Sunday, January 10, 2010

Kubur Jepun Di Sandakan, Sabah

Tak ramai yang sedar, rupanya terdapat satu kawasan di Sandakan yang menempatkan kubur untuk orang orang Jepun yang berhijrah ke luar dari Negara Matahari Terbit dahulu. Penghijrahan ini berlaku sebelum perang dunia kedua lagi, iaitu sebaik sahaja Jepun melupuskan dasar tertutup yang diamalkannya. Pada ketika inilah, rakyat Jepun yang miskin mengambil peluang untuk ke luar dari negara Jepun dengan harapan dapat memperbaiki taraf ekonomi masing. Ada sesetengah keluarga pula, terpaksa "menjual" anak anak gadis masing masing ke luar demi untuk meneruskan kehidupan. Tak dinafikan rakyat Jepun juga pernah susah. Dikalangan anak anak gadis yang "dijual" ini, ada yang di tempatkan disekitar Sandakan. Menurut cerita yang didengar, kubur yang terdapat disini adalah kubur 'anak anak gadis' tersebut.
Apa yang nak di ceritakan disini bukannya pasal kubur orang Jepun ini, tetapi tentang maklumat yang sebegini, sudah di tulis oleh orang Jepun dengan dengan begitu terperinci sekali. Itu yang saya kagum. Dengan berpandukan kepada maklumat di dalam buku tersebut, tempat ini dapat kita jumpa. Sedangkan kita yang tinggal di Malaysia, malah boleh saya katakan tak semua orang walaupun yang penduduk setempat yang mengetahui tentang tempat ini. jadi apa yang saya nak sampaikan disini, rajin rajin lah menulis, mungkin apa yang kita tulis hari ini boleh menjadi panduan untuk orang lain di masa depan.

No comments:

Post a Comment