh lakukan mungkin bersesuaian pada waktu dan kehendak pada waktu tersebut, tetapi tidak waktu yang dia lakukan.

So sama sama lah kita menggunakan otak dan akal yang Allah anugerahkan ini untuk lebih berfikir.






Bukan nak mengatakan kita tak boleh meniru apa yang orang yang berjaya terdahulu daripada kita telah lakukan, tetapi apabila kita nak meniru, tirulah dengan BIJAK.






Maknanya apabila kita nak meniru, kita kena ubah sedikit supaya bagi sesuai dengan jiwa kita, TIRU dengan lebih kreatif.







Perniaagaan* disini bermaksud apa sahaja yang ada lakukan (berkerja sendiri, makan gaji, student, orang tanggung makan minum anda dsb)

No comments:

Post a Comment